Tiba-Tiba Teringin Rasanya...

 

Duduk-duduk saja, tiba-tiba teringin pula rasanya... Teringin apa? Ha ha ha... Teringin nak menggunting rambut anak dengan tangan sendiri...:-P. Biasalah bila dah ada waktu dan ruang terluang tu memang senantiasa ada jer benda-benda yang tak terfikir selama ni boleh jadi terfikir. Kadang-kadang macam tak masuk akal apa yang difikirkan tu. Kadang-kadang boleh diterima akal juga. :-). 

Kalau nak menggunting sekarang tu, memang tak beranilah nampaknya sebab dia memang melasak. Tapi akan datang bila dah pandai duduk diam setempat tu mungkin. Siap mencari bagaimana caranya untuk memotong rambut anak lelaki di enjin carian Google. Owhhh... Terjumpa juga akhirnya di SINI ..Meh sini nak kongsi meh bagi yang berminat... Ngee...


Potongan Dasar
Basahkan rambut, gunakan sikat untuk menghilangkan kekusutan pada rambut dan meratakan rambut. 


Mulakan Dengan Bahagian Belakang
Pegang gunting pada sudut 45 darjah dengan tangan dominan anda dan gunakan jari telunjuk dan jari tengah dari tangan anda yang satunya untuk menarik rambutnya sehingga menegang dan menahannya selagi anda memotong rambut tersebut. 
  • Gunting tersebut harus menunjuk turun ke arah leher.
  • Buat garis lurus pada bahagian pangkal leher. 
 

Teruskan Memotong Bahagian Atas Dan Tepi
Tarik rambut keluar pada sudut 90 darjah dan potong secara "horizontal", gunakan pembahagian 5 sampai 7, 5cm setiap kalinya. 

 

Potong Rambut Di Sekitar Telinga
Lipat telinga kanan ke bawah (atau suruh anak anda menahannya ke bawah untuk anda) selagi anda memotong rambut di sekitar telinga, seolah anda sedang menelusuri bahagian tersebut. Ulangi pada sisi kiri. 


Potong Bahagian Depan
Pisahkan rambut seperti biasa dan potong rambutnya dengan sedikit mengiring sesuai dengan panjang yang diinginkan. 

Ini kalau dapat kongsi video dari YouTube lagi jelas ni kot. He he he... Tapi rasanya, boleh cari sendiri di You Tube kan? Pasti ada tutorial. 

Seronok pula nak belajar gunting rambut anak sendiri ni. Bha ha ha... Yang bukan-bukan ajer difikirkan kan? Tetapi tak salah pun...  

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tiba-Tiba Teringin Rasanya... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, May 3, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. dayah selalu potong rambut mak jer..hehe

    ReplyDelete
  2. sekali sekala mencuba takpa hihi jimat :)

    ReplyDelete
  3. Ok apa x slh mncuba kn..ank sndiri x apa

    ReplyDelete
  4. salam cik farah =)

    wahhh..blja gunting rmbut ea..
    yaya potong rmbut hujung je boleh..wahahahah =p

    ReplyDelete
  5. Kalo Ash duduk statik boleh la try..kalo x duk diam kena verstyle la si mummy memotong..huhu

    ReplyDelete
  6. tb2 tpikir nk bukak kedai gunting. hehehe

    ReplyDelete
  7. ijat rambut kinting.
    pyh la nak gunting!
    ayah ijat cukr jer ha ha

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY