Petua Turunkan Suhu Panas Anak Dengan Cepat Selain Mandian Lemon

Farah Waheda Wahid
2

Tidak berapa lama dulu, Farah pernah berkongsi satu entri pengalaman Farah mengamalkan mandian lemon ke atas Firash sewaktu dia mengalami demam suhu tinggi yang mencecah sehingga ke 39.1 di dalam entri yang bertajuk Demam Suhu Tinggi??? Mandian Lemon Adalah BerkesanIya, sememangnya diakui bahawasanya mandian lemon ataupun air jaraman lemon sangat-sangat membantu untuk menurunkan suhu panas pada Ash. Pertama kali, Farah terlupa petua ini, bila suhu tidak menurun, baru Farah teringat tentang petua mandian lemon bila sahabat Farah, Sue ingatkan. Terima kasih, Sue... Hati dok risau bila suhu tinggi sangat, sampaikan boleh tak teringat langsung petua mandian lemon tu. Alhamdulillah, bila dah cuba ianya berkesan.

Kali kedua, Ash diserang demam pada waktu petang dan bila semakin larut malam semakin tinggi pula suhu badan dia. Gradually increased. Baru-baru nilah...Rasanya ada dalam 2 minggu yang lepas. Nak dimandikan dah lewat malam, dia pun sedang tidur. Jadi apa ikhtiar yang Farah lakukan adalah menjaramkan air lemon di seluruh badan Ash. Alhamdulillah, dengan izin Allah, suhu badan Ash yang tinggi tu terus turun. Memang petua yang sangat berkesan dan serasi dengan Ash.

Anak-anak kecil, kalau tak betul-betul memang mudah dihinggap demam. Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan anak-anak mudah demam. Secara amnya demam bermakna sistem imunisasi sedang melawan serangan jangkitan. Antara penyebab berlakunya demam seperti serangan virus, bakteria, keracunan makanan dan strok haba. Demam melampau boleh menyebabkan sawan. Kebiasaannya jika sistem imun kuat, demam akan hilang dengan sendirinya.
Sebagai ibu bapa kita perlu peka dengan sebarang perubahan dan anak perlu perhatian yang lebih. Pastikan di rumah ada jangka suhu untuk pemeriksaan suhu sendiri. Antara penjagaan khas ialah pastikan anak mendapat cukup air untuk mengelakkan dehidrasi, kuatkan sistem imun, cukup rehat, pengaliran udara yang baik serta makanan yang lebih berzat dan mudah dihadam.
Melalui perkongsian artikel di SINI  cara berikut bukan untuk merawat punca demam. Ini adalah panduan untuk mengurangkan suhu, memberi keselesaan dan membantu mempercepatkan proses pemulihan. Jangan berlengah untuk dapatkan rawatan secepat mungkin di hospital berdekatan jika suhu badan anak semakin panas.
PENAWAR AIR KELAPA
Air kelapa boleh dijadikan penawar demam. Pastikan kelapa segar dan tidak ditambah ais mahupun gula. Minuman herba lain yang boleh diberi ialah air kembang semangkuk, air rebusan kundur, air bunga chamomile atau air rebusan kurma. Jus gabungan buah dengan sayur juga sangat digalakkan seperti gabungan buah oren, lobak merah dan timun. 
KHASIAT SUP TULANG
Sup tulang bone broth juga berkesan untuk makanan berzat dan berkhasiat. Tulang lembu atau ayam direbus bersama bawang merah, bawang putih, seleri, cuka epal, garam dan rempah sup. Boleh diminum begitu sahaja. Boleh juga diletakkan di dalam bubur, nasi atau dicecah dengan roti. Bubur, smoothies, agar-agar dan puding antara makanan yang senang dihadam juga boleh diberikan.
BERI PROBIOTIK
Beri anak makan probiotik yang kini mudah didapati di pasaran. Antara makanan yang mengandungi probiotik ialah tempe, dadih, kimchi dan keju. 
MINYAK YANG SESUAI
Minyak yang bagus untuk diambil ketika demam ialah minyak ikan kod, minyak zaitun, minyak kelapa dara dan habbatussauda. Beri mengikut kesesuaian umur seperti yang disarankan. 
MANDI & MENGELAP TUBUH
Mandi dengan lebih kerap. Air mandian boleh ditambah garam magnesium flakes untuk melegakan ketegangan otot yang sering terjadi ketika demam. Demahan sejuk atau cold compress boleh dilakukan dengan mengelap badan yang panas dengan air sejuk. Air jaram juga boleh disapu di dahi dan kulit kepala. Antara bahan air jaram ialah bunga raya, beras dan asam jawa. Boleh juga menyapu air bawang merah ke kawasan dada, dahi dan punggung.
REHAT SECUKUPNYA
Pastikan anak mendapat rehat dan tidur yang cukup. Ketika demam, tubuh menggunakan banyak tenaga untuk proses penyembuhan. Sebaiknya berehat di rumah dan elak lakukan aktiviti luar yang banyak menggunakan tenaga.
ALIRAN UDARA YANG BAIK
Perlu pastikan peredaran udara yang baik. Pasangkan kipas atau penyaman udara mengikut keselesaan anak. Pakai pakaian nipis dan selesa. Fabrik kapas dan linen sangat sesuai. Ada masanya dalam keadaan kebah, anak perlu diselimutkan supaya selesa. 
BANTUAN AROMATERAPI
Penggunaan aromaterapi seperti peppermint, eucalyptus, chamomile dan serai wangi juga boleh membantu. Ada yang boleh ditambah dalam air mandian, diurut dan disebarkan di udara dengan teknik semburan atau pembakaran diffuser.
Begitulah perkongsian seadanya... Bila dah jadi ibu dan dah jadi bapa, memang kena banyak ambil tahu perkara-perkara yang berkaitan dengan anak dan juga penjagaan anak. Memang macam-macamlah yang digali jadinya...Ha ha ha... Itu yang jadi macam-macam yang dikongsikan jadinya. Tak apalah, asalkan selagi bermanfaat buat semua dan sama-sama belajar ilmu serta berkongsi info, tak ada salahnya kan? ;-)

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. memang..cuaca tak menentu bila anak sakit risaunya la

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info...

    Support me with like this page ya..huhu

    https://www.facebook.com/HanaQaish

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !