Mengajar & Belajar Bentuk Untuk Anak Kecil


Semakin hari, semakin sibuk! Memang pun! Bila anak semakin membesar ni, satu perkara yang Farah pelajari adalah Farah semakin sibuk! Ha ha ha... Ada-ada jer aktiviti dan perkara yang Farah sibukkan. Gigih mencari idea, gigih mencari ilham, gigih menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan oleh Iman Firash pada setiap ruang waktu yang ada. Hidup dia pun dah mula dibiasakan dengan jadual sekarang ni. Dah boleh dah tu dibiasakan sedari awal usia. Supaya dia biasa dan tahu susun atur bagaimana masa dia sepatutnya digunakan dengan sebaiknya. Itu cerita kemudian di belakang. 

Tentang aktiviti pembelajaran sambil bermain dan homeschooling Firash ni, Farah memang banyak mencari idea dan juga ilham untuk mempelbagaikan aktiviti untuk dia supaya tidak bosan. Jadi tidaklah pembelajaran dia semata-mata dibantu oleh gajet sahaja kan? Memang sedari kecil diimbangkan waktu dengan gajet dan juga waktu untuk melakukan apa jua bentuk aktiviti. Ni nak kongsi sikit ni, tak nak ambil tahu tak apa... Ekekeke... Kongsi jer... Yang berminat mungkin boleh turut serta menyediakan serta melakukan aktiviti ini. 

Objektif utama aktiviti yang bakal Farah kongsikan ini adalah bagi anak mengenal bentuk secara santai. Farah dapat idea dan ilham ini dari sebuah perkongsian di SINI  yang mana setelah menilai sebelum mengambil keputusan untuk turut menyediakan aktiviti ini bagi Ash... Sebenarnya aktiviti ini tidaklah terhad kepada mengenal bentuk sahaja. Banyak sisi ilmu lain yang boleh diajarkan kepada anak secara santai. Kiranya satu medium tetapi boleh dipelbagaikan fungsinya. 

Tentunya Farah memilih sesuatu yang bersesuaian dan secocok dengan minat dia. :-). 


Bentuk-bentuk yang disediakan daripada kadbod atau apa-apa sahaja yang bersesuaian mengikut kreativiti ibu bapa masing-masing. Berkonsepkan jalan raya! Bila sebut jalan raya pastinya ia berkaitan dengan kereta kan? Ok juga ni sebab Ash pun memang banyak koleksi kereta die-cast. Buat beberapa bentuk asas seperti segiempat tepat, bulat, segitiga, pentagon, oktagon, segiempat sama. Nak tambah lagi bentuk-bentuk lain pun tak ada masalah. The more the merrier. 


Anak-anak boleh bermain sambil mengenal setiap jenis bentuk dengan. 

IDEA 1 
Minta anak-anak "memandu" kereta di atas setiap jalan raya bagi setiap bentuk. Dalam masa yang sama, minta dia mengira berapa jumlah sudut yang dilalui setiap kali dia memandu di setiap jenis bentuk. Contohnya segi empat sama, bila sampai satu sudut, kita turut sama-sama mengira dan menyebut dengan kuat satu. Cukup empat, beritahu mereka bahawa itu adalah segiempat sama atau segiempat tepat. Ia melatih minda anak mengingat ciri-ciri atau rupa bentuk setiap bentuk.  Mungkin lebih mudah untuk mereka mengenali perbezaan setiap bentuk. 

 

IDEA 2
Secara bergilir-gilir, susun kereta-kereta yang ada di setiap bentuk. Susun rapat-rapat. Ini dapat membantu skil mengira. Minta anak mengira, berapa biji kereta yang boleh dimuatkan ke atas beberapa jenis bentuk yang telahpun disediakan. Untuk interaksi yang lebih, mungkin juga kita boleh menguji minda anak, bentuk yang mana satukah yang boleh memuatkan paling banyak kereta? 

 

IDEA 3
Mengajar anak serta mengasah kemahiran mengklasifikasikan sesuatu mengikut kumpulannya yang betul dan juga memahirkan lagi anak dengan warna. Minta anak susun kereta mengikut warna yang betul mengikut kumpulan yang telah kita tetapkan. Seperti gambar di atas, bentuk bulat adalah untuk kereta yang berwarna kuning sahaja. Mungkin bentuk segiempat sama pula adalah untuk kereta yang berwarna merah sahaja? 

Menariklah pada pendapat Farah aktiviti sebegini, sebabnya satu medium pelbagai manfaat. Bahan-bahan penyediaan material, Farah dah dapatkan. In Shaa Allah, malam esok atau Jumaat, Farah akan sediakan untuk Ash. Sabtu dah bolehlah mula lakukan aktiviti baru ini. :-). 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Mengajar & Belajar Bentuk Untuk Anak Kecil, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, May 19, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. assalamualaikum farah...betul tu kita kena bagi sesuatu yang mmg minat mereka ...dlm pada tu bagitahu mereka color apa sambil tu kita ajar mengira jadi dr situ mereka akan tahu mengenal warna dan belajar mengira sama...:)

    ReplyDelete
  2. nanti muja dah ada baby, mesti berguna entri ni. sukanya tengok akak happy dengan anak akak. :D

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY