Homeschooling: Aktiviti Roda Berwarna

 

Hendak mencari bahan pembelajaran, hendak menggalakkan pembelajaran serta memudahkan kefahaman anak-anak kecil supaya ilmu dapat diserap dengan mudah dan pantas tidak semestinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Pelbagai cara, pelbagai medium boleh digunakan untuk tujuan ini. Satu lagi aktiviti ringkas dan mudah, yang ibu bapa boleh sediakan untuk anak-anak kecil adalah melalui aktiviti roda berwarna. 

 

Dah semestinya idea ini Farah jumpa melalui pencarian gigih Farah sejak kebelakangan ini ke atas aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama Firash. Dan kali ini, ilham adalah diperoleh dari sumber di SINI

Bahan yang diperlukan untuk penyediaan aktiviti ini pula tidaklah sesukar mana. Iaitu kertas kadbod yang tebal, penyepit baju, "marker" dan juga bahan-bahan pewarna. 

 

Seperti perkongsian-perkongsian Farah sebelum ini, rasanya tidak perlu Farah terangkan secara terperinci satu persatu tentang cara-cara untuk menyediakan medium pembelajaran sambil bermain ini, kerana melalui gambar anda sudah dapat mengagak bagaimanakah cara-caranya. Ianya jelas... Dan boleh disediakan melalui logik akal pemikiran kita masing-masing. 

 

 

Dengan cara ini, secara tidak langsung sebenarnya kita dapat membantu anak-anak kecil untuk mengenal warna dengan lebih pantas. Ianya juga boleh diaplikasikan untuk sistem pembelajaran mengenal nombor dan juga abjad. 

 

Bagi Farah, Farah seronok mencari ilham-ilham sebegini dan Farah seronok terlibat di dalam proses penyediaan medium pembelajaran dan aktiviti seumpama ini untuk Firash. :-). Pendapat kita berbeza. Ini bagi Farah, bagi ibu bapa lain pastinya ada pandangan yang tersendiri kan? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Homeschooling: Aktiviti Roda Berwarna, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, May 5, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Menarik juga nih.. Boleh buat nanti..

    ReplyDelete
  2. Menarik..Boleh buat nih..Sure che mek pun suka jgk..huhu.Thx for sharing...

    ReplyDelete
  3. Teknik pembelajaran yang menarik & berkesan.. Nanti boleh apply utk anak sendiri lak.. Tq for sharing.. ^_^

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY