Nak Nangis Tepi Bucu Katil Jap!!!

Farah Waheda Wahid
4

Masih ingat lagi, dulu sewaktu nak dapatkan cakera padat ni, gigih menggumpul duit belanja sekolah. Walaupun seminggu atau dua minggu kumpul dah boleh beli, tapi "still"... Kena kumpul dulu kan? Duit belanja tu betul-betul bajet sebabkan nak dapatkan cakera padat halwa telinga punya pasal. Farah ni, waktu zaman sekolah dulu, kalau "study" kalau buat kerja rumah, mesti nak bersumbat telinga tu dengan "discman"... Hu hu hu... Kalau tak macam tak masuk pula ilmu tu... Hua hua hua... Ini adalah "motivator" dan juga pembantu dari kemengantukkan... 

Disebabkan gigih kumpul duit belanja sekolah tu lah... Sampai sekarang ni elok jer dalam simpanan dan masih boleh digunakan dengan baik. Alih-alih... Bila dapat jer kat tangan Iman Firash... 


Ha ha ha... Dia buat sebagai alatan permainan dia pula... Boleh buat sebagai "base" kepada Thomas dia? Tarik nafas hembus nafas, tarik nafas hembus nafas... Mesti ada yang tanya kan? Kenapa tak simpan elok-elok? Macam ni lah... Anak saya ni macam kanak-kanak yang sedang membesar dan berkembang yang lain... Akalnya kan panjang bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan juga berkembang ni? Ada-ada saja akalnya... Kalau tak dapat capai pun, dah pandai ambil kerusi untuk panjat dan ambil... Tu yang kena pantau selalu dan tak boleh dibiarkan tu... Bukan tak bagi anak berekplorasi panjat memanjat akan tetapi risau juga keselamatan dia. Takut terjatuh dan mengalami kecederaan. Mata Mommy ni kan tak boleh dibiarkan macam tu saja. 

Tapi cakera padat ni memang tak letak mana-mana tempat tinggi pun. Elok jer terletak di dalam laci "tv console" yang rendah tu. Dia godek-godek dalam diam, selongkar dan dapattt... Kalau dah dapat kat tangan dia... Memang jenuhlah nak pujuk minta balik kannn??? Hu hu hu... Tak kena dengan taktik dan pujuk rayu, memang pandang jerlah... Kalau tidak desibel pendengaran boleh terganggu... Ya ampunnn... 

Ini yang rasa nak nangis tepi bucu katil jap nih! Hampir 20 tahun Mommy simpan elok-elok tau Ash? "Sentimental value" nih! Ha ha ha... Tapi bila lihat dia seronok bermain... Terlintas di fikiran... Tak apalah... Masa untuk arwahkan dah kot? Mungkin hayatnya setakat ini jer cakera padat tu... :-P... Mak-mak kan memang macam tu? Selalunya mengalah dengan anak... :-)... Rasa jer nak nangis tepi bucu katil, tetapi tak pun... Redhakanlah demi anak... Ha ha ha... 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Bertabahlah farah :)
    Simpan jer memori dalam kepala ajer :D

    ReplyDelete
  2. uiit..kesayangan kan...tapi sayang lagi anak..hahaha

    ReplyDelete
  3. btl2, arfan dlu pn suka pnjt2 amik brg kat atas almari dia.. skrg ni plak dh pandai amik baju pilihan sndiri..lps je mndi, trs p buka almari amik baju, ikut dan dia jelah bju cmne pn.haha.klo org amik, asyik x kena je..mcm dia je btl hahaha

    ReplyDelete
  4. bertabahla ya mommy...barang saya pon kadang rasa nak ;(( tapi sabor jerla...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !