Esok-Esok Kalau Dah Bujang...

Farah Waheda Wahid
2
 

Gomol selagi boleh gomol... Cium selagi boleh cium anak-anak masing-masing kannn??? Selagi berpeluang dan selagi mempunyai ruang waktu serta kesempatan. Esok-esok nanti bila dah jadi anak bujang takkan nak buat begini lagi yer tak? Ha ha ha... Jaga air muka anak oiii... Kita sendiri dulu pun bila dah besar dan faham erti malu serta perbezaan jantina takkan nak kalau kena gomol dan cium begini di khalayak ramai oleh ibu bapa kita. Habis-habis tinggi, peluk cium ala kadar tetapi masih penuh dengan kasih sayang. 

Bila anak-anak dah besar, ada beberapa perkara yang kita dah boleh ajar diri kita untuk berhenti lakukan yer tak? Sebab anak-anak bila dah besar tak suka dilayan seperti bayi atau anak-anak kecil lagi. Mereka mahu dilayani seperti yang sepatutnya pada usia mereka. Walaupun anak-anak tu mungkin jatuh pada kategori yang manja yang amat, tetap akan ada perkara yang mereka tidak mahu dilayani seperti kanak-kanak kecil. Kalau ada yang melayan anak seperti anak kecil lagi walaupun sudah besar, dikhuatiri nanti anak akan menjadi terlalu dependent kepada kita sebagai ibu ataupun sebagai bapa. Pesanan khidmat masyarakat kepada diri sendiri: Layan anak mengikut usia mereka yang sepatutnya. Dan berpijak di alam realiti bahawasanya usia anak semakin hari semakin meningkat dan kematangan pun mula hadir di dalam diri mereka. Jangan nanti anak-anak dah matang, ibu bapa pula yang tak boleh move on... Ha ha ha... Kena bergerak seiring sejalan. 

 

Ni pun dah mula matang sikit dah ni ni... Ha ha ha... Ikut angin, ada masa kita tak larat nak gomol dia, dia yang mengundang kita untuk gomol dia. Ada masa kita gomol dia, dia pula tak nak. Macam kes malam Sabtu... Ha ha ha... Iyalah... Mommy pun, gomol depan orang ramai di mall, manalah dia tak rasa malu orang tengok. Ahaksss... Ikut suka Mommy-lah Ash kat mana pun... Ha ha ha... Janji Mommy dapat peluk cium Ash sampai penyek pipi tu. Macam tu baru rasa puas ok? 

Tapi tulah... I am learning... Pengalaman pertama kannn? Anak pun anak pertama kannn? Memanglah masih ada perkara-perkara baru yang dipelajari mengenai dunia seorang ibu. Lainlah kalau dah kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan selanjutnya.... Bekalan ilmu di dada setiap anak tu pasti mematangkan diri lagi di dalam dunia keibuan. Tak banyak sedikit pastinya sudah tahu bagaimana nak mengendalikan anak sejajar dengan usianya. Tapi taklah bermakna lurus bendul sangat sampai Mommy dia ni tak boleh faham common sense yer tak? 

Bila anak semakin meningkat usia dan semakin matang sebagai ibu kita boleh rasa dan sedar perubahannya. Itu yang sebenarnya membantu kita untuk melayani mereka serta mendidik mereka bersesuaian dengan umur mereka. Jujurnya, anak ini semakin hari semakin matang. Tapiiii... Yang penting kasih sayang antara kami semakin hari semakin erat dan kami semakin rapat serta tak boleh kalau tak peluk cium dalam sehari. Ha ha ha... Cumanya... Tak semua tempat dah dia nak kena gomol dan cium sampai penyek pipi. Mommy kena alert tu. :-P. 

Selagi ada waktu.. Selagi ada ruang kesempatan dan selagi ada detik... Nikmati waktu kecilnya anak semaksimum mungkin kannn? Tak nak terasa rugi tidak melakukan sesetengah perkara setelah mereka besar panjang nanti... Nanti hu hu hu, rasa yang macam tu yang tak berapa nak seronok tu... In Shaa Allah... Mommy will always cherish this good times together sayang! Dan akan pastikan ia adalah satu memori yang paling indah di dalam kehidupan kita dan perhubungan kita sebagai ibu dan juga anak... :-)... I love you my baby boo Iman Firash! ;-)

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. saya pun suka peluk cium anak saya..wangi! hehe..kalau balik kerja, mesti capai anak dulu..kadang-kadang, habis di gomolnya mereka..hmm, mesti rindu saat ni..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !