Home » , , , , , , » Projek Memikat Selera Anak...

Projek Memikat Selera Anak...

 

Kena panjang akal lagi... :-)... Kalau nasi tu toksah cakaplah... Memang dah dekat 2 bulan lebih dia anti sangatttt dengan nasi. Terus terimbau zaman-zaman mengandungkan dia dulu, memang Farah anti sungguh dengan nasi. Nampak jer nasi rasa nak terkeluar seluruh isi perut. Kalau nak makan nasi sebab tak nak berlapar, terkemam-kemam, selera memang tiada sungguh pada nasi. Ini macam dah berjangkit pada Iman Firash pula. Macam yang diperkatakan di dalam ayat kedua... 2 bulan ok? 2 bulan dia tak nak jamah nasi... Langsung tak nak... Kalau bawa pinggan nasi menangis-nangis dia... Entah apa yang dimusuhkan sangat nasi tu tak taulah... Ha ha ha... Paling-paling tinggi dia makan lauk jer.. Diet apa Ash? 

Bila cucu tak nak makan nasi, Nenek jadi susah hati. Mommy dia mula-mula cool... Ha ha ha... Tapi bila dah berlanjutan selama sebulan lebih. Mommy dia dah mula ada rasa kerisauan sedikit. Dulu pernah juga dia mogok makan ni... Tapi ikut petua orang-orang yang terlebih dahulu makan garam, mandikan air daun kucai. Selepas tu, Alhamdulillah lah selera. Tetapi sekarang, mandikan air daun kucai, tak menjadi pula petua tu. Hu hu hu... Kalau ikut-ikutkan supplement yang dia makan kedua-duanya membantu untuk membuka selera makan. Ha ha ha tapiii takkk punnn??? 

Biasalah anak-anak kecil yang sedang membesar ni memang banyak main dari makan, banyak main dari tidur. Ada sesetengah begini. Ada musim nak makan, ada musim tak nak makan. Yer tak? Yang pernah melalui fasa-fasa ini pastinya memahami. Hati nenek kan? Sayangkan cucu terlalu sangattt... Biasalah... Bila dah jadi cucu tunggal ni, memang nenek sayang lebih yer tak? Bukan apa, neneknya risau... Yang dia nak makan cuma sesuatu yang berasaskan kentang dan sedikit roti. Nak puaskan hati nenek dia, kita bawalah jumpa pakar kanak-kanak. He he he... Tonyoh kad perubatan Abah dia. Sekadar nak puaskan hati Nek Ma dia dan juga dapatkan pandangan serta nasihat doktor. 

Kisah 2 minggu sudah ni... Jumpa Dr. Siti... Doktor khas Iman Firash sedari kecil lagi. 

Dr.Siti: Assalamualaikum... Firash salam doktor dulu... Kenapa badan nampak kecik dah ni? 

Ha ha ha... Memang tu pun tujuan jumpa doktor kan? 

Mommy: Dia tak nak makan nasi doktor. Cuma nak makan sesuatu yang berasaskan kentang dan sedikit roti jer. 

Sambil-sambil tu Ash ni sibuk main kayu yang nak periksa tonsil tu. 

Dr.Siti: Owhhh... Budak-budak memang macam tu kak. Anak saya pun sama. Dah tinggal halus niiii jerrr... (Sambil tunjukkan jari kelingking). Diaorang ni picky eater. Sebab tu jadi macam tu. Normal kak, budak-budak baya ni macam tu. Tapi tak apa, as long as diaorang makan itu dah ok dah tu. Kentang pun ok as it is like the other terms of nutrien. 

Begitulah konklusinya... Dr.Siti kata tak apa, bagi jer apa yang dia nak makan buat masa sekarang ni. As time goes by, In Shaa Allah dia akan makan seperti biasa juga nanti. 

Mak kannn? Takkan nak biarkan ajer... Since dia tak nak makan nasi, kita gantikanlah dengan benda lain. Seperti yang dikatakan di peringkat permulaan entri ini tadi, kenalah panjang akal. Bha ha ha... Gigih mencari cara bagaimana nak dorong dia makan. 

 

Konon-konon nak pikat anak supaya berselera makanlah ni. Terjumpa pula hashbrown berbentuk smiley face. Terus jer Mommy dia semangat membeli. Hashbrown tu kan kentang. Masa beli tu dalam hati... Moga-moga makanlah hendaknya. 

 

Gigih menggoreng pagi Sabtu tu... Tapi dalam hati berdebar-debar... Dalam masa yang sama teruja... Nak ke tak nak anak aku ni makan nanti. 

 

Alhamdulillah, habis sepinggan tu... Lega sikit hati Mommy dia ni. Nek Ma dia pun dah mampu tarik nafas lega. Suka pula dia tengok hashbrown smiley face tu. Tapi yerlah... Takkan hari-hari ko nak sogok anak makan benda yang sama kan? Bosanlah dia.... Sedangkan kita yang dah dewasa pun boleh jadi jelak dengan menu yang sama setiap hari kan? Inikan pula anak-anak kecil. Kenalah panjang akal mencari idea yang lain pula. 

Roti dia makan... Walau tak banyak sedikit dia makan... Gigih pula mencari idea nak menarik perhatian dia ke atas roti dan supaya habis makan. 

 

Dapat ilham sebegini bila Google. Heeee... Apa lagi... Zasss berdesup buat untuk menu makan tengah hari dia. Abah dia kata, tak apa asalkan dia makan. Asalkan perut dia berisi. Itu kata Abahnya. 2 keping roti... Habis! Alhamdulillah... 

Tu yang buat Mommy dia gigih mencari idea-idea lain lagi tu. Seperti untuk buah-buahan sebab nak galakkan dia makan buah-buahan. Idea yang dah dapat adalah seperti di bawah dan semestinya berkaitan dengan sesuatu yang dia sangat minat... 

 

 

Kereta dan keretapi. Kedua-duanya adalah minat dia. Tak kisahlah dia nak main dulu baru makan ke... Nak makan dulu baru main ke... Itu terpulang pada dia... Janji dia nak makan... Sepah ke apa ke? Itu belakang kira... Anak kecil kan? Sepah tetap sepah. Kemas tetap kemaslah maknya. Mana nak lari... Ha ha ha... 

 

Sampaikan coklat pun... Bila terjumpa di TESCO yang berbentuk kereta sebegini, terus beli untuk dia... Semua semata-mata nak dia berminat untuk makan. Bezanya... Coklat dia memang tak tolak... Sebab dia penggemar coklat sejati... Cuma teruja lebih lah sebab bentuk kereta kan? 

Memandangkan dia berminat dan tertarik pada konsep makanan sebegini...nampaknya... Kena semakin rajin dan semakin giat mencari ilham... :-)... Dah begitu rentaknya... Kenalah mengalah sedikit kan? Asalkan anak makan... Perut berisi... Apalah rasanya perasaan ini bila kita sedap-sedap makan tapi perut anak kosong kan? Tak sampai kot hati ni... Tapi sebenarnya bila difikir-fikirkan balik... Ha ha ha... Bagus juga ni, mengasah minda dan kreativiti maknya... :-P

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Projek Memikat Selera Anak..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, May 17, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. budak-budak zaman skrg ni mmg ramai picky eater...rasanya sbb zaman skrg ni nak dptkan makanan tu mudah sgt kot tak macam org dulu2...

    ReplyDelete
  2. yang roti dengan smiley tu ok lagi..bab nak buat kereta..adeh..mak ni pun tak kreatif...hahha..banyak nak kena belajar ni..

    ReplyDelete
  3. Wahh...memang terbaiklah Farah :)

    ReplyDelete
  4. sama lah macma iman... pasni ibu dia kena belajar bat bento dan macam2 projek nk mikat selera anak

    ReplyDelete
  5. risau juga bila anak tak mahu mkan ni...tapi syukur tak berhadapan dengan ujian sebegini...

    tapi dengan perkongsian ini boleh pelbagaikan makanan untuk anak saya juga

    ReplyDelete
  6. Wahhh..Lepas ni makin crative la mummy Ash utk sediakan mknn..huhu..nnt jgn lupe share hasil creative tu ye..huhu

    ReplyDelete
  7. anak2 ni depa ada musim..
    kdg2 selera makan bertambah2
    kdg2 tu haihh kita lak susah hati x makan
    tp xpelah asal anak tu sihat..kan
    comel kentang senyum uols

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY