Home » , , , , , » Kembali Ber-Jamu...

Kembali Ber-Jamu...

 

Dalam diam tak diam, rupanya dah 3 tahun rutin harian tidak dilengkapi dengan pengambilan jamu. Bersalin pun dengan kaedah pembedahan. Memang tak digalakkan untuk ber-jamu. I've came across a sharing from someone that disebabkan dia memakan jamu selepas pembedahan bersalin, lukanya kembali terdedah. Yang sorang lagi tu pula, disebabkan dia memakan jamu selepas bersalin, bayinya pula yang jadi cirit-birit. Iyalah, jamu tu kan dikatakan panas dan ada sesetengah ramuan memang tidak bersesuaian dengan bayi, lebih-lebih lagi kalau bayi tu menyusu melalui penyusuan ibu. 

Diakui, memang agak takut dan seriau nak mulakan pengambilan jamu setelah melahirkan Ash. Sebab risau perkara-perkara yang pernah berlaku melalui pengalaman orang lain lettew. Ambil iktibar dan pengajaran kaedahnya. Akan tetapi kini, setelah Ash berusia 2 tahun 5 bulan, Farah nekad jer nak mulakan pengambilan jamu semula. Dah mula dah pun minggu lepas, ngeee... Iya luka di dalam mungkin belum pulih sepenuhnya. Dan Farah taklah buta-buta mengambil jamu tanpa konsultansi kan? 

Ambil jamu bukan untuk tujuan memudaratkan diri tetapi untuk kesihatan luaran serta dalaman secara tradisional kaedahnya. In Shaa Allah, tak ada apa-apa dan In Shaa Allah, semuanya akan baik-baik belaka dengan izin Allah SWT. 

Sebenarnya nak memilih jamu ni ada caranya yang tersendiri. Ada wanita yang terlalu obses dengan kecantikan dan penampilan. Farah bukanlah dalam kategori obses tetapi cukup sekadar sedap mata memandang. :-). Ada wanita pantang ada promosi ubat-ubatan jamu atau apa-apa yang berkaitan, mesti nak tau lebih lanjut dan teruja. Tapi ingat, sesetengah jamu memang mujarab, tetapi ada sesetengah jamu boleh membawa kesan sampingan seperti penyakit buah pinggang. Jadinya, sedikit perkongsian dari ilmu yang Farah dapat dari pengamal jamu dulu sewaktu Farah mula-mula ber-jamu dulu. 

Sebelum nak mulakan pengambilan jamu, kalau di dalam bentuk pil, ambil sebiji dan masukkan dalam segelas air. Biarkan sehingga larut. Tengok lama mana masa yang diambil sebiji jamu untuk larut. Macam tulah sistem tubuh badan kita. Kadang-kadang ada jamu susah larut. 

Bayangkan sebiji sehari kita ambil, jika yang semalam belum larut, hari ni kita makan lagi, bertambah lagi ketidaklarutannya di ginjal kita. Lama-kelamaan akan menjejaskan fungsi ginjal. Sebab itulah berlaku masalah penyakit buah pinggang dan sebagainya. Bukan tidak boleh ambil jamu. Memang boleh, lagi-lagi ia membantu dalam kesihatan dan kecantikan. Tapi ada cara memilih jamu untuk mengelakkan kesan sampingan. 

Lagi satu hang dah makan jamu, hang kenalah minum air yang banyak, dapat membantu jamu larut dengan cepat. Siapa-siapa yang makan jamu atau ambil apa-apa produk kesihatan memang digalakkan untuk meminum air sebanyak yang mungkin. 

Setakat hari ni, baru 4 harilah... Nampaknya dah memberikan kesan yang positif. :-). Dan tidak ada pula tanda-tanda negatif yang dirasakan. Mungkin dah ok dan dah sesuailah tu kot untuk mula berjamu semula secara konsisten. Welcome back to my life jamus! Ha ha ha... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kembali Ber-Jamu... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, May 17, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. moga keserasian itu berterusan..amin... :)

    ReplyDelete
  2. akak tahun ni lah baru makan jamu..paling best jamu asam kunyit.sebab tak suka yang bijik2 tu..

    ReplyDelete
  3. dulu smpai skrg anak dah 4..beli jamu lepas tu peram hahahaha
    ni baru nak makan balik..tp xtaulah hangat2 tait ayam ke apa haha
    tapi jamu mmg bgs untuk dalaman dan luaran wanita

    ReplyDelete
  4. Wahhhh...lepas ni solid la mommy ash ni kan...heheehe...akak kalau jamu pil ok..kalau jamu bancuh2 ni...payah nak terima...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dik
    memang bagus kan jamu2 ni
    tapi honestly bagi akak mmg suka pil sbb bau jamu tu mmg tak tahan
    kalau pil main telannn je mudah kan hee

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY