Gambar Goyang Macam Mana Pun Tetap Simpan!

Farah Waheda Wahid
1
 

Gambar dolu-dolu... July 2014... Sewaktu usia dia lebih kurang nak masuk 9 bulan macam tu. Biasalah orang baru pertama kali bersalin dan baru pertama kali ada anak kannn? Memang teruja dia lain macam sikit! Orang tak pernah merasa dan pengalaman pertama seumur hidup. Kalau album dalam telefon tu dulunya penuh dengan gambar-gambar sendiri dan kawan-kawan... Gambar-gambar lain, bila dah ada anak, memang memori penuh dengan gambar anak jer... Setiap moment kalau boleh nak rakamkan sebagai detik-detik terindah yang mahu dikenang dalam senyuman satu hari nanti jika umur panjang. In Shaa Allah... Diakui... Memang bila anak pertama ni, teruja dia lain macam... Nak nak lagi kalau itulah bakal satu-satunya zuriat yang Allah SWT kurniakan kannn? Syukur Alhamdulillah... Nak juga Allah perkenankan hajat nak merasa seorang anak pun jadilah. Sujud syukur oiii... I couldn't ask for more melainkan dia sentiasa dilindungi oleh Allah SWT, diberkati, dirahmati, diberikan kesihatan tubuh badan dan bahagia serta gembira sentiasa. 

Bagi seorang yang belum berpengalaman merakamkan moments anak sewaktu kecil, memang secara jujurnya... Bukan mudah nak dapatkan gambar yang dari sudut yang sempurna. Ha ha ha... Kadang-kadang tu kena ambil banyak shot dan kemudian pilih yang mana satu yang paling menjadi. Ada jerlah isu yang berkemungkinan berlaku. Gambar tak menjadi sebab nampak kaki jer ke? Kepala jer ke? Tangan jer ker... Ini bukan merujuk kepada waktu newborn yer? Newborn sonang yo kojo sebab tidur most of the time. Ekekekeke... Bila kaki dan tangan sudah mula pandai terkitai-kitai maksud Farah ni. Termasuklah hasil gambar yang dilihat? Bergoyang... Ha ha ha... 

Ada ibu atau bapa yang jenis tak suka nak penuhkan memori telefon. Bila tengok jer gambar anak yang dirakamkan tu bergoyang, terus delete jer. Nak save space kaedahnya. Ekekeke... Pernahlah, pernahlah cuba nak buat macam tu. Tapi rupanya Farah ni bermasalah sikit bab itu. Ha ha ha... Sikit ke? Rasa macam bermasalah sangat bila sampai bab nak delete-delete ni. 

 

Semua gambar yang bergoyang-goyang tu... Hati jadi tak sampai sungguh-sungguh nak delete. Akhirnya, solusi yang paling ampuh katanya... Transfer ker ke Dropbox... Semua detik semua moment memang tersimpan rapi dalam Dropbox tu. Senang nak skrol dan senyum sendiri-sendiri bila teragak nak walk down the memory lane detik-detik indah tu. Kannn? Gambar cantik-cantik, gambar yang menjadi pula semua simpan di Instagram. Atas tujuan bila nak buat Photobook dia, copy jer gambar dari Instagram tu. Senang. Sebab sememangnya dah tersusun mengikut milestones dan tak perlu nak terpilih-pilih lagi nak masukkan gambar mana di dalam Photobook. Haaa... Tulah sebabnya gambar Ash jer yang penuh dalam Instagram tu... Ahaksss... Mestilah ada sebab yang tersendiri kan? Kalau tidak malas juga nak upload, simpan jer semua dalam Dropbox. Tetapi bila memikirkan kemudahan untuk diri sendiri... Upload jugalah... Iyalah, Farah ni memang buat koleksi semua gambar-gambar Ash dalam Photobook sedari awal lagi... Setakat ni baru 3 jilid... Lagi sejilid on the way! 

Bila dah ada dalam Dropbox dan Instagram, yang dalam telefon tu bolehlah delete yer tak. Boleh ambil gambar baru lagi banyak-banyak! He he he... Sampai bila nak berterusan buat kerja-kerja ni pun tak taulah... #ehhh selagi setiap saat dan detik pembesaran anak itu adalah penting bagi Farah. Dah bujang nanti pun... Agaknya rajin lagi mak dia ni rakam gambar dia... Itulah dia yang dikatakan selagi hayat dikandung badan... Agagagaga... Dan bak kata lagu Aerosmith... I don't want to miss a thing gittew... Biarlah miss moments yang lain asalkan moments dengan anak tidak pernah sekali pun miss... Rugi sangat rasanya... 

Bukan setakat gambar goyang, gambar gelap pun simpan juga... Hu hu hu... 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sama la saya pun suka tangkap gambar anak..besalah first time merasa anak kan...masih teruja...kt fb, insta ada ja gmbar si anak ni..hehe..kenangan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !