Siapa Paranoid???

Farah Waheda Wahid
5
 

Malam semalam punya kisah lah ni... Anak dah tidur seawal pukul 8.00 malam ~ cepat betul dia tidur sejak Mommy mula bertugas semula ni... Ha ha ha... Bagus! Latihan awal untuk bangun awal ke sekolah! Sebab keesokkannya pukul 5.30 pagi dia dah terjaga...Maknya masih terkebil-kebil mata tak boleh nak lelap lagi walaupun dengan berpenghawa dingin dan cuaca hujan di luar... Dah tak ada apa buat tu... "Browse" internet, "browse" media sosial dan draflah sikit-sikit entri untuk keesokkan hari. Di pejabat, memang tak adalah nak "browse" untuk kegunaan peribadi...Memang tak adalah nak draf apa-apa atau buka "browser" blog... Godek punya godek... Terjumpa "posting" ini... 

 

Tumpang lalu... #ehhh tumpang tanya... Siapa paranoid??? Siapa paranoid memikirkan perkara yang mungkin terjadi seperti gambar di atas? Tengah elok punya lengok kipas siling tu berputar laju, tiba-tiba kipas tu jatuh dan cincang badan anda? Hu hu hu... Tak kisahlah, cincang badan ke? Cincang kepala ke? Nak nak lagi jenis bilahnya "steel" yang padu tu? 

Tambah pula lagi kalau kipas tu berputar laju sambil bergoyang-goyang? Macam tak kukuh jer keadaan fizikal kipas tu? Ada orang tak pernah nak fikir pun... Ada orang memang akan terfikir perkara-perkara sebegini. Atas dasar, segalanya berkemungkinan, malamg tidak berbau ataupun sekadar asbab bagi ajal seseorang. Iyalah mana kita nak tau kan? 

Setakat hari ini, tak pernah dengar lagi lah kes seumpama ini berlaku di mana-mana dalam Malaysia ni atau adakah mungkin, Farah yang terlepas pandang kes sebegini? Rasanya tak ada kan? Belum lagi pernah keluar berita kes-kes mengenai kipas jatuh dan cincang orang. Tapi kannn? Yer juga... Tak mustahil boleh berlaku kan? Haaa... Tengok? Kakak dah mula fikir pula dah... Ha ha ha... 

Kalau diingat-ingatkan memang macam agak ngeri juga oiii membayangkan... Moganya taklah, dan moganya kita semua dijauhkan dari apa jua bentuk kemalangan diri yang membahayakan diri serta nyawa kita... In Shaa Allah... Amin... 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Saya ada jugak sikit2 paranoid rasanya Farah...hihi :p

    ReplyDelete
  2. ingat paranoid apa la tadi...heh...ada la..akak la tu...especially guna jamban duduk...takut jamban tu pecah then terbelah montot..guna tandas cangkung lak takut ada tangan keluar dari lubang....omaigaddddddddd.....

    ReplyDelete
  3. zee mengaku kak, zee memang paranoid sesangat..
    kalo bab kipas ni memang selalu jer terpikir..kadang kipas bunyi lain macam skit kecoh dah soh laki cek..

    ReplyDelete
  4. Kadang bila tengok kipas ligat berputar terdetik juga dalam hati yang bukan bukan..nauzubillahiminzaliq 😑

    ReplyDelete
  5. haha this one, dah bertahun sy kerap membayangkannya, especially time sekolah dulu, dalam kelas ckgu bizi mengajar, sy bizi risau kipas tu jatuh kene kepala :D Even siap buat perancangan lagi, kalau kipas tu mula jatuh nak lari menyorok mana :D imaginasi hebat sgt la tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !