Home » , , , , » Cara Check-In Malindo Air

Cara Check-In Malindo Air


Wahhh cerita tentang awan biru pulaaa... Dah lama dah tak bercerita tentang awan biru ini setelah entri yang terakhir mengenai awan biru di SINI.  Kebetulan... Hari ni nak buat check-in untuk penerbangan ke sesuatu tempat di rantau Asia... Tiba-tiba terasa nak berkongsi pula maklumat mengenai cara check-in perkhidmatan penerbangan dari Malindo Air. Kita mulakan dengan Malindo Air, lepas tu nanti ni kita sambung dengan syarikat penerbangan perkhidmatan yang lain pula yer? Ngeee... Satu persatu... Sajaaa nak kongsi walaupun Farah tau ramai yang dah jadi pakar-pakar check-in ni sebab dah travel sana-sini-sinun kannn? Farah ni pula sebab dah jadi sesuatu yang sangat biasa di dalam job scope Farah. 

Iyalah, saja-saja niat berkongsi sebabnya manalah tau kan? Ada yang memerlukan maklumat sebegini sebab baru pertama kali ke? Manalah kita nak tau kan? Tidak semua orang yang pernah berpeluang merasa berada tinggi di atas awan biru tu kan? Firash pun belum pernah lagi tau?

Bagi Malindo Air, pihak Malindo Air menyediakan dua cara untuk melakukan check-in. 

Pertama: Boleh check-in sebelum berlepas menaiki penerbangan di kaunter check-in di lapangan terbang. 

Operasi Penerbangan B737 (JET): 
  1. Kaunter akan ditutup 45 minit sebelum standard time of departure (STD). 
  2. Boarding gate akan ditutup 15 minit sebelum standard time departure (STD). 
Bagi penerbangan Domestik, check-in akan bermula 2 jam sebelum waktu penerbangan berlepas dan kaunter check-in akan ditutup 45 minit sebelum standard departure untuk kelas ekonomi dan juga kelas perniagaan. 

Bagi penerbangan Antarabangsa, check-in akan bermula 3 jam sebelum perlepasan dan kaunter check-in akan ditutup 45 minit sebelum standard departure time untuk kelas ekonomi dan juga perniagaan.  

OPERASI PENERBANGAN ATR (PROPELLER) (LAPANGAN TERBANG SUBANG): 
  1. Check-in akan bermula 2 jam sebelum perlepasan dan akan ditutup 30 minit sebelum standard time departure (STD). 
  2. Boarding gate akan ditutup 10 minit sebelum standard departure time (STD). 
Kenalah datang awal-awal ke lapangan terbang yer kalau nak check-in di kaunter. Kalau lewat alamatnya terlepaslah. Kena tinggal dengan kapal terbang. 

Kedua: Check-in secara atas talian atau lebih dikenali sebagai Web Check-In. Ini paling mudah kot? Bagi Farah lah... Berdasarkan pengalaman bertahun-tahun buatkan Web Check-In untuk bosses Farah... 

Mula-mula, pergi jer ke laman web Malindo Air

 

Selepas itu, klik pada Web Check-In... Untuk view dari browser telefon pintar kotak yang bertanda right... Untuk browser dari komputer kalau tak silap Farah ada pilihan dengan perkataan Web Check-In. Dan muncullah halaman yang baru... 

 

Masukkan maklumat yang diminta... Seperti Last Name anda dan juga Booking Reference. Kadang-kadang boleh jadi tak jumpa tempahan penerbangan kita tu... Jadi dia akan ke halaman lain, yang mana kita masukkan maklumat penerbangan lain seperti nombor e-ticket kita, maklumat penerbangan kita dan juga frequent flyer no. kita seperti gambar di bawah ni... 


Dah dapat ia akan membawa kita ke halaman yang lain. Alamak... Ha ha ha... Yang tu Farah belum dapat nak tunjuk lagi sebabnya masih belum boleh untuk buat Web Check-In. 48 jam sebelum.... Baru boleh buat Web Check-In... 

Cumanya selepas dah masukkan maklumat yang diperlukan, kita boleh pilih tempat duduk kita dan cetak pas berlepas atau lebih dikenali sebagai boarding pass. Dah cetak boarding pass tu simpan elok-elok dengan tiket, passport semua sekali naaa... Ikut selesalah dan ikut pilihan masing-masing nak check-in kot mana pun... Ekekeke... Pilihan di tangan masing-masing kan? In Shaa Allah, next kita kongsi untuk syarikat penerbangan yang lain pula... Kalau ada ruang waktu dan juga kesempatan... Pasal gambar Web Check-In untuk pilih tempat duduk dan cetak boarding pass tu... Nanti In Shaa Allah... Dah boleh buat Web Check-In kalau rajin Farah kongsikan ok? ;-)... 

Tapi yang dah berpengalaman berkali-kali... Memang dah pakarlah kan? Bagi yang pertama kali, jangan susah hati, tak susah mana pun... Ikut jer langkah demi langkah... Ianya sebenarnya adalah satu prosedur yang boleh dikatakan mudah... :-). 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Check-In Malindo Air, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, May 20, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Hi nak tanya, lepas web check in da bole terus print boarding pass pakai kertas A4 ke, macam air asia? ke kene pegi kaunter dia kat airpot baru baru boleh print out boarding pass. 1st time nak naik malindo ni. xtau cara dia. please help ;)

    ReplyDelete
  2. thanks for the info.. selepas pilih seat tu terus dpt boarding pass kan? mcm mana plak dgn baggage?

    ReplyDelete
  3. first time jugak ni....nak tanya paling awal boleh check in online brp lama tempoh dengan tarikh penerbangan? ada kawan cakap 14 hari...ada jugak yang cakap 1 bulan....nak travel ngan anak2 kecik tp x booking pun seat tu....kawan cakap klu check in lambat seat akan diberi secara random...so kemungkinan akan terpisah seat dengan ahli keluarga....

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY