Ash'es Pre-Loved Clothing...

Farah Waheda Wahid
2
 

Perkongsian kisah bagaimana caranya Farah mendidik Firash supaya suka membantu dan bersedekah selain menggalakkan Ash memasukkan duit ke dalam tabung derma yang dijumpai di Pasar Malam seperti penceritaan kisah Kami Ke Pasar Malam dahulu yang Farah pernah kongsikan. Sedari usia Ash 3 bulan yang benarnya Farah telah mempraktikkan amalan bersedekah pakaian Ash kepada rumah anak-anak yatim untuk anak-anak yatim yang memerlukan. Rumah anak yatim mana? Cukuplah sekadar jika dinyatakan rumah anak-anak yatim yang berhampiran serta tidak jauh dari lokasi kami. Buat apa nak canangkan amal jariah yang dilakukan kan? Cukuplah sekadar yang menerima berasa gembira. Pernah juga mendermakan pakaian Ash yang sudah tidak muat dan singkat kepada mangsa-mangsa banjir besar di Malaysia dahulu. 

Setiap beberapa bulan sekali sememangnya tugasan Farah mengaudit pakaian-pakaian Ash. Mana yang sudah tidak muat, mana yang sudah kecil, mana yang senteng, sendat segala bagai... Farah asing-asingkan mengikut kategori. Kebanyakan pakaian Ash masih dalam keadaan yang baru-baru walaupun sudah berulang kali dipakai dan dibasuh. Memang Farah sangat menjaga pakaian agar sentiasa kelihatan seperti pakaian baru. Jika ada yang koyak, Farah asingkan dan letakkan di dalam satu kotak yang berasingan dan tandakan. Simpan dalam stor. 

Pasti ada yang tertanya... Aikkk tak nak simpan ke untuk kenangan ataupun untuk bakal adik Ash nanti? Ha ha ha... Semestinya mestilah ada pakaian yang masih disimpan sebagai kenangan. Untuk bakal adik tu, no comment... Ha ha ha... Sebab memang tidak merancang atau memikirkan langsung tentang perkara itu buat masa sekarang. Belum berkemampuan rasanya dengan keupayaan diri ini. Mungkin sememangnya Ash seorang sahaja kan? Siapa tahu? Dan jika Allah nak bagi juga tu, pada masa akan datang yang jauh-jauh-jauh akan datang... (Kalau yerlah memang rezeki Allah nak bagi... Memang doa sangat-sangat... Bukan sekarang... Kurang-kurang Ash dah sekolah...). Tak mampu kakak oiii... Jujur tak mampu... Lagipun ada komplikasi kannn? Kena sayang diri sendiri juga untuk menjaga anak yang ada dengan sebaiknya dan lihat dia membesar serta berjaya selagi diizinkan oleh Allah SWT. In Shaa Allah... Amin... Kalau ada itu cerita lainlah... Kita beli semua set baru pula yer tak? 

Ok ok berhenti dengan selingan yang nanti makin lama makin panjang tu... Jadinya... Setiap beberapa bulan sekali memang di hadapan Ash, Farah akan lakukan audit mengaudit ni. Dan bila dia sibuk-sibuk, walaupun mungkin dia tidak faham sepenuhnya... Farah akan terangkan kepada dia bahawasanya itu adalah untuk adik-adik pakai. Kesian adik-adik tak ada Mommy, tak ada Babah. Kita ada baju cantik-cantik tapi tak boleh pakai dah... Kita bagi adik pakai yer sayang? Budak kan? Terkadang dia ok, terkadang tu tidak anginnya. Masih belum faham sepenuhnya. Ada pakaian-pakaian yang merupakan pakaian kegemaran dia, sebutnya "No... No..."... Maknanya tak bagi lah tu. 

Yang dia tak relakan, Farah simpan sebagai kenangan. Dalam masa yang sama menjaga hati dia juga. Sengaja Farah lakukan di hadapan dia, sengaja Farah terangkan serta jelaskan kepada dia walaupun mungkin dia tidak faham sepenuhnya. Tak apa, perlahan-lahan... Mula dari awal, In Shaa Allah, lama kelamaan dia akan mula faham erti dan nilai kemanusiaan dan menjadi orang yang akan menilai serta memikirkan sesuatu keadaan dan situasi dengan baik. Cara Farah, usaha Farah melatih dia suka bersedekah juga. Farah cubalah yang terbaik.

Tidak cukup dengan itu, untuk memberikan impak yang lebih sedikit kononnya... Farah bawa dia sekali sewaktu menghantar pakaian-pakaian tersebut ke rumah anak yatim yang berkenaan. Bila kami ke sana, kami luangkan sedikit masa bersama-sama mereka dan Farah berikan Ash ruang untuk bermain bersama rakan-rakan yang hampir sebaya dengannya. Kakak-kakak dengan abang-abang kat sana pun rajin layan Ash juga. Seronok tengok mereka gembira bermain bersama dan seronok bila melihat Ash boleh sesuaikan diri berkawan dengan mereka. Sekurang-kurangnya dia happy juga kan? 

Bukan Farah nak menunjuk yang Farah ni bagus ke apa atau apa yang Farah buat nak bagi semua orang tahu. Tapi sebenarnya, ini perkongsian tentang salah satu cara bagaimana Farah dapat melatih serta membiasakan anak Farah untuk bersedekah. Didik anak, bukan kita minta atau suruh sahaja mereka untuk ikut melakukan sesuatu yang kita galakkan atau perintahkan.... Ada masanya dalam keadaan yang tertentu sebenarnya kita yang kena mulakan dan kita yang kena tunjukkan. Itu maksud perkongsian Farah tu. Kalau ada yang fikir lain, itu terpulanglah. Tak boleh nak cakap apalah kan? Manusia ni ada macam-macam pandangan dan pendapat. Ha ha ha... Tak semua boleh hadam maksud sebenar dan sebab sebenar kita. Sebab tu ada idioms... Lead by example... Mungkin kita bukanlah manusia yang sempurna ataupun hebat, tetapi yang tidak sempurna atau hebat itu, kita boleh gantikan dengan perkara kebaikan yang lain dan secara perlahan-lahan kita boleh belajar serta berubah untuk menjadi lebih baik dari sehari ke sehari kan? Anak juga sebenarnya faktor perubahan ke atas diri kita dan pendorong kita dalam kehidupan ini. 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !