Petua Dulu-Dulu Untuk Halau Lalat

Farah Waheda Wahid
6
 

Lepas cerita semut kita beralih kepada cerita lalat pula... Pasti ada di antara anda yang mengalami masalah lalat di rumah kan? Sekarang ni teknik halau lalat ada macam-macam... Ada pemukul elektrik, ada yang letakkan gam di kertas bagi lalat melekat... Haaa, bab lalat melekat-lekat di kertas ni sebenarnya kannn, jujur Farah katakan yang Farah geli-geleman. Usah ditanya kenapa, usah pandai-pandai nak kata Farah mengada-ngada. Ha ha ha... Memang dah pandangan mata begitu, nak buat macam mana kan? Pandangan setiap orang tu kan berbeza-beza. 

Ada ketikanya, lalat banyak berkerumun di dapur. Lebih-lebih lagi ketika kita sedang sibuk memasak. Bagi mengatasi masalah lalat, ada beberapa petua lama yang boleh diamalkan seperti yang dikongsikan oleh sumber di SINI

Bunga Cengkih
Ambil beberapa bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya daripada ruang dapur anda. 

Daun Kari
Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini, anda dapat menghalau lalat dari meja makan. - oooo padanlah Nek Ma Ash selalu dok letak daun kari dalam gelas lepas tu letak di sudut meja makan... Ini rupanya... Ha ha ha... Nampak sangat tak pernah nak ambil tau ooiii... Yang tau rumah Farah memang bebas lalat... 

Daun Belimbing
Selain daun kari, anda juga boleh menggunakan beberapa tangkai daun belimbing. Cara sama juga dengan daun kari, kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda. 

Guna Cecair Peluntur
Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kin buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan. 

Pakai Lilin
Ambil dua batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda. 

Lilin dan Daun Kari tu Farah dah biasa nampak depan mata sendiri... Bunga Cengkih, Daun Belimbing baru tau... Cecair Peluntur pernah dengar. Cubalah kan? Biasanya petua dulu-dulu ni "mostly" menjadi yer tak? 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Weh..kat opis ni pun banyak lalat...pelik je..haha

    ReplyDelete
  2. umah aida ada sekor lalat.
    mcm2 da buat, farah. sekor lalat mesti ada.
    ntah le lalat yg sama ke lain-lain.
    but hanya satu!
    gerrrrammm!!!

    ReplyDelete
  3. ooo..bru tau bab yg guna daun2 tuu..tq

    ReplyDelete
  4. Biase guna daun kari dgn lilin je..huhu

    ReplyDelete
  5. Salam akak, boleh tambah satu lagi, limau kasturi pun boleh gak combine dengan bunga cengkih memang superb.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !