Melatih Anak Emotional Intelligence Skills Di Rumah

Farah Waheda Wahid
2

Kalau nak diikut-ikutkan, memang melambak-lambak aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak kecil di dalam membantu perkembangan semasa mereka. Aktiviti mengenal warna, mengenal nombor, mengenal anggota tubuh badan, aktiviti membantu perkembangan motor kasar dan halus, aktiviti life skills dan tidak lupa juga aktiviti mengasah Emotional Intelligence Skills kepada anak-anak kecil. Cumanya, antara mahu atau tidak mahu jer. Bergantung kepada pendapat ibu bapa secara individu masing-masing. Lain orang lain caranya mendidik anak-anak. 

Farah suka pendekatan yang sebegini. Santai, bermain dan belajar dan kemudian pantau perkembangan Iman Firash. Jika membuahkan hasil yang positif, Alhamdulillah, jika kurang memuaskan atau tidak menjadi, sentiasa ingatkan diri sendiri agar tidak putus asa, dan mencuba lagi dan lagi. Bukan paksa anak... Tetapi lihatlah sudut mana yang boleh kita bantu dia. Apa yang Farah boleh katakan, dengan continously melakukan aktiviti-aktiviti homeschooling berbentuk ilmiah dan santai sebegini, hasilnya tidak pernah mengecewakan. 

Sebelum Farah berkongsi dengan anda, contoh aktiviti yang boleh membantu mengasah Emotional Intelligence Skills di kalangan anak-anak, meh sini kongsi dulu serba sedikit mengenai Emotional Intelligence. 

Emotional Intelligence ataupun Kecerdasan Emosional terdiri dari dua perkataan iaitu kecerdasan dan juga emosi. Kecerdasan adalah satu kemampuan umum oleh seseorang di dalam hal bagaimana dia merungkaikan masalah hidupny sehari-hari. Kecerdasan juga rapat kaitannya dengan kemampuan kognitif yang dimiliki oleh individu. . Manakala,  emosi berasal dari bahasa Perancis, Ã©motion, dari Ã©mouvoir, 'kegembiraan' dan dari bahasa Latin emovere, dari e- (varian eks-) 'luar' dan movere 'bergerak'. Secara umum emosi adalah perasaan intens yang dikeluarkan/ditujukan kepada seseorang sebagai reaksi dari suatu kejadian, baik senang, marah, ataupun takut. Jadi, Kecerdasan Emosional atau yang biasa dikenal dengan EQ (Emotional Quotient) adalah kemampuan seseorang untuk menerima, menilai, mengelola, serta mengawal emosi dirinya dan orang lain di sekitarnya.

Menurut Howard Gardner (1983) terdapat lima asas utama di dalam Kecerdasan Emosionalseseorang, iaitu:

  • Mampu menyedari emosi diri sendiri.
  • Mampu mengendalikan emosi diri sendiri.
  • Memiliki kepekaan terhadap emosi orang lain. 
  • Mampu memberi maklumbalas dan berunding dengan orang lain secara emosional.
  • Dapat menggunakan emosi sebagai alat untuk memotivasi diri.
Penting sebenarnya dari usia awal melatih Emotional Intelligence Skills anak-anak ni. Contoh aktiviti Emotional Intelligence Skills yang boleh di rumah untuk anak-anak kecil adalah seperti aktiviti ringkas yang Farah kongsikan dari sumber yang Farah jumpa sewaktu mencari ilham untuk aktiviti homeschooling Ash. 


Aktiviti yang mudah dan ringkas. Cuma sediakan beberapa poket yang menggambarkan perasaan seperti gembira dan sedih. Boleh ditambah mengikut kesesuaian, seperti emoticon marah. Dan sediakan juga gambar-gambar ekspresi manusia yang berkaitan. Latihannya ringkas dan mudah. Ajarkan anak-anak perbezaan perasaan gembira mahupun sedih secara perlahan-lahan dengan menunjukkan kepada mereka, gambar apakah yang mewakili perasaan gembira? Gambar apakah yang mewakili perasaan sedih. 

Lepas berlatih berulang kali untuk beberapa ketika, uji anak secara santai dengan meminta mereka memasukkan gambar yang betul ke poket yang betul. Ringkas kan? Jika anak anda berjaya melakukannya, haruslah disertai dengan sedikit pujian. Jika tidak, anda sebagai ibu mahupun bapa janganlah rasa kecewa atau putus asa. Perlahan-lahan. In Shaa Allah, dengan latihan secara santai berulang kali, akhirnya anak-anak akan menjadi seorang yang pakar di dalam membezakan ekspresi perasaan.  

 

Bila dah mahir dengan aktiviti ini, bolehlah diteruskan dengan aktiviti untuk membentuk Emotional Intelligence Skills yang lain pula. Farah pun gigih mencari idea-idea aktiviti untuk Emotional Intelligence ni sekarang ni. Kalau boleh nak seimbangkan dengan aktiviti homeschooling Ash yang lain. Iyalah kalau boleh biar sama rata semuanya sama ada ilmu dunia mahupun akhirat yer tak? Jika ada lagi, nanti Farah kongsikan lagi yer? 

Selamat beraktiviti bersama anak-anak anda! ;-). 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !