Home » , , , , » Expiring Soon...

Expiring Soon...

 

Diam tak diam 9 tahun tak henti-henti berblog termasuklah dengan blog-blog lain sebelum ni yang dah selamat pun dipadamkan... Dan diam tak diam dah masuk tahun keempat blog yang satu ini, berdiri di atas  domain sendiri iaitu www.bubblynotes.com. Uhuksss... Dah lama juga ek? Tapi tak berhajat ke nak berhenti berblog atau slow down? Sampai bila agaknya nak berblog? Tak jemu ke? Tak bosan ke? Hari-hari nak kena ada cerita bagi memastikan blog hidup dan tak mati? 

Jawapan jujur ikhlas dari dasar hati yang terpaling dalam... TAK! Ha ha ha belum lagi rasa nak berhenti cuma mungkin ada beberapa perubahan sedikit sahaja. Sikit jer sikit tak banyak pun. Al-maklumlah sekarang ni gigih ukur baju kat badan sendiri nak kumpul duit untuk anak yang tak lama lagi nak mula bersekolah. Nampak macam jauh, tapi tak pejam celik pejam celik dah nak ke sekolah dah. Siap sedia payung untuk perbelanjaan anak nak sekolah supaya nanti tak adalah nak pening kepala tak cukup itu tak cukup ini. Kena fikir ke hadapan yawww... Daftar tadika pun koman-koman nak kena ada RM 1000.00 dalam tangan yer tak? Jadi orang yang tak berapa nak berkepok-kepok duit ni, yang nipis jer saku ni kenalah perlahan-lahan menyimpan agar segalanya berjalan lancar dan tidak menyusahkan sesiapa. 

Makanya marilah gigih kita mendayung sampan mencari rezeki sambil-sambil berblog. Ok tutup cerita ukur baju, dayung sampan, anak sekolah. Makanya, tiba masa untuk renew domain. Wohooo... Tahun lepas dari RM35.00 tak silap dah naik ke RM38.00. Tahun ni? Renewal dah naik kepada RM45.00. Tahun depan tak tau lagi berapa. Hajat hati nak juga renew awal-awal semalam... Tapi pitih nan hado laie... Memanglah bagi sesetengah orang RM45.00 tu pejam jer mata. Untunglaaaa... RM45.00 tak terasa apa pun terkelur dari poket yer tak? Awak ni... Ha ha ha... Gigil-gigil kepala lutut dan menggeletar tangan nak keluar... Tak apalah postpone dulu... Nanti agak-agak ada kelapangan kita renew-lah... In Shaa Allah, boleh ada rezekinya nanti tu... Ngee... 

Bukan apa RM45.00 tu kalau tadah tangan senang jer dapat memang sesiapa pun boleh bayau kan? Ha ha ha... RM45.00 tu sama ada boleh beli susu Firash, lampin pakai buang Firash ataupun buat duit minyak pergi pejabat seminggu nokssss.... Untuk kakaklah buat masa dan ketika ini... Jadi kita utamakan keperluan dulu sebelum yang lain-lain. Masih ada masa lagi kannn? Bersabar... Ha ha ha... Kalau nawaitu tu elok, nawaitu tu betul... In Shaa Allah, lambat macam mana pun sampai yer tak? Rezeki tak semestinya sekelip mata jer dah ada depan mata... 

Bukan apa... Update pun sebab nak remind diri sendiri your domain is expiring soon... Jadi kena ingatkan diri sendiri untuk siap sedia renew supaya tak kehilangan domain... Sayanglah oiii kalau kehilangan domain kannn? Macam macam sangat dah cerita dalam ni dah 4000 lebih dah... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Expiring Soon..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, May 21, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Betul bagi sesetengah orang 45 ringgit jecil..tapi bagi sesetengah yang lain ianya begitu sangat berharga..

    ReplyDelete
  2. semoga murah rezeki kak farah. aamiin...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY