Tak Sempat Jadi Baju Raya Dah...

Farah Waheda Wahid
6
 

Puaslah Mommy dia tahan-tahankan diri daripada memakaikan dia baju tu semata-mata nak simpan untuk Hari Raya Aidilfitri nanti. Ha ha ha... dari bulan November 2015 tau tak? Mommy dia beli dan nak simpan untuk raya. Gigih tak gigih kumpul baju raya anak secara perlahan-lahan demi tak mahu kelam kabut di saat akhir? Dan demi nak sediakan payung sebelum hujan disebabkan sedar diri poket tak berapa nak tebal serta berkepok-kepok dengan kertas bernilai tu? :-P. 

Bukan tak boleh simpan jer duit tu dulu dan kemudiannya saat-saat akhir pergi membeli-belah. Cumanya Farah jenis yang tak suka nak bersesak-sesak di khalayak umum, beratur panjang untuk membayar dan rasa macam semak sangat nak memilih sebab lautan manusia yang berpusu-pusu untuk membuat persiapan raya di saat-saat akhir. Berbeza individu, berbeza pendapat yer tak? Tetapi itulah Farah, memang tidak suka nak bersesak-sesak. Siap awal, senanggg... Lepas tu tak perlu nak fikir lagi... Dah boleh fokus pada persiapan lain dah... Amboiii bunyi macam nak beraya sakan jerrr? Walhal tak adalah ke mana sangat punnn... Ha ha ha... Saja jer... Untuk Firash... Kalaupun bukan untuk diri sendiri... Biar dia rasa seronok beraya macam kanak-kanak lain juga... Untuk persiapan anak jerlah... Untuk persiapan sendiri, hujung-hujung Ramadhan pun tak apa... Tak siap apa-apa pun tak apa... Ok jer! Bukannya budak-budak lagi pun nak buat perangai macam budak yer tak? Mak orang dah pun... Ahaksss... 

Husaini Junior ni memang! Kalau bab melawa, kalau bab bergaya bagi jer lah kat dia! Bukan Farah saja-saja panggil dia Husaini Junior... Kawan-kawan pejabat Abah dia dengan kawan-kawan Farah ramai yang kata dia fotostat Abah dia... Tak percaya ke? 


Salah satu contoh... Sebenarnya ramai lagi yang kata macam tu cuma tak derlah Farah ni larat nak skrol balik satu persatu posting sebelum ni kan demi nak menunjukkan dan membuktikan ianya adalah memang benar. Cukuplah satu tu... He he he... Ate dah itu Abah-nya, memang ler ada muka Abah dia kan? Takkan muka orang lain pula. Sobsss ... Alaaa... Kenapa tak cakap muka Ash macam muka Mommy kannn? Sedih tau... Ha ha ha... Kami memang selalu argue-argue manja, Ash ni sebenarnya ikut muka siapa. Sukalah Abah dia tu kalau dengar sekali lagi bahawasanya ada lagi yang mengatakan Ash menyerupai dia... Ok... Cemburuuu... Ha ha ha... 

Semuanya terjadi bila nak keluar untuk sesi food review ~ itu nanti Farah kongsi ok tentang food review tu ~ pada hari Selasa malam Rabu baru jer lepas ni. Dari pejabat, terus shoot balik ke rumah dengan sepantas kilat. Keluar 5.30 petang, sampai rumah 6.05 petang. Mujur dekat jer dan tak perlu tempuh kesesakan lalu lintas kan? Bolehlah bawa anak untuk makan sedap-sedap dan tak makan sendiri-sendiri jer. Tenang sikit rasa hati. Kalau tak, makan jer teringat anak, makan jer teringat anak. Makin membesar, makin senang nak bawa ke hulu ke hilir kan? Memang dia akan rajinlah jadi bodyguard Mommy dia kalau ada event apa-apa selepas ini. In Shaa Allah, bergantung pada kesesuaian majlis juga. 

Food review pukul 7.00 malam tapi Farah request untuk sesi 7.30 malam sebab nak menuju ke Sunway tu memang terpaksa meredah sedikit trafik walaupun ianya melwan arus. Nek Ma dia dah siap-siap mandikan dia, sampai-sampai jer rumah... Dia tengah berperang dengan Nek Ma dia sebab tak nak pakai baju yang Mommy dah sediakan. Dia insist nak pilih sendiri juga! Puas Nek Ma dia pujuk. 

Memikirkan sebab nak kejar masa dan tak ada masa nak melewat-lewatkan lagi keadaan, Farah benarkan dia memilih baju yang dia nak pakai. Ha ha ha... Nek Ma dia senyum geleng kepala jer. Dia pilih sendiri... Alamakkk... Dia nak pakai baju raya... Ha ha ha... Awal raya Ash? Berat sikit nak bagi, tapi dari segi psikologi keibubapaan... Sebenarnya bila anak memilih pakaian sendiri ni sebenarnya ianya menandakan mereka sudah pandai menentukan apakah pilihan mereka dan ada sifat rasa yakin pada diri mereka sendiri. Biar jerlah... Tak apa... Redhakan ajer tanpa simpan apa-apa dalam hati... 

Cumanya... Ha ha ha... Tak sempat jadi baju raya dah... Dah jadi baju jalan dah... Kenalah gantikan dengan yang lain walaupun tak wajib pun untuk diganti kannn? Tunjuk pada Abah dia, Abah dia kata handsome anak Abah. Uhuksss... Anak manja Mommy lah! Ha ha ha... Puas hati dia kan? Dapat pakai baju tu. 

Tapi biasalah tu, budak-budak kan? Memang teruja kalau ada sesuatu yang baru. Suka dan jadi tak sabar. Errr... Secara realiti, bukan budak-budak jer, Mommy dia yang dewasa ni pun kalau ada koleksi baru tak sabar juga nak memakai... 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Bukan Ash je, Cik Azie pun sama. Dapat jubah free konon nak pakai raya sekali belum Ramadhan dah siap rasmikan. Haih..kenala cari lain untuk Raya ^_^

    ReplyDelete
  2. lain kali kena simpan betul-betul jangan kasi nampak terus..hehe

    ReplyDelete
  3. hahaha..sama la kita..Mujur jgk pakai baju stock raya sbb baju tu dh ngam2 je dgn Ammar..Kalo tggu raya nnt baru nk pakai rasenya mcm dh fit sgt..kiki

    ReplyDelete
  4. Tak apa lah Ash "Raya" awal. Hiks. Comel anak bujang kak Farah ni :)

    ReplyDelete
  5. Tak apa banti diam diam mommy beli lain Firash....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !