The Morning Face of Iman Firash!!!


Assalamualaikum dan selamat pagi!!! Ha ha ha... Baru bangun dia ni! Nahhh... Muka bangun tidur, belum cuci muka, belum berus gigi... Mandi apatah lagi kannn??? Kemain! sempat lagi tersenyum pandang kamera telefon bimbit sambil-sambil mengeliat... Spontaneous moment captured by Mommy... Dah besar ni mudah sikit! Tak perlu nak acah-acah suruh senyum sebab nak suruh pandang kamera dan dapat gambar yang comel!  

Waktu bayi dulu memang jenuh acah-acah semata-mata nak suruh tersenyum sambil ambil peluang secepat mungkin untuk rakam gambar dia. Disebabkan dah biasa, automatik  sekarang ni nampak jer kamera telefon bimbit menghala ke dia, say cheese! Dah pandai dah... Ate mana tak pandainya mika, Mommy rajin bergambar...Macam tulah outcome-nya... Anak pun jadi suka pada kamera juga... Phewww... Tapi ikut mood juga dia ni... 

Hari kerja tak dapat nak menghadap dia bila bangun dari tidur... Bila Sabtu Ahad, suka sangat duduk tunggu sebelah dia pada waktu pagi semata-mata nak dia nampak Mommy depan mata bila dia buka mata. Moments! Bila dia bangun dan sebut ... Mommy... Sambil berikan senyuman paling manis di mata Mommy tu... Alahaiii... Melting! 

Pattern Iman Firash kalau bangun pagi... Mengeliat dulu... Termenung sekejap... Golek-golek atas tilam... Minta air suam yang diletakkan di dalam botol susu... Amboiii petua awet muda sangat ni nak oiii... Tak gosok gigi tak apa dah minum air suam... Minta bukakan televisyen dan pasanglah apa-apa kartun kegemaran dia... Tak boleh dipaksa untuk bangun dan terus mandi... Boleh jadi ribut taufan seketika... Dia nak? Mommy atau Nek Ma belai-belai, usap-usap dahi dan rambut dia dulu. Ahaksss manja sangat kannn? Lepas tu, bila dah selesai, dia sendiri akan bangun dan jalan menuju ke bilik air. Mandiii... Dia faham dan tahu, bila dah bangun tidur pagi, kena mandi tanpa disuruh. 

Selepas mandi barulah dia sarapan. Ash jenis yang tak akan bersarapan selagi belum mandi. Ko bagilah macam mana sekalipun, memang tak akan bersarapan sebelum mandi. Rules dia, sarapan hanya selepas mandi. #ehhh dah... Jom mandi Ash... Hik hik hik... Mak dia pula yang terkandas kemaskini blog pagi Sabtu... Sedangkan dia dah ready nak mandi ni... Mandi, bersiap dan kemudiannya kita teruskan dengan aktiviti hari Sabtu... :-)... 

Selamat berhujung minggu semua! 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel The Morning Face of Iman Firash!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, May 14, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. Comelnya dia, senyuman tu aih melting. Hahaha !

    ReplyDelete
  2. comelnyeeeee anak akak niii >o<

    ReplyDelete
  3. Wah Iman jugak ke sama mcm cucu kaknoor hehe famous nama Iman ni kN

    ReplyDelete
  4. Alahai comeynya Ashhhh.....
    Elok sangatlah tu ajar Ash sejak kecik rules tu Farah...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY