Home » , , , , , » Praktikal, Bergaya ,Muslimah Dengan Zolace!!!

Praktikal, Bergaya ,Muslimah Dengan Zolace!!!


Masih ingat sekitar tahun 2015 yang lepas di bulan Februari, Farah berkongsi mengenai Berbelanja Dengan Cara Anda Untuk GayaLebih Hebat di Zolace.Com!!!...Owh mungkin juga anda terlepas pandang dan mungkin juga anda tidak membacanya… Macam dah lama jer tak bercerita tentang butik Muslimah atas talian yang menawarkan pelbagai pakaian yang berkonsepkan Muslimah mengikut “trend” semasa pasaran dan juga terdapat kepelbagaian aksesori untuk tatapan mata penggemar aktiviti membeli-belah atas talian iaitu Zolace.

Ihiksss, sebenarnya dalam masa yang sama, nak tunjuk koleksi terbaru Farah dari Zolace…Wakakaka… Zolace sememangnya menjadi salah satu butik atas talian yang sentiasa menjadi pilihan utama Farah kalau anda nak taulah… Bukan apa, suka dengan sajian mata yang sentiasa segar di Zolace… Setiap kali klik sahaja mesti nampak sesuatu yang baru…Setiap kali klik sahaja, mesti nampak sesuatu yang baru… 

Setiap kali tu juga jadi macam terjatuh cinta kalau tak banyak pun, sekurang-kurangnya satu barang…. Psssttt…. Kita nak tunjuk ni… Inilah koleksi terbaru kita… 


1,2,3,4… 4 kesemuanya… Kalau macam ni anda tak nampak sangat kannn? Apa yang menarik kan? Meh meh meh…Kita kongsi apakah ianya sebenarnya… 

Inilah antara koleksi terbaru Farah dari Zolace! Dah alang-alang kongsi koleksi baru Zolace ni, kita kongsilah sekali #ootd kita hari tu kannn??? 


Alhamdulillah selesa… Dan kenapa Farah katakana ianya praktikal, bergaya, Muslimah… Macam ni… 

Praktikal
Disebabkan oleh, fesyen yang ditawarkan oleh Zolace kebanyakannya adalah mengikut “trend” semasa serta sesuai digayakan sama ada untuk anda ke pejabat mahupun ke acara-acara rasmi dan tidak rasmi. Bagi Farah, praktikal lah tu… Anda boleh redah mana-mana jer mengikut kesesuaian tanpa perlu banyak nak fikir atau nak pening-pening kepala. Katalah yer, katalah…anda bekerja, dan selepas waktu kerja anda ada majlis yang perlu dihadiri… Tak perlu susah-susah dah… Pakaian dan shawlZolace kalau digayakan dengan betul, anda boleh terus hadiri majlis tanpa perlu bertukar pakaian. Harga? Dah tentu-tentulah mampu milik kan? 

Owhhh…Yang lagi satu praktikalnya? He he he… 


Bagi mak-mak kalau dapat masukkan semua benda-benda penting ni, dah kira cukup praktikal dah ni! “Good enough to make me a happy Mom!”…;-)… Ini penting ok? 

Bergaya
Setiap fesyen yang dikeluarkan oleh Zolace menepati citarasa Farah. Tidak terlalu kebelakangan dan tidak terlalu ke hadapan sangat… Mengikut arus semasa. Jika tiada pilihan lain yang dirasakan bersesuaian, sebenarnya, jika anda pandai mengenakan apa yang ditawarkan oleh Zolace. Anda mampu kelihatan bergaya! 

Muslimah
Yup… Tidak mengenepi unsur-unsuk Muslimah…Macam “blouse” Miss President Polka Dot yang Farah pakai tu… Bahagian belakangnya labuh menutupi bahagian yang sepatutnya. J. Fesyen-fesyen Muslimah yang bersesuaian… Yang terbaru? Jubah Dress Alamak! Dah jatuh cinta dengan yang ini! 


Aduhhh makkk… Tiba-tiba rasa macam minat sangatlah pula dengan yang ni… Macam tak sabar pula nak tambah koleksi baru dari Zolace…He he he… :-P…. 

Perkembangan fesyen berubah dengan cepat sehingga kita sukar untuk mengikutinya walaupun bagi seorang "fashionista". Zolace.Com sebenarnya sedikit sebanyak memberikan pertolongan dari segi gaya, menawarkan semua beritamengenai fesyen yang kita perlu tahu untuk menjadikan gaya kita menarik dan terkini melalui artikel-artikel yang dipaparkan di blog mereka. Tak lupa melalui "newsletter" dari pihak Zolace.Com sekiranya anda mendaftar sebagai ahli, Zolace.Com bukan hanya memaparkan apa yang mereka jual, "trend fesyen" tetapi memberi tunjuk ajar kepada anda tentang cara untuk menyesuaikan atau menggayakan sesuatu pakaian itu. Anda juga tidak perlu menghabiskan begitu banyak masa dan tenaga untuk mencari pakaian yang "trendy". Apa yang anda perlu lakukan hanyalah pergi ke blog Zolace.Com dan baca mengenai fesyen dari mereka.

Ini adalah salah satu lagi pilihan pembelian secara atas talian kepada anda... Dari pengalaman peribadi Farah sendiri, material yang digunakan oleh Zolace.Com adalah sememangnya berkualiti, senang digosok, lembut dan sangat selesa dipakai. 

Untuk Maklumat Lanjut:

Laman Web Zolace.Com

Laman Instagram Zolace.Com

Laman Facebook Zolace.Com

Agak-agak terpikat tak dengan pilihan yang ada yang Farah telah kongsikan serba sedikit? Kalau dah rasa-rasa tergoda tu...apa lagi? Jomlah cuba-cuba cuci mata di Zolace.Com... ^_^.. Selamat mencuci mata dan selamat membeli-belah... Zolace.Com TIDAK MENGENAKAN SEBARANG CAJ PENGHANTARAN KE ATAS SEMUA PRODUK DAN TIADA ORDER MINIMUM UNTUK ANDA MEMBELI BELAH DI ZOLACE!!! *_^ 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Praktikal, Bergaya ,Muslimah Dengan Zolace!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, April 26, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY