Not All The Things You Want You Can Get...

Farah Waheda Wahid
1

Tidur dalam kesedihan dia... Tidur dalam rasa tidak puas hati dia... Tidur dalam sedikit terusik perasaan dia... Bila ditenung-tenung wajah anak manja seorang trang tang tang ni, rasa kasihan keibuan itu ada juga... Dan ada juga bertanya kepada diri sendiri... Patut ke buat dia macam tu? Dak aihhh... Tak ada marah atau cubit atau tangan merayap atau tinggi suara pun dengan dia... Cuma cakap secara lembut tetapi dalam nada tegas jer... 

Alhamdulillah, setakat ini dia faham "whenever you say that he shouldn't and whenever you did not give him any permission"... Cuma sebagai ibu yang pernah melalui zaman kanak-kanak, kita ni fahamlah yer tak sedikit sebanyak bagaiman perasaan kecewa yang terbit atau muncul di dalam hati tu. Sebab? Sebab kita sendiri pernah melalui zaman kanak-kanak dan kita juga pernah melalui keadaan di mana, ada satu-satu masa ibu atau bapa kita akan melarang, ibu atau bapa kita tidak membenarkan. 

Kebelakangan ni, Firash sudah mula lewat tidur... Kalau bukan jam 12.30 pagi, jam 1.30 pagi... Kalau bukan jam 1.30 pagi boleh bawa ke jam 2.30 pagi... Lebih kuranglah macam tu... Dah macam zaman-zaman dia baru lahir dan masih bayi dulu pula... Memanglah, bila diri yang seharian dah sibuk di pejabat kemudian balik ke rumah... Kalau dapat meluruskan pinggang tu terasa "heaven"nya! Ha ha ha... Silap-silap haribulan boleh terus hanyut di alam mimpi... Silap-silap haribulan dalam tak sedar boleh ter-berdengkur... Dah tidur kan? Mana nak tau... Kalau letih sangat boleh jadi kot? 

Bila anak lewat tidur, takkan kita nak tidur awal juga? Takkan nak biarkan dia seorang diri? Makanya terpaksa juga berjaga... Sudahnya... Sendiri rasa tak cukup rehat, sendiri tersanggap-sanggap keesokan harinya, sendiri rasa lesu... Bukan tentang diri sendiri yang dirisaukan, akan tetapi diri anak tu... Usia macam Ash ni, sepatutnya tidur ke "on time", kena cukup... Pernah juga terbaca, jika anak tidak mendapt tidur yang cukup, ianya boleh mengganggu perkembangan mereka... Tak maulah sampai macam tu kan? 

Lagipun, memang kena latih dia tidur awal mengikut jadual. Nanti esok-esok nak ke sekolah tak adalah menjadi satu masalah yang besar. Fikir punya fikir, tak boleh jadi ni. Memang nak kena betulkan balik "loop hole" yang ada. Oleh yang demikian, Mommy dia bertekad bermula dari malam semalam, "no matter what" Ash mesti masuk tidur seawal jam 9.30 malam. Itu dah kira "lenient" jugalah tu. Macam anak-anak BFF Farah, mereka dilatih tidur seawal jam 8.30 malam. Pagi-pagi sebelum Subuh dah bangun dah masing-masing. Sangat "morning person"... Mudah tu nak ke sekolah nanti. 

Masalah dengan Ash... Ikut dia... Ada masa dia "morning person", ada masa dia boleh lajak ke jam 10.30 pagi baru bangun dari tidur. Yang jadi, tak boleh jadi, bila mana dia lewat selewat 2.30 pagi tidur, pukul 5.30 pagi dah terjaga. Mana boleh? Tidak sihat pola tidur macam tu... Dan ia boleh menjadi satu gangguan. Tak cukup "hours" tidur yang sepatutnya. Melihatkan ini, "I knew that something MUST be done". Itulah tugas ibu yer tak? Yang tak betul pada anak kita, kita cuba perbetulkan. 

Memang sungguh bagai dikata... Mommy tekad... Dan memang betul-betul Mommy buat... Mommy memang macam tu, kalau dah tekad memang macam mana sekalipun akan laksanakan. Tak kiralah apa pun kan? Janji dapat diperbetulkan semula. Malam semalam... Tersebutlah al-kisah... Pukul 9.30 malam dia minta sesuatu dari Mommy... Mommy "ignore"... Sampai satu tahap dah mula nak tunjuk perasaan... Dah mula nak bising... Mommy pandang dia tak kata apa pun... Dari bising, dia duduk menghadap Mommy... Dah faham lah tu yang ianya tidak menggembirakan hati Mommy kelakuan dia tu... 

Secara lembut tetapi tegas dan perlahan-lahan Mommy keluar cakap pada dia... "Ash... Not all the things you want you can get ok?"... Dia angguk-angguk... Dalam hati, macam faham sangat anak aku ni... Ihiksss... :-P... Sambung lagi... "Take your "papam" and cat and sleep"... Laju dia ambil bantal busuk dia tu dan patung kucing kesayangan dia tu dan terus baring... Tepuk punya tepuk punya tepuk... Tak sampai 15 minit dan hanyut di alam mimpi. 

Tak patut ke Farah buat macam tu? Rasa kasihan, rasa bersalah tu semua kena ketepikan walaupun "deep inside I feel a little bit bad and being mean while I know I shouldn't feel that way" kan? Nak didik anak jadi orang kenalah kental sikit hati, tak boleh nak turut sangat semua kehendak dia... Nanti esok-esok awak sendiri yang sakit bila semua kehendak dah biasa dipenuhi... Kalau boleh tak mau sampai macam tu kan? Terpaksa sebab nak didik dia untuk kebaikan dia juga... Bab didik anak sampai hati ke tak sampai hati ke... Memang kena buat juga! "I keep on telling myself about that..." ... Dan dia juga kena tahu bahawasanya tak semua yang dia nak, dia boleh dapat... Itu hakikat dan realiti kehidupan... :-)... 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. alahai... aida sgt fhm perasaan farah tu.
    rasa nyer mostly kita ibu-ibu akan rasa gitu.
    but, nak mendidik kan. bukan nyer nak marah.
    along the way, in shaa Allah ash akan faham...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !