Home » , , , , , , , » My New Obsession In Hijab: The Grandahlia Instant Kate

My New Obsession In Hijab: The Grandahlia Instant Kate

 

Ini adalah khas buat... 
  • Penggemar instant shawl. 
  • Sesiapa yang mahu menjimatkan masa pemakaian hijab berjenis shawl tanpa menggorbankan gaya semasa. 
  • Sesiapa yang teringinnn sangat nak pakai ala-ala gaya terkini tetapi tidak mengetahui cara. Bukan tak cuba tapi dah mencuba tapi tak menjadi-jadi dan agak sukar untuk mengikuti video-video tutorial di YouTube sehinggakan pening dengan tutorial belit kiri, belit kanan... Akhirnya terasa macam leher dan kepala sendiri nak terbelit...
Anda patut baca mengenai Instant Kate Shawl dari The Grandahlia yang Farah dahpun berpeluang menggayakannya lebih kurang seminggu yang lepas. Meh kongsi sikit meh, macam mana rupanya... Haippp... Suruh lihat rupa gaya Instant Kate Shawl dari The Grandahlia... Bukannya suruh tengok gambar si pemakai dan penggaya ok? Kakak buat demo jer nak bagi anda nampak bagaimana rupa gayanya... Nahhh... 

 

Sangat mudah, sangat ringkas dan sangat menjimatkan masa. Ikat di belakang untuk mendapatkan kesan melekap di kepala tu... Dan kemudian pusingkan lebihan serta kemaskan. Siap! Tidak sampai 10 minit pun nak menggayakan Instant Kate ni. Memang thumbs up kepada inovasi kreatif pihak The Grandahlia ke atas instant shawl yang dilabelkan sebagai Instant Kate ini. Pandangan Farahlah kan? Sangat sesuai bagi mereka-mereka yang berkerjaya yang sentiasa mengejar masa dan dalam masa yang sama amat mementingkan penampilan serta gaya. 

Tutorial untuk memakai Instant Kate shawl ini juga ada disediakan di laman Instagram rasmi The Grandahlia. Memang sangat mudah. 



A video posted by The Grandahlia (@thegrandahlia) on

A video posted by The Grandahlia (@thegrandahlia) on


Ada banyak warna menarik yang boleh menjadi pilihan hati anda. Pilihlah saja yang mana anda suka... Koleksi raya pun nampaknya dah mula keluar dan nampaknya berjaya memikat hati ini. Ngeh ngeh ngeh... 

Owhhh lupa pula nak kongsi... Dari segi material yang digunakan, ianya sangat lembut... Kainnya seolah-olah kain bubble ataupun sememangnya kain bubble... Jika tak sempat nak menggosok pun boleh jer redah nak pakai. Tapi Farah tetap gosok supaya nampak lebih kemas. Memang begini, sama ada kain tu perlu digosok atau tidak perlu digosok, Farah akan tetap menggosok supaya penampilan sentiasa nampak kemas. :-). 

Sebelum nak tutup entri ni... Nak juga kongsi serba sedikit koleksi atau warna yang ada... 





 


 

Dari segi harga jualan pula, anda tidak perlu risau jika ianya mahal kerana ianya adalah harga mampu milik oleh semua orang dan percayalah ianya adalah sangat berbaloi. Ini bukan sebab review yang dibayar Farah nak katakan yang indah-indah dan bagus-bagus belaka mengenai Instant Kate dari The Grandahlia ni sampaikan faking. Review ni ikhlas dari hati dan sesuatu yang Farah suka, Farah dah cuba dan Farah dah lalui pengalaman itu semestinya Farah akan kongsikan dengan anda. :-). Cantik sama-samalah kita cantik yer tak? Bergaya sama-samalah kita bergaya... Nak nak lagi dah nak masuk Ramadhan ni kan? Elok sangatlah tu cuci-cuci kata untuk koleksi raya nanti. Manalah tau kot-kot berkenan kannn? 

Untuk Maklumat Dan Info Lanjut:


Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel My New Obsession In Hijab: The Grandahlia Instant Kate, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, May 16, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Skrg ni memg trend org nak instant je kan maklumla nak cpt

    ReplyDelete
  2. instant lebih cepat..ececeh...wit wit...comel bertudung gitu!!

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak blogwalking kat blog farah, bila baca macam nak gi beli sekarang je shawl tu hihi...

    ReplyDelete
  4. Cantiknya kak Farah pakai shawl macam tu. Heheh. Berkenan pulak tengok shawl ni, nanti nak tengok lah boleh pakai Raya. Eh :p

    ReplyDelete
  5. Cantik jugakkan....tp kalau pesen ikan belakang selalunya tak masuk dgn muka okjelah Farah....

    ReplyDelete
  6. wow wow wow... cantiknya shawl ni... tuan blog bertambah2 jelita bila pakai...

    hi farah... lama tak lawat blog ni. rindu ler..huhu

    ReplyDelete
  7. Kak Farah, kene pkai inner tak kalau pkai instant kate ni?

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY