Home » , , , , , , » One, Two, Three - Three, Two, One...

One, Two, Three - Three, Two, One...


Kira, berhari-hari jugalah berfikir berpuluh-puluh kali nak berkongsi cerita tentang "one, two, three - three, two, one" ni di Bubblynotes.Com. Dah kenapa? Bukan... Macam ni sebenarnya... Farah cuma terfikir, ha ha ha, karang kalau Farah kongsi cerita ni orang label obses dengan anak pula ~ "which is of course every mom is being obsessed into their children", setiap perkembangan setiap detik adalah "moment" terindah dalam kehidupan seorang ibu. Karang kalau cerita, katanya nak menunjuk-nunjuk pula ~ "which is" tak der pula rasa nak menunjuk-nunjuk mahupun riak, bangga diri segala bagai... Sekadar penceritaan... Karang kalau kongsi cerita orang kecam pula asyik-asyik cerita pasal anak dia, macamlah anak dia sorang jer yang bagus ~ lorrr dah namanya "parenting blogger"... Kalau tak bercerita tentang anak pun tak boleh juga... Ekekekeke... Takkan nak kongsi info jer 24/7... Tentu nak cerita perjalanan keibubapaan sendiri kan. Ketahuilah bahawasanya ianya sekadar penceritaan tidak lebih dari itu. Kalau tak bercerita tentang anak sendiri takkanlah nak bercerita tentang anak orang pula kan? kan? kan? Haruslah cerita tentang anak sendiri... Hu hu hu... 

Hujung minggu lepas punya imbasan... Kami mengukur jalan ke AEON Mall, Shah Alam buat kali keduanya. Alhamdulillah, taklah padat mudat macam kali pertama sewaktu awal pembukaannya dahulu. Dapat bertenang sedikit. Bukan apa, saja buang masa di hujung minggu. Ash nak berjalan, Nek Ma nak berjalan. Ha ha ha... Kami pun tumpang sekaki lah. Ambil peluang nak jalan-jalan cuci mata sama. Mommy kan Mak Supir kepada Nek Ma Ash? He he he... Kalau Nek Ma berjalan, kami berjalan sama. 

Terlanjur dah singgah ke AEON Mall tu, teringat yang kad keahlian AEON dah lama lesap ke mana entah. Memandangkan AEON dah sejengkal cuma dengan rumah, marilah kita buat kad baru! Alaaa... Setahun RM 12.00 ajer... Syok sikit, dapat kumpul mata dan tebus baucer nanti kan? :-P... Dan juga lain-lain ganjaran kalau adalah kannn? :-). 

Ambil nombor giliran dan tunggu giliran. Sampai giliran, Ash kena tinggal dengan Nek Ma lah kannn? Nak menulis pegang dia yang melasak tu memang tak jadi tulis. Alih-alih sedar-sedar dengan bunyi budak membaca di setiap nombor kaunter. "One, two, three - three, two, one"... Berulang-ulang sambil bergerak dari satu kaunter ke kaunter yang lain. Toleh-toleh... Lorrr dah lepas dah budak kecik ni rupanya... Gigih membaca nombor kaunter satu persatu. Senyum adik yang bertugas di kaunter tu sambil bertanya... Berapa umur dia kak? Jawab jer lah... 2 tahun 4 bulan. Adik kaunter tu jawab balik... Hah??? 2 tahun 4 bulan??? Pandainya dia kenal nombor... Hu hu hu... 

"Highlight story" ni??? Iya memang nak beritahu Ash dah kenal nombor dan boleh baca "one two three"... Nak kata kebetulan betul tu tak jugak... Sebab nombor yang dibaca pada kaunter memang betul. Bukan setakat adik kaunter tu yang terperanjat, dengan mak dia sekali dengan Nek Ma dia sekali agak terperanjat dengan kebolehan dia secara spontan tu. Rugi tak sempat rakam. Yerlah kalau sempat rakam boleh bagi bukti sekali kan? Nanti karang ada yang tak percaya dan kata saja nak "up" anak pula. Sebab baru 2 tahun 4 bulan kan? 

Memang Ash tak pernah membaca nombor begitu di hadapan kami. Selalunya dia lihat di YouTube dan ikut, Farah ajar waktu malam dia ikut, selesaikan "puzzle" dan bermain sambil mengira jer. Tak pernah lagi membaca terus begitu. In Shaa Allah, In Shaa Allah... "I will try my best to record it" kalau berlaku lagi sekali. "Moment" nih! Siapa yang jadi ibu, tak banyak sedikit pasti gembira dengan perkembangan positif anak kan? Ini penangan Caliph ke? Atau penangan air saffron ni? Psssttt... Nak "order" saffron boleh mesej kakak yer? Untuk kecerdasan minda anak-anak. In Shaa Allah, harga kasih sayang terbaik punya. Tak pasti apa khasiat saffron yang banyak tu, boleh rujuk entri kakak: 


Tak pun Google jer... Alhamdulillah, kesannya positif pada Ash... Amalan setiap hari, campurkan susu dan air suam dengan air rendaman saffron. 

Gembira dengan perkembangan dia... Dan bukan berkongsi nak menunjuk-nunjuk macam anak kakak sorang jer yang pandai... Takkkk.... Bukan macam tu, jangan salah anggap. Sebagai ibu tentu gembira dengan perkembangan anak, nak nak lagi zaman serba kompetitif... Kita usaha jer... Tapi tiada paksaan sehingga memberikan tekanan... Memanglah siapa tak gembira kan? Siapa tidak mahu anak berjaya dunia dan juga akhirat... Selagi boleh berusaha, kita usahalah... Selebihnya kita berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT... In Shaa Allah... Amin... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel One, Two, Three - Three, Two, One..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, April 12, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. alhamdulillah ash makin pintar..keep on learning ya syg

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY