Disebabkan Mengidam Ikan Pari Bakar Bersambal...

Farah Waheda Wahid
1
 

Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba selera terbuka pula nak makan berlaukkan Ikan Pari Bakar Bersambal. Selalunya menu-menu seumpama ini akan muncul menjelma ketika bulan Ramadhan... Tapi ini terawal pula berselera nak makan menu ni. Harga Ikan Pari Bakar Bersambal pun boleh tahan di Pasar Ramadhan kan??? Boleh cecah berbelas-belas ringgit juga... Ahaksss ni kira-kira latih tubi memasak untuk bulan Ramadhan nantilah ni... In Shaa Allah... 

Gigih mencari tungku arang ni di stor belakang... Memang lama juga tak guna... Nek Ma Ash beli ni sewaktu nak dekat-dekat tempoh Farah berpantang dulu. Nak pakai pemanggang ajaib, pemanggang ajaibnya nan hado... Nan mampu lagi nak membeli walaupun harganya bolehlah dikatakan mampu milik oleh semua orang kan? Tak apalah, kita gunakan ajer apa yang ada di dalam simpanan. Jimat selagi boleh berjimat. Bukan tak boleh masak pun kalau tak ada. Iya, mungkin prosesnya agak panjang berbanding kecanggih-manggihan teknologi yang ada sekarang ni. Tak apalah... Ada rezeki kita belilah kalau itu keperluan... Buat masa sekarang ni, "I am still thankful and I am still ok with whatever that I have"... Bukan betapa mahalnya atau betapa canggihnya sesuatu alat memasak tu yang menentukan sedap atau tidak sesuatu masakan tu kan? Cara penyediaan dan air tangan tu yang penting... Ngeee... Ekekekeke... Kalau canggih mana pun, kurang rasa, kurang umphh pun tak seyyy juga. 

Gigih juga menghidupkan bara api dengan menggunakan arang. Bila semua dah ok... 

 

Tibalah masa untuk membakar Ikan Pari yang telah disalut dengan rempah ratus yang bersesuaian dan juga dibalut dengan daun pisang yang diambil dari pokok pisang jiran sebelah rumah. Haippp... Minta izin dulu ok? Bukan main ambil macam tu jer... 

 

Sambil membakar sambil melayan Firash. Biasalah tu kannn? Ada anak kecil yang mempuntai sifat ingin tahu yang menebal memang begitu. Jaga api, jaga ikan agar tidak terlalu hangus, jaga Iman Firash yang sibuk berbunyi... "Apiii... Apiii... Mommy... Apiii...Apiii..."... #ehhh teruja pula dia... Mungkin lain dari yang lain kot cara masakan tu? 

Dah selesai dengan membakar Ikan Pari. Sibuk pula dengan penyediaan sambal untuk Ikan Pari Bakar tu... Owhhh sebelum tu... Ikan Pari tu bukannya susah pun nak bakar pun... Gaul dengan garam kunyit sampai rata lepas tu balut dengan daun pisang... Bakarlah sampai masak... Untuk sambal pula... 

Bahan-Bahan: 

3 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
1/2 inci kunyit hidup dikisar 
1 batang serai dikisar 
3 biji cili api merah dikisar
1 batang cili merah dikisar
7 tangkai cili kering dikisar
1/2 inci lengkuas dikisar 
3 helai daun limau purut dihiris nipis 

Kalau suka bolehlah "add-on" limau kasturi yang dibelah dua. :-). Patutnya boleh masak sekali dengan Ikan Pari yang dibakar tu... Tapi Farah masak asing sambalnya atas dapur gas. Kemudian curah. Ikut cara memasinglah kan? Masing-masing ada cara yang tersendiri bila memasak. Bila dah siap... Tadaaa... 

 

Oklah tu "warm up" sambil catat menu apa yang boleh dimasak sewaktu bulan Ramadhan nanti. Al-maklumlah, kadang-kadang boleh jadi buntu nak masak apa yer tak? Dan masa bulan Ramadhan nilah yang nanti datang selera macam-macam. Nak makan itu nak makan ini... Teringin itu, teringin ini... Nafsu... Nafsu... Ha ha ha... Kawal-kawal sikit yer tak? 

Sambil-sambil tu, teringat dalam peti sejuk beku tu ada daging... Salailah sekali yer tak? Masak Lemak Cili Api Daging Salai pun ok juga ni... Haihhh... Selera macam-macam kannn? 

 


Ada orang bertanya, tak liat ke daging tu nanti? Tak rebus dulu ke? Jawapan kakak... Tak rebus dan daging tu nanti hiris nipis-nipis... Hilanglah liatnya tu... Masak Lemak Cili Api... Goreng Ikan Masin Sepat... Slurppp... He he he... 

Bila dah buat macam ni... "Next"... Terasa nak masak Ikan Pari Bakar Ala Portugis pula... Yang itu balut jer dengan kertas timah... :-)...  

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ooo.. akak boleh kata Farah rajin. Ya.. sebab kalau bakar guna dapur arang ni memang tergolong dalam golongan rajin lah. Tak guna pemanggang ajaib.! apapun, usaha tu penting, ikhlaskan hati, In Sha Allah.. hubungan antara insan yang menikmatinya lebih berkat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !