Korang Kisah Ke? Baju Pasar Malam?

Farah Waheda Wahid
6


Auwww cakkk!!! :-)... Ngee... Ni nak tanyalah ni... korang kisah ke kalau beli atau pakai baju pasar malam? Tiba-tiba persoalan ni naik ke kotak fikiran macam ting ting ting... Terus buka BlogTouch Pro dan membebel di Bubblynotes.Com. Tak adalah tiba-tiba teringat kisah silam di mana ada satu insiden di pejabat lama-lama dulu, seorang kawan ni menjaja cerita tentang kawan lain yang kononnya dikatakan telah memakai baju yang dibeli dari pasar malam... Macam hina sangattt pula...

Jujur-jujurnya adakah anda kisah jika anda membeli atau memakai baju pasar malam? Jawab dengan jujur ek? Jangan nak hipokrit dengan diri sendiri. Tanya diri sendiri betul-betul dan jawab sendiri-sendiri jer dahlah, kalau tak nak orang lain tau kan kan kan? Tepuk dada tanya selera yer? 

Ada orang perspektifnya, jika membeli dan memakai baju pasar malam itu, "low class", tak berkualiti dan nampak sangat tak berkemampuan. Ada orang, yang benarnya tak kisah pun... Asalkan berpakaian, daripada nan hado seurat benang di tubuh pun? Haaa... Tu lagi parah tu... Ekekekeke... Manusia kan? Segala benda nak dibanding-banding, segala benda nak dijadikan isu. Itulah namanya manusia. Tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada dan sentiasa nak cuba membuktikan sesuatu yang entah apa-apa. Yang kadang-kala sebenarnya kosong tanpa isi semata-mata. Adoilahhh haiii... Tak kata semua manusia... Tapi kebanyakan manusia... Kadang-kadang rasa diri tu macam bukan seperti itu... Hakikatnya dalam sedar tak sedar... Memang macam itu pun... 

Baca sini ek? Ni kakak nak mengomel ni... Ha ha ha... Baju pasar malam bukan semestinya murah ek? Kadang-kadang baju pasar malam tu nak hampir serupa harga dengan baju yang ada di pusat membeli-belah... Baju pasar malam tak semua tak cantik... Ada yang cantik... Kalau pandai pilih corak, pandai pilih potongan, pandai pilih warna, kadang-kadang boleh nampak setanding dengan baju yang dijual di pusat membeli-belah pun. 

Baju mahal, baju pusat membeli-belah... Kalau tak pandai pilih potongan, pilih corak, pilih warna pun akan nampak seperti baju murah juga! Jadi janganlah nak "underestimate" sangat bila nampak orang tu pakai baju pasar malam, lepas tu nampak orang tu macam hina sangat. Dia beli ikut kemampuan dia dan apa yang dia berkenanlah. Siapa kita untuk persoalkan yer tak? Mungkin dia betul-betul ikut konsep, ukur baju di badan sendiri? Mana kita nak tau kan? Ataupun mungkin dia jenis yang nak berjimat-cermat. Asal elok pada pandangan mata dia, pasar malam pun pasar malamlah... Siapa tahu dalam bank duit dia berkepok-kepok? Dalam poket duit dia berkepok-kepok? Haaa kannn? Mungkin dia rasa tak perlu membazir beli baju terlalu mahal ke? Ada kepentingan lain yang perlu didahulukan? Kita mana tau apa masalah atau apa yang dihadapi oleh orang lain? Pandangan dan perspektif kita sebagai individu juga berbeza-beza yer tak? 

Biarlah kot mana pun dia nak membeli baju... Baju apa pun yang dia rasa selesa pakai... Toksah nak kisah sangat lah oiii... Kita nampak sesuatu yang mungkin dia tak nampak, dia nampak sesuatu yang mungkin kita tak nampak. 

Yang bercerita ni? Kisah ke kalau beli atau pakai baju pasar malam? "Why not?"... Buat baju basahan ke? Alaaa... Setakat duduk rumah kan? Kalau memang elok, apa salahnya pakai berjalan? #ehhh seluar pakai tidur malam kakak ada 2 helai harga RM5.00 terus dari kilang beli kat pasar malam ok? Bukan nak merendahkan diri sendiri... Tetapi tu kenyataan... Nak sembunyi buat apa kan? Dah memang itu kenyataannya... :-). Asalkan ada seluar tidur... Ihiksss... Tetapi haruslah yang elok rupa parasnya... (Haaa "see" kat sini boleh nampak... Kakak ni pentingkan rupa ... Ha ha ha... Tapi tak kisah pun mahal ke murah ke atau beli kat mana-mana...). 

Tak perlulah kita nak "double standard" pada orang hanya semata-mata mereka membeli dan memakai baju pasar malam yer tak? Tak perlu pun... Dan tiada keperluan pun... Berhenti membuat isu dan menjadikan isu atas sesuatu yang kita nampak adalah kelemahan pada orang lain... ;-)... Wink! 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. saya ok je beli kat pasar malam. asalkan cantik dekat mata dan puas pakai. yang sebenarnya, pasar malam tu lagi best daripada mana-mana tempat yang ada dekat malaysia ni. dekat pasar malam la ada macam-macam makanan yang sedap-sedap..ulps..hehehe

    ReplyDelete
  2. baju pasar mlm pun ok asalkn selesa n chantek..hehe..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. adik tak kisah baju pasar malam ke apa. janji selesa untuk di pakai betul kan akak. ada sesetengah kata baju pasar malam low class...

    ReplyDelete
  4. Baju pasar malam ke...bundle ke..ok tak ada masalah..hihi...

    ReplyDelete
  5. saya tak kisah baju pasar malam pon...kadang2 lagi berbaloi beli

    ReplyDelete
  6. Walaupun saya peniaga pasar malam namun saya tetap ambik pot pasal kualiti dan jenama pakaian yg saya pakai....sebab prinsip hidup saya dan isteri cukup mudah...siang malam kita bekerja untuk apa???
    Kalau dah mampu apa salahnya membeli yg berjenama....kerana boleh tahan lama tapi hanya pada jenama yg saya minat....bukan berlagak cuma sekadar nk nikmati kehidupan ini....kalau ada duit tpi dok simpan dlm bank untuk apa...penat mencari nmun tak nikmatinya.....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !