Homeschooling: Aktiviti Mengenal Anggota Tubuh Badan

Farah Waheda Wahid
3
 

Aktiviti homeschooling lagi! :-)... Kali ini Farah nak kongsikan, apa yang Farah lakukan di dalam memperkenalkan anggota tubuh badan manusia kepada Firash. I've been doing this for quite sometimes  dan berulang kali sewaktu Ash di bawah usia setahun. Mana dapat idea? Idea diilhamkan sewaktu Ash dan Farah mengikuti playgroup. Dari situ, kita cedok sedikit demi sedikit supaya segala aktiviti pembelajaran secara santai dan bermain tidak terhenti di situ sahaja. 

Jujur Farah akui... Di dalam corak pembelajaran Ash di rumah, Farah akan cuba sedaya upaya tidak memberikan tekanan kepada Ash. Owhhh... Ash mesti itu, Ash mesti ini. Takkk... Walaupun Farah ada sasaran Farah yang Farah nak capai. Objektifnya ringkas... Seringkas ABC... :-). Ash harus kenal anggota tubuh badan sendiri sekurang-kurangnya sewaktu berusia setahun. Yang syukur jadinya, bila usaha menjadi dan dalam tidak sampai umur setahun, kalau tak silap Farah, 8 atau 9 bulan dia sudah mula mengenal sekurang-kurangnya 5 anggota tubuh badannya. Terkejut juga dan dari situ sebenarnya...Farah belajar: 

  • Yang utama di dalam keibubapaan memang perlu memberikan perhatian kepada perkembangan anak-anak dan membantu di dalam perkembangan anak-anak. 
  • Kena rajin! Rajin melayan bercakap, rajin melayan anak-anak bermain dan bukannya nahhh ambil mainan ni pergi main... Mommy nak tonton TV ni... Pandai-pandai sendirilah nak main apa pun...sepah pun sepahlah... Bukan tak boleh pun nak menikmati rancangan TV, boleh jer... Tapi perlu ada masa yang khas untuk anak... Antara TV dan anak... Jika kesuntukan masa kita dahulukan anak dahulu. Antara blog dan anak, jika kesuntukan masa kita dahulukan anak dulu... Gittew... Ini pandangan Farah lah... 
  • Kreatif. Kena fikir banyak sikit oiii nak sediakan aktiviti untuk anak dan pandai-pandai cari sumber rujukan yang tidak semestinya dari buku atau medium bacaan di jaringan internet sahaja. 
  • Berdoa untuk anak tu jangan lupa! 
Berbalik kepada aktiviti mengenal anggota tubuh badan ni, sebahagian daripada Farah menggunakan medium interaktif iaitu tablet walaupun ada pendapat yang mengatakan jangan terlalu dedahkan anak dengan gajet. Betul ada kebenarannya. Berjadual, terkawal dan tahu apa content yang sepatutnya digunakan anak serta video tontonan YouTube yang menyumbang kepada pembelajaran anak. 

Sebahagian lagi adalah pembelajaran secara manual iaitu dengan menyediakan template tubuh badan yang kosong dan menyediakan template anggota tubuh badan pada manusia dan mengguntingnya. Gunakan pelekat Tack-It yang berwarna hijau dari jenama Faber Castell tu... 


Template macam ni... Kalau nak menarik warnakanlah sikit yer tak? Kalau plain sahaja anak-anak kadang-kadng boleh jadi tak tertarik. Anak-anak kecil kan selalunya mudah tertarik pada warna warni? Tak pandai melukis? Jangan risau... Kakak pun tak pandai melukis juga... Ha ha ha... Google kan ada? Di Google terdapat banyak template template sebegini. Rajin-rajinlah cari yer. 

Saiz terpulang pada anda, nak buat saiz kertas Mahjong ke? Saiz Kad Manila ke? Saiz kertas A4 ke? Kertas nipis? Kertas tebal? Kertas keras? Semua terpulang kepada citarasa masing-masing. Ngeee... Ini boleh jadi salah satu aktiviti busy board ataupun busy bag untuk anak-anak. 

Dah siap, tunjuk pada anak di mana kedudukan anggota tubuh badan dan biarkan dia melekatkan di tempat yang sepatutnya. Kalau salah tunjukkan lagi. Jangan berputus asa. In Shaa Allah, by time anda akan nampak dan lihat perkembangan dan hasilnya. 

Selamat melakukan aktiviti bersama anak-anak kecil anda di rumah! ;-) 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ok farah, nanti akak boleh tiru hehe
    tq ye.

    ReplyDelete
  2. Wah...thx for sharing...Kalo ajar Ammar mesti si kakak yg jd cikgu nya..kiki

    ReplyDelete
  3. Setujuu dengan kak Farah. Nak mendidik tak boleh bagi tekanan untuk anak anak :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !