Home » , , , , , » Bahagian 2 | Yang Berminat Nak Jadi Personal Assistant Dan Setiausaha... Meh Baca Sini Dulu

Bahagian 2 | Yang Berminat Nak Jadi Personal Assistant Dan Setiausaha... Meh Baca Sini Dulu


Kesinambungan dari entri sebelum ini yang bertajuk Yang Berminat Nak Jadi Personal Assistant Dan Setiausaha... Meh Baca Sini Dulu... Ini bahagian kedua...Bila dah teringat barulah boleh berkongsi dan juga boleh sambung balik cerita hari tu, bila tak teringat, memang apa pun tak boleh... Sajalah, saja, kongsi-kongsi ilmu melalui pengalaman diri sendiri yang tak seberapa ini... Bukannya nak tunjuk pandai... Atau rasa diri hebat atau pandai yer tak? Perkongsian kita biarlah ikhlas dan sekurang-kurangnya, ianya dapat memberikan sedikit input serta membantu mereka-mereka yang lain.... Manalah tau, dalam ramai-ramai kalangan kita ni ada yang sebenarnya mencari informasi sebegini... Yang tak berminat tu tak apalah...

Jika minat nak baca juga... Nak tahu selok-belok dunia Personal Assistant dan Setiausaha yang dikatakan "SENANG" sangat kerja Personal Assistant dan Setiausaha tu.... Mungkin boleh hadamkan kot...Sebenarnya, bukan kerja di takuk itu sahaja... Broad coverage dan kalau betul-betul memang sangat membantu di dalam career development and enhancement. Duduk saja, stereotype buat benda yang sama sepanjang hayat pun membosankan, itu Farah akui...Sebab Farah memang cepat bosan kalau hari-hari buat rutin yang sama jer... Bila asyik buat perkara yang sama, itu yang jadi lemau dan lama-lama rasa tak seolah-olah macam tak ada excitement pula di dalam perjalanan kerjaya. Bagi pandangan peribadi Farah...bukan bagi pandangan peribadi orang lain yer... Kerjaya kita biarlah penuh dengan excitement dan perkara-perkara yang mewarnai dunia kita yang membuatkan kita rasa seronok dengan apa yang kita lakukan. Bila kita seronok, kita memang akan gembira setiap kali kita melakukan kerja dan hasilnya juga pasti memuaskan. 
Jangan Expect Untuk Balik On Time Setiap Hari
Ini ada Farah bayangkan di dalam entri yang sebelum ini, tetapi ini lebih spesifik kepada waktu balik dari pejabat pada setiap hari. :-). Untunglaaa, sesiapa yang setiap hari, datang pagi tepat pada masa, balik tepat pada masa. Jadual selepas kerja itu sudah tentu-tentu fix pada setiap hari dengan rutin-rutin harian yang lain di luar pejabat. Memang mudah sangat nak susun atur waktu dan mengikut waktu yang telah diaturkan. Bagi Personal Assistant mahupun Setiausaha, jika anda hendak menjadi seorang Personal Assistant mahupun Setiausaha, sila siap sedia untuk "spare" masa selepas waktu pejabat anda sama ada untuk balik lewat sedikit ataupun balik sangat-sangat lewat untuk menyiapkan tugasan di pejabat.
Jika anda seorang ibu dan merupakan seorang Personal Assistant ataupun Setiausaha, anda harus bersiap sedia melakukan persiapan untuk urusan penjagaan anak-anak anda pada hari bekerja. Jika ibu-ibu lain mungkin berkesempatan mengambil anak dari nurseri, dari sekolah dan segala bagai secara konsisten, tetapi bagi seorang ibu yang merupakan Personal Assistant ataupun Setiausaha, ianya bukanlah satu perkara yang konsisten. Ada kalanya ianya tidak dapat dipenuhi kerana terpaksa bekerja lewat. Perkara ni pun salah satu perkara yang Farah fikirkan sejak hamilkan Iman Firash dahulu. Dan dari situ disebabkan atas kesedaran Farah atas perkara ini, Farah dah fikir-fikir dah bagaimana nak menguruskan Iman Firash bila tiba waktu dia masuk ke tadika nanti. Most probably, jika sempat mungkin Farah akan menghantar dia ke tadika di waktu pagi, kemudiannya sama ada tengah hari atau petang, Farah akan dapatkan perkhidmatan dari sesiapa sahaja yang Farah rasa Farah boleh percaya untuk urusan penghantaran pulang Ash. Bukan mudah nak percaya anak kita diuruskan oleh orang lain...Muahahaha...Farah lah...Orang lain tak tau lah kannn? Biasalah bila tak biasa macam tu...Anak pertama dan mula-mula kannn?
Mungkinlah mungkin, minta bantuan teacher dia untuk hantar pulang ke rumah ataupun bayar perkhidmatan pengangkutan yang disediakan khas oleh pihak tadika yang bakal Ash masuk tu nanti ataupun minta bantuan jiran yang Farah percaya dan bayar pada jiran. Tengok nanti macam mana. Jika Farah sempat, pasti Farah akan ambil Ash sendiri. 
Jika Anda Telah Berpasangan Atau Berkahwin, Sila Fahamkan Pasangan Anda Tentang Bidang Tugas Anda
Cerita yang terjadi di luar sana, Personal Assistant atau Setiausaha dikaitkan dengan mempunyai hubungan sulit dengan boss. Iya diakui, ada kes-kes sebegini yang pernah terjadi. Itu jika anda membenarkan... Jika anda tidak membenarkan, tidak akan pernah terjadi apa-apa. Keep your relationship with your bosses as a professional relationship. Not more than that. Bekerja secara professional. Jangan babitkan peribadi. Boss adalah boss. Sebagai Personal Assistant atau Setiausaha, kita bertanggungjawab untuk menguruskan jadual harian, membantu meringankan bebanan tugasan boss kita, be the right hand person and the left hand person. Sometimes, kita kena jadi decision maker di saat ketiadaan boss kita untuk membuat keputusan yang mana bila nak jadi decision maker tu sangat payah. 

Berkaitan dengan kerjaya sebagai Personal Assistant atau Setiausaha ni, sangat penting untuk memahamkan pasangan anda jika anda telah berpasangan atau berkahwin. Sebabnya? Personal Assistant atau Setiausaha dulu-dulu zaman-zaman dulu dengan zaman-zaman sekarang ada bezanya yer. Dulu, boss takkan What's App ko pada bila-bila masa, boss takkan mesej ko atau telefon ko pada bila-bila masa. Mungkin ada tapi kurang. Tetapi semenjak kewujudan telefon pintar, kebanyakan boss lebih memilih untuk hantar mesej melalui What's App. Zaman berubah, sedangkan pejabat masing-masing pun ada group What's App kan? Tugasan dihantar melalui What's App, maklumat dihantar melalui What's App.. Lebih mudah dan lebih cepat sampai kepada si penerima. Farah sendiri pun dengan boss, memang kaki What's App... Mudah kami rasakan begitu... Cepat sikit arahan dan kerja selesai... Sebab bagi Farah, ianya bukan bagaimana caranya mesej disampaikan tetapi efisien-nya kita terhadap sesuatu tugasan itu yang penting. Boss, memang akan expect Personal Assitant atau Setiausahanya untuk menjadi seorang yang cekap dan efisien.

Keadaan macam ni, kadang-kadang boleh mengganggu kedamaian rumahtangga atau hubungan seseorang apabila situasi di mana pasangan tidak memahami bidang tugas kita sebagai Personal Assistant mahupun Setiausaha. Alhamdulillah, setakat ini Farah berjaya memahamkan dan tiada isu berbangkit mengenai kerjaya Farah di dalam perbincangan kami. Malah, bila boss atau sesiapa yang menghubungi Farah berkaitan dengan kerja, itu bukanlah satu masalah pun tetapi pasangan Farah menunjukkan hormatnya beliau kepada kerjaya Farah dengan memberi ruang untuk Farah selesaikan apa yang diperlukan. Terima kasih kerana menjadi seorang pasangan yang memahami kerjaya ini... Ngeee....


Kalau dapat pasangan yang kaki cemburu, kuat cemburu dan anda pula tak reti-reti nak fahamkan... Haihhh, memang payahlah kannn.... Sebab tu ada syarikat-syarikat yang fobia nak mengambil Personal Assistant atau Setiausaha yang telahpun berkahwin...Takut timbul isu-isu sebegini. 


Jaga Penampilan Dan Gaya Pemakaian
Ini bukan bermaksud yang badan ko semestinya sekeping macam papan lapis dan muat segala pakaian bersaiz XXS... Ha ha ha...Tidak kisah sama ada anda seorang yang slim macam cutting model, chubby, tembam, tembun segala bagai... Ko pakai saiz XXS ke? saiz XS ke? saiz XL ke? Apa jua jenis saizlah... Yang penting sebenarnya, ko jaga kekemasan penampilan ko dan juga gaya pemakaian ko. Nampak tak? Bukanlah nak suruh melaram sakan ke pejabat, baju lip lap lip lap, baju glamour dan solekan dah macam badut sarkas. Ha ha ha...
Baju yang kemas, presentable, bersesuaian, berimej professional dan solekan yang bersesuaian untuk ke pejabat. Itu maksudnya. Tudung biar kemas dan mengikut trend semasa. Gittew... Ha ha ha... Ko suka ke, ko tak suka ke, ko nak ke, ko tak nak ke, sila belajar segala jenis lilitan yang ada untuk sesuaikan dengan pakaian ko setiap hari. Di YouTube banyak jer tutorial...Kalau tak gheti gheti juga... Sila dapatkan instant shawl yang berlambak-lambak di pasaran ataupun pakai jer bawal senang habis cerita. Yang penting kemas dan menampakkan imej sebagai Personal Assistant ataupun Setiausaha. Jaga pemakaian dan nak tak nak ko memang kena jadi bergaya setiap hari. Ha ha ha... Dah bergaya setiap hari ke pejabat, sampaikan Sabtu Ahad, nak biasa-biasa jer kalau ke mana-mana.... Penat kan? Asyik bergaya jer... Wakakakaka.... 


Kenapa penting? Walaupun mungkin orang rasa ko ni terlalu banyak baju, terlalu banyak tudung, sampai macam ko nak jadi pejabat tu macam runway show... Lantakkan... Sebab yang benarnya ko bukan nak menunjuk baju dan tudung ko pada orang kat pejabat tu pun...Ko cuma jaga imej ko bersesuaian dengan designation ko dan bersiap-sedia sepanjang masa, sebab ko kena jaga imej boss ko, dan ko kena jumpa ramai orang dalam sehari yang mana ianya melibatkan orang di dalam pejabat dan juga di luar pejabat. Sebab tu tak boleh nak selekeh dan tak kemas. Muka tu pun tak boleh nak kusam dan pucat sangat. Kurang-kurang nampak sikit seri ok? Mungkin ada yang kata tak penting...Tetapi percayalah ianya memainkan peranan...Dibuatnya tiba-tiba boss minta anda gantikan dia untuk pergi meeting ke sesuatu tempat contoh di ruang coffee house hotel mana-mana ke? Kalau pakai tak semengah dan berselipar jer... Ko rasa? Kelam kabut nak balik nak salin baju pula? Dah jadi satu kerja... 
Sentiasa Ke Hadapan Menyediakan Keperluan Boss
Contohnya mudah, minggu depan boss akan menghadiri mesyuarat, minggu ni mesti anda dah update di dalam kalendar harian boss anda. Mustahil-lah tak tau kan? Boss akan maklumkan kepada Personal Assistant atau Setiausah macam mana sekalipun pergerakan mereka. Dan ada kalanya, Personal Assistant ataupun Setiausaha akan susun atur jadual harian mereka. Bila nak slot in mesyuarat, bila nak slot in short discussion... Kan semua tugas Personal Assistant ataupun Setiausaha. Anda kan jadi penasihat masa dan juga pusat rujukan orang lain mengenai setiap pergerakan boss anda. Fikir logik, dan fikir ke depan...Siapkan semua keperluan untuk mesyuarat, kalau tak pasti tanya boss apa yang dia perlukan, kalau dah siapkan keperluan, tanya lagi sekali kot kot dia ada nak tambah apa-apa lagi. Siap-siapkan satu folder khas atau file khas untuk semua keperluan dia tu.
Sama juga dengan halnya bila boss anda on business travel. Kena siap sediakan apa sahaja dokumen yang relevan. Dokumen perjalanan dalam satu folder. Dokumen kerja jika ada dalam satu folder. Perkara lain-lain dalam satu folder. Kena susun atur biar nampak organize dan senang dia nak mencari. Jangan susahkan dia...Ada orang kata terlalu manjakan boss...Pandai-pandailah nak hidup sendiri... Itu mungkin bagi orang lain...Tapi siapa yang dapat kakak ni sebagai Personal Assistant atau Setiausaha, memang kakak jaga serba-serbi keperluan kerja ok? Ha ha ha... Keperluan kerja jer... Lebih dari tu tarak...Urusan peribadi seperti bank-in cheque, belikan barang jika diarahkan, belikan makanan jika diarahkan... itu pun kakak buat juga... Segalanya terhad di pejabat atau di luar sewaktu bermesyuarat. Selebihnya tidak...Tahu had anda sebagai Personal Assistant dan Setiausaha.
Keserasian Dengan Boss
Pada peringkat permulaan ketika anda mula-mula menjaga seseorang boss, mungkin baru nak mengenali antara satu sama lain dan baru nak memahami karakter masing-masing. Sebagai Personal Assistant dan Setiausaha, anda harus mampu mengikut rentak boss anda. Walau tak serasi macam mana pun, jika fikirkan periuk nasi anda, anda harus mencari keserasian itu atau buat-buat serasi. Jika anda rasa tak serasi, bukan bermakna ia boleh memberikan anda kebenaran untuk berkongsi apa yang anda rasa itu kepada rakan-rakan sepejabat yang lain. Itu menempah maut namanya...Ha ha ha... Ko jaga boss, lepas tu belakang boss ko ngumpat boss...Apa kes? Silap-silap benda yang ko tak patut bagi tau pun ko pergi canang. No no no no no.... 
Kalau dah cuba macam-macam untuk kekal dan serasi bekerja dengan boss tetapi tidak dapat mencapai keserasian itu, jawapannya mudah... Cari jalan penyelesaian keluar, bagi yang boleh minta tukar department, sila mohon pada pihak HR, mana-mana department yang kosong yang memerlukan Personal Assistant atau Setiausaha... Kena beranilah kannn? Bagi yang tak ada keberanian...mudah jer... Cari kerja lain tetapi jangan berhenti dulu... Dapat kerja lain baru letak notis... Berisiko dan bukan mudah? In Shaa Allah, jika ada rezeki tidak ke mana... Setakat ini, dalam pengalaman Farah, boss-boss yang Farah dapat semuanya mampu membuatkan Farah tersenyum. Alhamdulillah... Cuma adalah satu tu satu tu... Ha ha ha...Tak boleh ingat satu tu, yang Farah dapat awal tahun 2015... Lega oiii dah lepas dari dia...Dia pun dah tak ada kat Malaysia lagi dah sekarang ni...Dah kena campak pergi Myanmmar dah dengarnya... Dia tu memang...#ehhh ooopsss... Ha ha ha...My worst nightmare ever...
Sekarang? Ngeeee.... Boss yang sangat serasi ok? Sangat-sangat serasi tetapi tak perlulah nak ceritakan secara detail sangat kot? Yang lepas-lepas tu ok, yang sekarang ni, memang identiti, di mana dan juga siapa dirahsiakan. Ada sebabnya dan tidak sepatutnya Farah kongsikan. Cukup Farah katakan...Dalam perjalanan kerjaya, setakat ini, ini yang paling serasi dan  ada chemistry boss - Personal Assistant. Ha ha ha... Sangat fatherly dan tidak berkira... Jadi sentiasa ingatkan pada diri sendiri, bila dapat boss macam ni, kerjalah dengan sebaik-baiknya... Apa lagi nak kannn? Bukan mudah nak jumpa boss begini... Memang identiti dia tu, Farah memang tak boleh beritahu siapakah dia... :-)... Simpan amanah kerja...
Setakat ini perkongsian, bahagian yang kedua, In Shaa Allah, as I strolled further in this area of career, I will share more of what on my experiences and how I deal with certain-certain issue and situation. Akan tetapi, setakat ini sahajalah bahagian kedua. Cukuplah kot, takkan nak panjang berjela-jela sangat lagi. Siapa tahu nanti bakal ada bahagian yang ketiga kan? But one thing yang perlu diingat, bukannya sekiranya anda memilih Personal Assistant atau Setiausaha, kerjaya anda akan mati di takuk itu sahaja...Sebenarnya, jika anda betul-betul fokus dan minat anda sememangnya ke arah itu, anda mampu untuk jadi lebih dari Personal Assistant ataupun Setiausaha. Itu pandangan Farah... Mungkin, just because I've always be someone who is ambitious about my career development kot? And being positive all the time about it... Ya, Farah akui, Farah memang ada pasang sasaran untuk perjalanan kerjaya Farah... Dan ada sesuatu yang Farah sedang bekerja untuk mencapai dan buktikan pada diri Farah sendiri. Bukannya pada sesiapa... Memang Farah sedang berusaha gigih ni... Sekarang ni... nampaknya seperti sudah di peringkat pertengahan... Masih mengayuh lagi nak capai matlamat kerjaya yang Farah dah sasarkan tu...In Shaa Allah...Dengan izin Allah SWT mungkin dapat dicapai kannn? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bahagian 2 | Yang Berminat Nak Jadi Personal Assistant Dan Setiausaha... Meh Baca Sini Dulu, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, May 26, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Sama Farah..me too, P.A..tapi saya dalam government sektor..dah hampir 9 tahun berkhidmat dengan kerajaan, dapat bos on off..ada yang okey, ada yang macam nak mintak pelempang je..haha

    ReplyDelete
  2. sy dah ada pengalaman kat 2 organisasi..memang berbeza, tempat lama free skit, kekadang je bz..kat tempat sekarang, adoi..bz je memanjang..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY