Home » , , , » Meh Nak Review Gel Mandian Aura 7 Bunga DHerbs!

Meh Nak Review Gel Mandian Aura 7 Bunga DHerbs!


Kannn... Dah kata dah, dah kata... Akhirnya kakak terpengaruh juga dengan hasutan iklan. Ha ha ha... Kuat betul godaan iklan ni yer? Macam terpanggil-panggil jer suruh kita cuba yer tak? Sekali tengok tertarik dengan kandungan 7 bunga tu... Dua kali tengok... Macam ditarik-tarik sebab rasa macam mudah... Ha ha ha... Selalunya kalau nak mandi bunga setiap minggu, terpaksa pergi kedai bunga untuk beli bunga hidup. Mandi bunga di rumah sendiri ok? Bukan mandi bunga bawah jambatan ke apa ke? Haippp... Kita tak buat macam tu semua ok? Saja suka mandi bunga dalam bilik air sendiri bila hujung minggu... "Fefeeling princess" sikit... Ha ha ha... Firash pun sama ikut sibuk nak mandi bunga dengan Mommy dia kekadang... Siram jerlah kat dia kannn? Bertambah naik-naik seri dua beranak ni nanti... Ahaksss... Gurau-gurau... 

Dah ada gel mandian begini, haiii memang mudahlah kan? Tak perlu ko nak gigih sangat mencari bunga hidup sana sini sinun... Dah tersedia dalam satu botol. Tak payah tunggu hujung minggu. Hari-hari pun boleh mandi bunga! Wakakaka... :-). Kandungannya terdiri daripada 7 jenis bunga iaitu Ros, Jasmin, Bunga Raya, Lavender, Orkid, Bunga Matahari dan Kenanga. 

Dikatakan Gel Mandian Aura 7 Bunga diformulasikan dari gabungan 7 jenis bunga terpilih yang mempunyai haruman yang tersendiri. Gabungan bauan bunga ini memberi aura kepada si pemakai. Aura daripada sumber semulajadi mampu memberikan gelombang positif kepada minda dan tindakan. Gel Mandian Aura 7 Bunga memberi kesegaran selepas mandi, meningkatkan lagi keyakinan diri dan membangkitkan aura-aura positif. Gel Mandian Aura 7 Bunga seperti mandian di spa-spa. Aura bunga dalam gel mandian akan menaikkan seri dan menyerap pada badan, menghilangkan kotoran dan bau badan yang kurang menyenangkan. Harumannya kekal sepanjang hari. Nak terbaik lagi? Guna sekali dengan losyen Aura 7 Bunga. 

Pengalaman peribadilah kan? Memang bila gel mandian tu kita sapukan dan gosok-gosokkan ke seluruh badan bau dia kena dengan Farah. Jujur diakui Farah suka dengan baunya. Wangi!!! Farah kan suka wangi-wangi ni? Lagi satu? Rasa berangin jer bila gel mandian tu terkena pada kulit. Rasa berangin tu lah yang bangkitkan rasa segar. Boleh? Lepas mandi tersenyum dan ceria jer... Oklah tu kan? Bantu-bantu ceriakan lagi diri ini dan supaya sentiasa kekal tersenyum dan positif sepanjang hari. "I need that" kot? Tak naklah hidup mendung dan sendu jer kan? Hua hua hua... 

Kalau Farah yang pakai sebotol gel mandian ni seorang boleh tahan sebulan atau sebulan seminggu. Orang lain tak taulah kan? Harganya pun taklah mahal mana pun, masih mampu milik. RM 16.00 sebotol, kira-kira lebih kurang 53 sen jer sehari. Kannn? Yang rasa nak cuba tu, sila cuba...:-)... Kat mana nak beli? Anda pun tau rasanya... Kedai jamu biasa di TESCO pun hado... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Meh Nak Review Gel Mandian Aura 7 Bunga DHerbs! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, April 20, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. farah buat sue rasa nak cuba juga. kebetulan pejabat dherbs sebelah umah jer ;)

    ReplyDelete
  2. wah best nya !!! tula iklan macam terpengaruh nak try. affordable gak harga dia . nnt bleh try la :)
    **your new follower :)

    ReplyDelete
  3. Cik ina rasa nak try juga la,,,,

    ReplyDelete
  4. nak try la jugak nnti..adehhh..terpengaruh..haha

    ReplyDelete
  5. Serius mmg best. Sebelum guna, pakai yang mandian biasa je. Selalu cepat letih & rasa x fresh. Lepas pakai ni, mmg fresh je rs & x letih macam dulu. Saya rasa mmg betul ada aura effect. Yang best bau wangi bukan setakat sabun, badan pun melekat bau wangi.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY