Dia Semanis Honey

Farah Waheda Wahid
5

Sekarang ni, Farah belum mula tonton dan belum lagi mula follow drama yang sedang hangat diperbualkan oleh peminat-peminat drama Melayu ni, yang Farah follow sekarang ni adalah drama Duda Terlajak Laris ~ dah nak hujung-hujung dah pun drama Duda Terlajak Laris tu. Tak sabar nak tunggu bahagian bilamana hari nikah tu, si Zack ingat dia akan bernikah dengan Anis tetapi rupa-rupanya bakal bernikah dengan Inas @ Pehah, bekas isterinya dulu.

Ramai orang kata, drama Dia Semanis Honey ni seronok. Ye ker? Sajalah gali-gali sinopsis yang ada di laman web yang Farah pinjam dari sumber di SINI  manalah tau kot-kot timbul pula rasa minat nak turut sama menyertai mereka-mereka yang sememangnya follow cerita ni kannn? He he he... Kongsi sedikit sinopsis Dia Semanis Honey walaupun anda-anda-anda dan anda semua yang menjadi pengikut tegar cerita ni dah tau.... Saja jaaaa...

Bagi Hani, pertunangan ini tidak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan demi perbalahan akhirnya membibitkan rasa cinta. Tetapi di saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka. 

Adakah perkataan "sahabat" itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat? Akan bersatu semula dua hati yang memendam cinta di hati masing-masing? Atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya.

Ironinya ternampak iklan sedutan drama bersiri ni...He he he... Kalau tak silap nampak depa berdua nikah juga last-last... Itu memang standard novel dan drama Melayu kannn? Uhuksss...Takut-takut nanti, kalau buat sad ending karang, ramai yang rasa tak puas yer tak.... Kalau ending tergantung pun, tak menyeronokkan juga. Adaptasi novel juga ni... Dari novel nukilan Dila Dyna.

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. DSH pun dah akhir akhir ni mommy..hee..

    ReplyDelete
  2. Tak tengok sgt. Ibu lebih prefer tgok korean. Hahaha

    ReplyDelete
  3. suka tgk nana berlakon hii sweet ja.. :)

    ReplyDelete
  4. samelah..i blm trjebak jugak tgk cite ni

    ReplyDelete
  5. Klu dh nama novel cnfrm happy ending..hee..klu x jgn harap ada org yg tgok. Haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !