Conteng Selagi Boleh Conteng...

Farah Waheda Wahid
3
 

Ini memang rutin dia bila dia rasa nak menulis... Memang sengaja Farah biarkan dia untuk menconteng apa sahaja mengikut kemahuan dia. Tak apa, biarkan jari jemari itu lembut sedari awal usia... Latihkan dia supaya biasa memegang pensil, pensil warna dan apa-apa sahaja yang berkaitan. Sebagaimana, tips yang pernah Farah kongsikan di dalam entri lama Farah dahulu yang bertajuk Cara Mengelak Anak-Anak Dari Menconteng Dinding... Nahhh... Inilah tempat khas bagi Iman Firash kalau tangan tu rasa itchy sangattt nak menconteng di atas mana-mana permukaan... 

Permukaan yang dimaksudkan itu adalah termasuk dinding! Semestinya! Farah cubalah, cuba sedari awal usia latih dia untuk memahami bahawasanya dinding itu bukanlah tempat untuk membuat sebarang graffiti ataupun mural. Ha ha ha... Tapi, Farah tak pastilah sama ada dia mengikut atau ikut sesuka hati dia kan? Seperti Farah katakan, Farah cuba. Walaupun entah dia faham entah tidak. Tiada jaminan dia tidak akan menconteng dinding langsung ok? Manalah tau satu hari nanti dia akhirnya akan menconteng dinding juga? 

Kalau-kalaulah terjadi janganlah masa nak dekat-dekat raya Ash oiii... Ha ha ha, jenuh pula Mommy nak jadi Bionic Woman nak mengecat dinding rumah. Muahahaha... Alhamdulillah lah, setakat ini, belum pernah lagi dia menconteng dinding rumah dengan pensil warna, pensil mahupun marker. :-)... Memang sentiasa ingatkan dan memang sentiasa pesan, supaya jangan sesekali menconteng dinding rumah walaupun di mana sahaja lokasinya. Dinding bukanlah tempat untuk menconteng dan juga menulis jika tiada keperluan melainkan atas sebab-sebab tertentu. Dinding rumah memang tak dibenarkan sama sekali! 

Pada yang pesimis akan perkara ini, mungkin pendapatnya... Budakkk, macam mana pun pasti akan conteng dinding punya! Kadang-kadang tu tak sempat nak menahan, dah terjadi. Pada yang optimis, pasti yakin perkara ini dapat dielakkan jika kena gayanya. Farah? Ha ha ha... Tak dapat nak predict sama ada dinding rumah tu akan betul-betul bersih atau tidak. Tapi Farah cuba yang terbaik. Cuba yang terbaik untuk buatkan Ash faham akan perkara ini. Iya, memang ia satu perkara indah di zaman anak-anak kecil dan akan menjadi memori kehidupan satu masa nanti pabila teringat bahawasanya anak-anak kita sewaktu kecilnya pernah menconteng dinding rumah. :-). 

Farah akui perkara itu, tetapi tidak salah mencuba untuk mengelakkan ia berlaku kan? Bukanlah ia merupakan satu perkara untuk menyekat atau membantutkan perkembangan anak-anak kecil yang sedang membesar. Akan tetapi, pada pandangan peribadi Farah adalah lebih kepada melatih serta mendidik Iman Firash untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan sejak awal usia dan tahu untuk membezakan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan. Farah cuba melentur dan membentuk dia menjadi orang yang mengikut peraturan dan tahu membezakan perkara yang sepatutnya dan tidak sepatutnya. Farah cuba... In Shaa Allah, dengan izin Allah dan juga usaha yang dilakukan, mungkin ianya akan berhasil juga. 

Bukan bermakna bila kita tegas terhadap anak itu akan menyekat perkembangan semasa mereka yer tak? In Shaa Allah tidak. Sebenarnya secara tidak langsung ianya akan membantu mereka memahami bahawasanya sesuatu itu perlulah mengikut saluran yang betul. Teknik-teknik asas tentang kehidupan yang boleh dipraktikkan semenjak kecil lagi. Itu pandangan Farah. Mungkin salah di mata orang lain. 

Tidak ada istilah menyekat perkembangan anak jika sebenarnya ia masih boleh memberikan kebenaran untuk mereka melakukan apa yang mereka nak lakukan itu di tempat gantian yang lain. Mommy tak bagi conteng dinding, masih boleh conteng di writing board kan Ash? Bukanlah Mommy tak bagi langsung... Kan? Kan? Kan? Alah bisa tegal biasa... Melentur buluh biarlah dari rebungnya... Macam tulah konsepnya bagi Farah... Biasakan Ash dengan writing board, white board dan juga kertas kosong... Nampaknya setakat ini, dia faham hanya di situ sahaja yang dia boleh mengekspresi diri dia dan juga kreativiti dia. Bukan dinding tempatnya! 

Macam Farah katakan, akan datang Farah tak taulah kalau-kalau tiba-tiba dia conteng juga dinding kan? Tapi kalau diikutkan dari segi apa yang dilihat dari semasa ke semasa sekarang, Farah yakin dinding rumah tu akan bersih dari hasil kreativiti Ash. Setakat ini, tidak ada tanda-tanda dia berminat untuk menconteng dinding. Mungkin dah faham konsep dah tu! Nak conteng apa-apa cari writing board atau kertas kosong yang disediakan di dalam laci TV Console. Jangan putus asa untuk berulang-ulang melatih anak untuk faham arahan dan konsep jangan conteng dinding, In Shaa Allah, sedikit demi sedikit pasti akan membuahkan hasil. Farah salah seorang ibu yang melakukan misi ini. Ha ha ha... 

Tak perlu anggap ianya sesuatu yang susah. Cuba dahulu, kemudian jangan berputus asa. Anak-anak ni kita yang bentuk mereka, bukan mereka yang bentuk diri mereka sendiri. Sebab itulah mereka amanah Allah pada kita yer tak? Dah memang jadi tanggungjawab dan kewajipan kita membimbing, mendidik, mengasuh dan membentuk mengikut acuan yang baik untuk mereka. Terkadang mungkin ianya agak sukar atau kita menghadapi pelbagai cabaran tetapi walaubagaimanapun kita kena sentiasa positif dan yakin pasti ada cara untuk mengatasinya. Setiap permasalahan itu kan pasti ada cara penyelesaian tidak kira cepat tidak kira lambat. Sebenarnya apa-apa berbalik pada apa yang kita nak dan bagaimana kita nak menjadikan ia apa yang kita nak. Azam mau kuat, hati mau kental ma kalau nak capai sesuatu yang kita nakkan tak kira apa jua yang datang. Percaya bahawasanya ia boleh dilakukan... In Shaa Allah, dapat juga dilakukan. 

Mungkin ada yang mengatakan, teori tidak semudah praktikal. Cuba dulu... Tak cuba tak tau kan? Dah cuba kalau kena gaya dan caranya, In Shaa Allah, praktikal boleh jadi semudah teori... Tapi teori serta pendekatan perlu betul dulu ... Hu hu hu.... Mungkin juga ada situasi di mana pada peringkat permulaan gagal mencapai matlamat... Cuba dan cubalah lagi sehingga berjaya mencapai sasaran...

Kalau dah faham dah tidak boleh langsung conteng dinding... Oklah tu kan Ash? Contenglah selagi boleh conteng atas writing board tu... Mommy tak kisah punnn... Ngeee...  Itu memang khas untuk Ash ekspresi  dan asah kreativiti Ash pun... Ikut suka hati berapa banyak kali nak conteng...

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. akak pun sekarang ni belikan buku colour tu.papan hitam tu,bukan setakat di papan hitam,tepi-tepi tu semua dia conteng dengan kapur.

    ReplyDelete
  2. Bagus tu farah..
    tidak lah dia menconteng dinding kan..

    ReplyDelete
  3. Selagi boleh, contenglah Ash... Seni semua tu... Aunty Auni pun masih lagi suka menconteng dinding walau dah tua kerepot.... huhu.. Jangan tiru Aunty... :-d

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !