Parenting Alert!!! Selamatkan Nyawa Anak | Langkah Bila Anak Tercekik

Farah Waheda Wahid
3
Sumber dari Google
Setakat ini, belum pernah lagi melakukan perkongsian mengenai situasi anak tercekik. Yang pernah Farah kongsikan sebelum ini di dalam entri pada bulan Julai 2014 adalah tentang petua atau langkah yang perlu dilakukan sekiranya sesiapa sahaja tercekik tulang - TercekikTulang???. Fikir-fikir balik, memang perlu mengetahui serba sedikit tentang situasi anak tercekik kerana kemungkinan itu boleh saja berlaku pada bila-bila masa dan tidak salah rasanya jika diri sendiri menggali sedikit info supaya ada ilmu mengenai perkara ini. Sekurang-kurangnya, ada sesuatu yang Farah tahu kan, jika keadaan ini berlaku. Harapnya tidaklah kan? 

Iyalah, siapa yang tidak akan berasa panik bila tiba-tiba sahaja anak tercekik! Apatah lagi kalau anak tu adalah si kecil yang berusia di bawah enam (6) tahun. "Eh, tahu ke apa nak buat?". Bila bergelar ibu bapa, memang wajib untuk tahu tentang bantuan kecemasan walaupun anda bukanlah ahli Persatuan Bulan Sabit Merah... Sebab ianya sangat-sangat perlu jika berlaku situasi yang tidak diduga kepada anak-anak kita. Jika kita kebanyakan pada masanya bersendirian di rumah dengan anak lagilah... Takkan nak tunggu sehingga ada sesiapa yang datang hulurkan bantuan ataupun pulang ke rumah kan? Kecemasan sebegini memang perlu ambil tindakan segera dan tak boleh tunggu-tunggu lagi.

Masalah tercekik di kalangan bayi dan kanak-kanak memang kerap berlaku. Ia berlaku apabila sesuatu objek kecil atau cebisan makanan tersekat di dalam trakea, menyebabkan suatu serangan batuk. Penting bagi anda mengeluarkan benda itu dengan cepat supaya anak anda dapat bernafas dengan sempurna semula. Tercekik itu merupakan perkara biasa di kalangan kanak-kanak kecil yang cenderung memasukkan semua benda yang dipegang ke dalam mulut. Mereka juga mungkin mendapati sukar untuk menelan makanan kering dan rapuh. Oleh itu elakkan makanan ini jika boleh. 

Menurut perkongsian artikel di SINI, kalau-kalaulah Farah ataupun anda berhadapan dengan situasi anak-anak tercekik, sila lakukan perkara-perkara berikut:

1. Duduk atau berlutut di atas satu lutut dan tiarapkan anak anda di atas lutut anda, dalam keadaan kepalanya tergantung ke bawah. Sokong dadanya dengan sebelah tangan dan tepuk bahagian di antara tulang belikatnya beberapa kali.

2. Jika ini gagal mengeluarkan halangan, masukkan jari anda ke dalam mulut anak anda dan cuba kais benda itu dari belakang kerongkongnya. Berhati-hati supaya anda tidak tertolak apa-apa lebih jauh lagi ke dalam kerongkongnya.

3. Jika dia masih tersedak, dudukkannya di atas riba anda dalam keadaan menghadap ke hadapan. Sokong belakangnya dengan sebelah tangan dan genggam tangan anda yang sebelah lagi dalam keadaan ibu jarinya ke dalam, pada bahagian tengah di antara pusatnya dengan bentuk V di bawah tulang rusuknya. Tekan dengan kuat ke dalam dan ke atas hingga sebanyak empat kali.

4. Jika anak anda tidak mula bernafas seperti biasa setelah halangan dikeluarkan, lakukan bantuan pernafasan.

Bantuan kecemasan ini mampu menyelamatkan nyawa anak anda! Belajarlah segera bantuan kecemasan jika anda masih belum mengetahuinya! 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !