Home » , , , , , » Salah Bancuh Susu Pun, Boleh Bahayakan Kesihatan Anak...

Salah Bancuh Susu Pun, Boleh Bahayakan Kesihatan Anak...


Nak cerita tentang "breastfeeding"... Awak ni tak berapa nak "breastfeeding" pun... Pengalaman tu adalah secoet cuma haaa... Ha ha ha... Selama tempoh berpantang jer... Selepas tu... "No more"... Tak ada rezeki nak terlibat secara tegar dan penyusuan ibu secara eksklusif... Tak apalah, tak perlu rasa rendah diri pun, tak perlu nak rasa bersalah pun... Fikir positif jer... Dan Alhamdulillah, Farah memang positif tentang perkara ini... Rezeki setiap individu, setiap anak itu berbeza... Bukannya sama semua orang pun kannn? Tak perlu nak pertikai itu, pertikai ini, sindir itu, sindir ini, bangga itu, bangga ini... Bersyukur jer dengan apa Allah dah bagi bahagian masing-masing...

Bukan semua bayi berpeluang minum susu ibu atas faktor-faktor yang tidak dielakkan. Maka, susu formula menjadi pilihan untuk memenuhi keperluan nutrisi si anak kecil. Susu formula bayi boleh diperoleh dengan mudah di pasaran dalam bentuk serbuk yang dipek dalam tin atau kotak. Ia akan memerlukan anda untuk membancuhnya apabila bayi hendak menyusu. 

Arahan pada label tin memberitahu bilangan skup yang betul untuk ditambahkan pada setiap sukatan air. Info ini sangat penting dipatuhi oleh ibu bapa. Menurut artikel di SINI... Anda tidak boleh sesuka hati membancuh susu mengikut sukatan skup yang tidak betul kerana jika bubuh terlalu banyak susu formula, susu yang dibancuh akan menjadi terlampau pekat sehingga mendatangkan bahaya kepada tumbesaran bayi. 
  • Berat bayi mungkin bertambah dengan terlalu banyak jika terlalu pekat bancuhan susu.
  • Buah pinggang bayi mungkin akan rosak. 
  • Jika serbuk susu terlalu sedikit diletakkan, berat badan bayi mungkin tidak bertambah. 
Oleh itu, kenalah pastikan anda sentiasa mengikut arahan pada label tin susu formula anak untuk memastikan dia memperoleh khasiat yang diperlukan. 

Ini Cara Yang Betul Membancuh Susu Formula Anak! 

Peralatan yang diperlukan adalah satu tin susu formula, botol dan puting susu, pisau plastik dan kertas tisu dapur.

1. Cuci Bersih Peralatan
Gunakan air mendidih untuk membilas peralatan botol susu dan pisau yang disterilkan. Anda perlu menuang keluar air pensterilan, kemudian menuangkan air mendidih ke atas peralatan tersebut. Basuh tangan anda, keluarkan semua peralatan dan letak pada kertas tisu dapur untuk dikeringkan. Lap kering pisau plastik.

2. Guna Air Mendidih
Masak air sehingga mendidih. Jangan gunakan air yang dididih berulang kali atau dibiarkan di dalam cerek, air dari paip air yang dilekatkan dengan penapis air rumah tangga (penapis itu boleh memerangkap bakteria berbahaya) dan air mineral kerana natrium dan mineral mungkin membahayakan bayi anda. Tuangkan air mendidih ke dalam botol susu. Isikan hingga ke sukatan yang sesuai. Periksa pada paras mata. Sukatan mesti tepat untuk membancuh susu dalam kepekatan yang betul.

3. Sukat Susu Dengan Betul
Gunakan skup khas di dalam tin susu formula untuk mencedok susu. Ratakan setiap skup dengan menggunakan bahagian belakang pisau plastik yang  telah disterilkan. Kalau anak anda minum susu jenama Friso, memang dah ada bahagian khas untuk meratakan skup susu di bahagian penutup. Berdasarkan pengalaman sendiri... :-). Jangan isi hingga penuh padat susu formula dalam skup dan jangan tekan susu formula dalam skup kerana bancuhan susu bayi akan menjadi terlalu pekat.

4. Bancuhan Tepat
Tuangkan setiap skup susu formula ke dalam botol berisi air. Tambah bilangan skup yang dicadangkan sahaja bagi kuantiti air tersebut. Jangan tambah secara berlebihan. Serbuk susu formula akan larut dengan cepat di dalam air panas.
5. Goncang Botol
Letak cakera dan gegelang penutup pada botol susu. Jangan letakkan puting susu lagi pada masa ini. Tutup botol dengan ketat untuk menghasilkan botol kalis udara. Goncang botol dengan baik untuk memastikan bancuhan susu larut dengan betul. 

Susu anak anda sudah siap untuk diminum. Pastikan susu tersebut adalah hangat kerana bayi lebih gemar susu yang hangat berbanding sejuk.

Tahukah Anda Yang Bancuhan Susu Anak Boleh Disimpan?

Selama kini setahu Farah kalau sisa susu tu memang tak boleh disimpan. Memang Farah tak pernah simpan sisa susu formula Ash. Itu susu yang dah diminum, bagi susu yang belum diminum dan dibancuh dengan betul sebenarnya boleh simpan macam susu ibu yang telah dipam juga tau.

Bagi yang sudah mengetahui jumlah sesi penyusuan anak dalam masa 24 jam dan ingin menjimatkan masa bolehlah menyiapkan beberapa bancuhan susu untuk anak. Apa yang anda perlu lakukan adalah seperti berikut:
  • Bancuh susu mengikut jumlah botol yang diperlukan. 
  • Tanggalkan cakera dan gegelang penutup. Letak puting susu secara terbalik ke dalam botol tetapi pastikan puting tidak terendam di dalam susu. Tuangkan sedikit susu keluar jika perlu. Letakkan kembali cakera dan gegelang untuk menutup botol susu. 
  • Tutup botol susu dengan penutupnya. Simpan di dalam peti sejuk (bukan pada bahagian pintu) selama tidak lebih daripada 24 jam. Pastikan botol susu berada dalam posisi berdiri. 
Setiap kali anak kecil atau bayi hendak minum susu anda boleh panaskan susu seperti berikut:
  • Ambil sebotol susu dari peti sejuk dan betulkan kedudukan puting ke arah atas. Panaskan di dalam air hangat. Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro kerana susu mungkin akan menjadi terlalu panas walaupun bahagian luar botol masih terasa sejuk. 
  • Periksa pengaliran susu. Susu sepatutnya keluar dua atau tiga titis sesaat. Lubang yang terlalu kecil akan menyebabkan susu sukar dihisap. Manakala lubang terlalu besar menyebabkan susu menyembur keluar. 
  • Uji suhu dengan cara menitiskan bebeapa titisan pada bahagian dalam pergelangan tangan anda. Susu sepatutnya berasa suam-suam kuku.
  • Putar gegelang botol supaya berada pada kedudukannya di atas botol untuk membenarkan udara masuk ketika bayi anda menghisap susu keluar. Ini mengelakkan puting daripada jatuh dan menghentikan pengaliran susu.
Begitulah serba sedikit perkongsian dan semoga bermanfaat buat semua. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Salah Bancuh Susu Pun, Boleh Bahayakan Kesihatan Anak..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, April 13, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY