DIY: Puzzle Bergambar

Farah Waheda Wahid
5

Sesuatu yang ringkas, mudah dan menarik lagi untuk dikongsikan dan disediakan untuk aktiviti "homeschooling" Iman Firash. :-). Makin hari makin seronok, makin hari makin teruja. Nampaknya kan? Habislah semua batang aiskrim dikumpulkan ni... Nampaknya Mommy kena makan aiskrim banyak-banyaklah ni. Ikutkan hati nak cari jer "stick" yang selalunya doktor gunakan untuk periksa masalah tonsil tu di klinik. Dekat manalah agak-agaknya ada jual yer?  Ada sesiapa yang tahu? Kalau jumpa tempatnya mau Farah borong ni. Sebab, macam-macam aktiviti "homeschooling" yang boleh dilakukan ni. Jujur memang tak ada idea di mana nak membeli "stick" tu.

Yang doktor gunakan tu besar sikit kan? Batang aiskrim biasa tu agak kecil ukuran dan saiznya. Ok ok, idea yang seterusnya adalah membuat "puzzle" bergambar untuk aktiviti masa senggang dan stimulasi minda anak-anak kecil. Seperti yang Farah katakan, sangat mudah sangat senang... Perkongsian dari SINI yang dipanjangkan oleh Farah. :-). 

 

Sangat ringkas, sangat mudah... Cetak apa sahaja gambar melalui pencetak komputer. Tentunya berwarnalah kan? Kemudian lekatkan pada "stick" yang ada dan nomborkan. Potong supaya dapat dicerai-ceraikan. Macam yang anda lihat di dalam gambar yang dipinjam dari sumber di atas. Boleh sediakan beberapa set sebagai aktiviti anak-anak yang kita kenali sebagai sama ada "busy box" ataupun "busy bag". Kalau bercadang nak makan di luar pun boleh bawa "busy box" atau "busy bag" ni... ;-). 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Batang aiskrim tu pernah nmpk jual kat kedai buku...

    ReplyDelete
  2. set batang aiskrim ada dijual dikedai alatulis. kat family stor selalunya saya beli. ada yang besar n kecil. Ada gak yang berwarna-warni.

    ReplyDelete
  3. nak tolong belikan pun xdapat la sebab jauh jugak dari tempat sally..huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !