Shawl RM10.00 Lagi!

 

Jika orang lain mungkin bangga menggayakan instant shawl, shawl dan apa jua jenis hijab dari keluaran yang berjenama di pasaran, Farah pula tidak kisah jika Farah cuma memakai shawl yang tidak berjenama serta murah. Bukanlah tidak mengaku yang Farah sukakan jenama shawl yang bergaya di pasaran, suka juga dan ada juga koleksi tertentu yang Farah ada seperti Sugarscarf - koleksi hijab berjenama pertama Farah sewaktu mula-mula berhijab hampir 3 tahun yang lepas, Zawara, Naelofar Hijab, Tudung People, Marshmallow Scarf dan juga The Grandahlia. Akan tetapi di sebalik koleksi yang ada itu, ada juga koleksi yang Farah beli tiada jenama, harga yang murah dan ada juga koleksi yang Farah beli di pasar malam. :-). Kenapa perlu malu nak mengaku kan? 

Orang nak sindir? Orang nak hina? Biarlah... Itu hak mereka dan masing-masing ada pendapat masing-masing serta hak masing-masing di dalam memberikan pandangan. Betul tak? Dunia sekarang memang ramai yang sukanya lantang bersuara, menyindir-yindir disebabkan mereka rasa mereka sudah cukup berkemampuan dan juga mempunyai kuasa membeli disebabkan mempunyai lebihan kewangan di poket masing-masing. Alhamdulillah, sepatutnya kita gembira bagi pihak mereka kerana mereka mampu untuk membeli. But that doesn't deserve the purpose of wearing a hijab yer tak? Farah memandang berhijab itu tidak semestinya hanya perlu menggayakan hijab berjenama sahaja. No doubt it's a fashion statement. Fashion itu boleh terjadi, di mana-mana dan pada sesiapa sahaja. 

Pernah Farah nyatakan dulu di dalam entri tentang shawl berharga RM10.00 yang pernah Farah beli dulu di TESCO, mahal, berjenama, murah, tiada jenama bukan isunya. Isunya adalah pengayaan dan juga suai padan sesuatu jenis hijab itu. Tidak semestinya yang mahal atau berjenama itu akan kelihatan sesuai dengan seseorang dan tidak semestinya yang murah serta tiada jenama itu tiada kualiti dan tidak bersesuaian. Apalah hinanya, apalah salahnya memakai sesuatu yang murah kan? Tiada hukuman apa-apa pun jika mahal atau murahnya sesuatu hijab atau pakaian yang dipakai  itu. 

Kadang kala, orang tidak kisah kelihatan tidak kena atau nampak seperti biasa-biasa asalkan ianya adalah dari sesuatu yang berjenama. Kadang-kala, orang tidak mementingkan harga asalkan nampak kena dan bersesuaian pada diri. Farah jatuh pada kategori yang tidak kisah apa pun, janji bila Farah pakai, Farah rasa selesa, rasa kena dengan kaya dan rasa sesuai dengan diri Farah. Seperti gambar di atas, Farah tidak segan silu menyatakan ianya adalah shawl yang berharga RM10.00 di dalam koleksi Farah yang kedua. Semuanya terjadi apabila melintas di satu kawasan di Giant Mall Shah Alam hujung minggu yang lepas, bila Farah membawa Nek Ma Ash membeli barangan. Sekali terpandang dengan ekor mata, kemudiannya terus terpikat. :-). 

Sekadar shawl biasa-biasa sahaja. Tapi, Farah tidak menyesal pun membelinya sebab shawl RM10.00 yang pertama dulu pun sudah bertahan bertahun lamanya. Tak ada isu tidak tahan lama, tak ada isu materialnya tidak berkualiti, tidak ada isu kainnya mereput atau sebagainya. Alhamdulillah, masih elok dipakai sehingga ke hari ini. Kenapa perlu malu walaupun ianya tidak berjenama kan? Pandai-pandailah mengenakan warna, pandai-pandailah menggayakan dan pandai-pandailah sesuaikan. Di dalam pemakaian serta penampilan bukan isu mahal, berjenama, murah, tidak berjenama. Tetapi kualiti serta penggayaan. Yang murah boleh kelihatan mahal jika betul caranya, yang mahal boleh nampak murah jika tidak kena gayanya. 

Mungkin ada di antara kita, terkadang rasa ingin dan rasa mahu menggayakan yang berjenama tetapi terpaksa ketepikan niat dan hajat tersebut di atas alasan yang tertentu. Ha ha ha... Macam Farah, nak tambah koleksi tetapi ketepikan dulu untuk kepentingan lain yang lebih penting dalam kehidupan. Tak apa... Jangan rasa down, jangan rasa rendah diri... Ada rezeki lebih boleh sahaja beli dan tiada sesiapa melarang. Rezeki kan? Siapa yang tahu bagaimana dan dalam bentuk yang bagaimana? Yang tiada berjenama pun ok dan ianya sebenarnya masih mampu membuatkan anda kelihatan bergaya dan hebat. Kadang-kadang itu, less is more dan more it less. Yang penting, it serves the purpose kenapa kita berhijab kan? ;-). 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Shawl RM10.00 Lagi! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, May 24, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. Kalau kakak tidak kisah mahal ke murah tapi kalau cantik di mata kakak dan kakak suka kakak beli dan pakai Farah.

    ReplyDelete
  2. Buat apa nak malu kan, yg pnting tudung tu menutup aurat kan x kisah murah taw mhl fungsinya tetap cma kan, shawl lya x nak try ke sis hihi

    ReplyDelete
  3. ayu pun pilih yang murah2 je.. yang penting kain dan color sesuai dengan kita... lagi satu, kalau murah boleh beli banyak2... :p

    ReplyDelete
  4. PC ada je shawl RM10..ada je tudung bawal RM5..terpulanglah apa tanggapan orang sebab niat itu dihati antara kita dan DIA..asal selesa pada kita..itu dah alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. Betul tu..x kire harga tudung / shawl tu murah atau mahal..Kalo pandai menggayakannya, yg murah pun nmpk mahal..huhu..

    ReplyDelete
  6. Janji tutup aurat.. Mahal tapi tak tutup aurat tak guna juga..

    ReplyDelete
  7. tudung saya kebanyakannya mak yang bagi sebab dia je yang mengikut trend terkini he he he

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY