"Moments" Sepanjang Hayat...

Farah Waheda Wahid
1
 

Setiap orang ada definisi yang tersendiri, di manakah puncak indah kehidupan mereka. Setiap individu, berbeza-beza pandangan, berbeza-beza pendapat, akan tetapi bagi seorang wanita dan bagi seorang lelaki yang telah mendirikan rumahtangga, terutamanya wanitalah kan? Puncak indah kehidupan adalah sewaktu menerima kehadiran cahaya mata dari zuriat sendiri dan sepanjang tempoh kehidupan bersama cahaya mata yang disayangi. I am one of those person that do really cherish the moments. 

Seiring dengan pertambahan usia kita dan juga anak-anak... Ada banyak perkara yang kita tahu bahawasanya mahu atau tidak pasti akan berlalu juga. Masa itu tidak terhenti, masa itu akan tetap berjalan. Yang muda akan dewasa, yang dewasa akan tua... Dan dalam detik kehidupan kita, apabila anak-anak sudah semakin meningkat dewasa... Pasti kita akan terkenang beberapa perkara seperti yang digambarkan di bawah melalui sumber yang Farah dapat di laman sosial Facebook. 


"Bonding" di antara ibu dan anak sewaktu mereka kecil yang kerap berdampingan dan memeluk kita. :-). Sewaktu kecil sememangnya kerap, bila semakin membesar kita tidak akan tahu bagaimanakah keadaannya nanti... Adakah mereka masih sama seperti sewaktu mereka kecil yang kerap berdampingan serta memeluk kita hampir setiap masa? Keadaan pastinya berubah kan? Jika sewaktu kecil sentiasa begini, pabila meningkat usia berkemungkinan semakin lama semakin berkurangan. 

 

Memang benar, saat-saat intim bersama anak-anak kecil itu sememangnya terlalu cepat berlalu. Pejam celik pejam celik dah bujang dah anak kita, pejam celik pejam celik dah anak dara dah anak kita. Esok-esok dah nak kena merisik anak dara orang, esok-esok dah dipinang orang. :-). 

 

Setiap "moments" itu perlu dinikmati sepenuhnya dan perlu dihargai dengan sepenuhnya. Live it to the fullest! Supaya kita tidak merasa menyesal satu hari nanti dengan merasakan alangkah ruginya kita tidak melakukan itu, melakukan ini semasa bersama mereka sewaktu mereka masih kecil lagi. Sebab itu, jika ada yang mengatakan Farah obses dengan Iman Firash... Iya... Farah akui, Farah obses dengan kehadiran Iman Firash di dalam kehidupan Farah. Farah mahu menikmati setiap "moments", setiap saat di dalam kehidupan Farah bersama dia. Segalanya dia... (Moga-moga satu hari nanti kalau dia ada kesempatan membaca entri-entri di Bubblynotes.Com... Ha ha ha... Dia tahu bagaimana Mommy dia terlalu sayangkan dia lebih dari nyawa Mommy dia sendiri, lebih dari kepentingan diri Mommy dia sendiri, lebih dari keperluan diri Mommy dia sendiri). Ahaksss syahdu pula bahagian ini. 


Iya, ada sejenis perasaan bahagia yang sebenarnya berulang kali digambarkan, berulang kali diungkapkan tidak akan pernah cukup dan tidak akan pernah habis. Ianya adalah satu perasaan yang cukup istimewa yang sebenarnya sukar hendak dijelaskan bagaimana. Yang melalui, yang merasa faham bagaimanakah perasaan itu. 


Hidup ini tidak sunyi dengan pelbagai cabaran, ujian serta dugaan. Namun begitu, hadirnya cahaya mata di dalam kehidupan, seakan segala masalah, segala tangisan, segala kedukaan dapat dilupakan sebegitu sahaja apabila mereka di depan mata. Menghiburkan kita dengan telatah mereka, bermanja dengan kita, tantrum... Ha ha ha... Mereka sebenarnya memotivasikan diri kita agar terus maju di dalam kehidupan demi mereka dan terus hidup demi hidup mereka. Mereka pembakar semangat kita dan mereka membuatkan kita redah jer apa sahaja yang datang di dalam kehidupan sehinggakan ada masa-masanya dirasakan hidup kita adalah cuma dengan mereka... Yang lain-lain parking tepi dulu... Nanti fikirkan balik... 

 

Sewaktu kecil, mereka memang bergantung sepenuhnya kepada kita. Bila semakin membesar, mereka sudah ada dunia mereka sendiri, kawan-kawan mereka sendiri dan semakin hari semakin ingin membuktikan keupayaan untuk berdiri di atas kaki sendiri. Kita perlu memberi ruang kepada mereka, dan mereka juga perlukan ruang mereka sendiri. 

 

Setiap "moments" kita bersama anak-anak kita sewaktu kecil tidak akan sesekali kita lupa di dalam hidup dan hayat kita. Itu adalah salah satu detik terindah. 


Susah bagaimanapun, kita akan berusaha memastikan keperluan anak-anak kecil kita sentiasa mencukupi dan tidak berkurangan. Ada kalanya, kita teringin sangattt untuk memiliki sesuatu ataupun melakukan sesuatu tetapi sanggup kita ketepikan semata-mata kerana kita mendahulukan anak-anak di setiap ketika. Biar kita tidak merasa, biar kita tidak mendapat... Yang penting anak-anak mendapat hak mereka yang sewajarnya. Itulah ikatan ibu bapa dan anak... Itulah yang pernah ibu bapa kita semua lalui di dalam kehidupan mereka sewaktu kita kecil dan membesar. Kini bila bergelar ibu, bergelar bapa, giliran kita pula yang merasa apa yang telah mereka lalui dan rasanya. 

Hairannya bila ada manusia yang sanggup membuang bayi di dalam semak, tempat pembuangan sampah serta tempat-tempat lain yang seperti tidak berakal... Hairannya bila ada manusia yang sanggup meninggalkan dengan tujuan untuk membuang bapa sendiri di masjid... Hairannya bila tergamak seseorang manusia itu membiarkan anak-anak atau ibu bapa... Apakah kamu tidak mengenang detik kehidupan kamu bersama ibu bapa sewaktu kecil? Atau kamu lupa bagaimana perasaan itu... "moments" itu... Atau kamu tidak faham ertinya kasih sayang ibu bapa atau konsep kasih sayang itu yang sebenarnya... 

*Ha ha ha... Sendiri taip entri, sendiri tengok semua gambar-gambar ni, sendiri bergenang-genang air mata dan syahdu... Tapi inilah kenyataannya kitaran kehidupan dan saat kehidupan yang pastinya akan dirindui oleh setiap ibu bapa apabila anak-anak sudah membesar kelak... ;-)... Betul kannn?  

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. betul sangat tu farah...nanti masa kita dah tua,anak2 pun dah besar,masa tulah kita akan mengingati moments indah bersama mereka

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !