Apa Cubit?

 

Ini tak tau nak ketawa ke? Atau nak rasa bersalah dan sedih ni? Bercampur-baur semua perasaan tu... Ha ha ha... Tapi apa-apa hal nak gelak dulu oiii... Anak oh anak... Terjadi malam ini... 

Seharian dia tak tidur sebab kami pergi melawat AEON Mall Shah Alam hari ni. Melawat lagi? Ha ha ha... Iya sebab nak beli lampin pakai buang Firash... Di AEON ada promosi dan harga sebungkus lampin pakai buang Huggies Ultra dari RM58.00 kot tak silap, harganya jadi RM36.99... Memang suka beli lampin pakai buang dia di AEON sedari dulu, stok pun mudah nak dapat. Huggies Ultra pek berwarna hijau tu memang susah sikit nak dapat tempat lain. Melainkan LAZADA. Semestinya buat perbezaan harga dulu, mana yang murah itulah yang pergi, biasalah, mak-mak nak berbelanja secara berhemah memang begitu. Buat perbandingan harga barangan keperluan anak. Susu kat sini harga berapa, kat situ harga berapa. Lampin pakai buang kat sini berapa, kat situ pulakberapa, kat sinun pula berapa. Macam tulah lebih kurang kehidupan ibu bapa di zaman ekonomi yang agak mencabar ni. 

Bila dah berjalan makanya seharianlah tak tidur di waktu siang. Balik sewaktu dalam perjalanan dah hampir-hampir nak tidur, tetapi tak jadi... Sebab sampai-sampai rumah..."Mommy... Akit oat..." ~ Mommy sakit perut. Rupa-rupanya dah terbuang dalam lampin pakai buang. Terus mandikan sekali, segarlah jadinya. 

Sekarang dah letih mula meragam. Angin tak berapa elok, silap sikit "tantrum" lah dia. Lepas tu kannn... Ha ha ha, kucuma manusia biasa, bila tahap kesabaran dah sampai hidung... Pujuk elok-elok tak jalan juga... Tenung jer dia... #ehhh terlaju pula tangan tercubit manja... Cubit manja jer bukan cubit kuat-kuat, sikit jer... Tiba-tiba? "Apa cubit???"... Sambil bibir dah cembeng lepas tu tolak Mommy dengan perlahan. Alahaiii sedihnya dia... Mommy tak cubit pun sebenarnya... Acah-acah macam mencubit... Ha ha ha...yang Mommy pun sama suka mengusik kadang-kadang...Dah kata anak tu penghibur hati... 

Dalam masa yang sama sebenarnya nak uji reaksi dia bagaimana... Haihhh... Mommy ni memang suka menguji reaksi dan maklumbalas Firash... Alololo kesian anak manja Mommy yang seorang trang tang tang yer? Bila dah sedih begitu, kita naklah pujuk dia balik kan? Ambil dia, dakap dia, dan cium ketat-ketat. Reaksi spontan dari dia? "Tak mo"... Tu diaaa... Merajuklah pula kan? 


Ini gambar merajuk sebelum ni. Ulang tayang sikit sini. Haaaa lebih kurang gittewlah gayanya... Adehhh... Payah juga nak pujuk si bujang sorang ni... Sikit jer hati tercuit memang payah nak pujuk. Ha ha ha... Dah tau dah, dah tau dah... Ikut siapa ni... ;-P.

Tulah nak rasa nak gelak ke? Atau nak rasa sedih dan bersalah? Tengah-tengah pun sebenarnya, tapi tergelak juga. Sekejap jer pun rajuknya, lepas tu ok dah... Siap ajak Mommy bergurau. Ash dengan Mommy? Mana boleh lama-lama merajuk... Wakakaka... Nanti Mommy tak bawa jalan baru tau... :-P. Sesekali begini, membuatkan kita mengenali anak sendiri dengan lebih terperinci, dan dari situ, kita sepatutnya tau bagaimana untuk mencorakkan serta menggendalikan mereka dalam situasi-situasi tertentu... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Apa Cubit?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, May 7, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Haha.. Tu muka minta digigit plak tuh..

    ReplyDelete
  2. haha comelnya!
    some kids memang nak kene cubit baru berenti buat tantrum..
    my niece plak, terkdang tu tak sentuh langsung boleh tuduh Fifi tolak dia bagai, kalau cubit mesti dia terus tuduh child abuse punya la haha so if "apa cubit" tu kira statement yg okay la tu haha

    ReplyDelete
  3. Wahh..Dh pandai merajuk skrg Ash ni ye?huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY