Home » , , , , , , , » Kebaikan Khatan Anak Lelaki Lebih Awal

Kebaikan Khatan Anak Lelaki Lebih Awal

Sumber diubahsuai dari Google

Semakin anak membesar, semakin banyak perkara tentang anak difikirkan. Itu adatlah tu kan? Dua tiga hari lepas ada berborak dengan Nek Ma... Sajalah borak-borak dan mengeluarkan satu persoalan iaitu "what is actually the best age" untuk khatankan Firash? Ada orang kata... Amboiii jauhnya pemikiran... Jauh tak jauh, perkara ni perlu difikirkan juga kan? Akan tetap perlu berlaku kan? Nek Ma kata, anak-anak jiran tetangga di hadapan di sebelah rumah semuanya sewaktu tadika telah dikhatankan. Nak dikhatankan sekarang memang macam tak lah kot? Sebab melasak macam ni, phewww mungkin susah nak jaga nih? Ha ha ha... 

Macam tau-tau ajer perbincangan kami, "browsing" dan terjumpa artikel mengenai kebaikan khatan anak lelaki lebih awal di SINI ha... Apa yang dikatakan? Meh meh meh, kita baca sama-sama...

Berkhatan adalah kemestian yang dilakukan kepada anak-anak beragama Islam. Biasanya bayi perempuan akan dikhatankan dalam tempoh sebulan, (yang ini Farah ingat sebab Farah sewaktu bayi lagi telah dikhatankan oleh arwah nenek Farah sendiri, tak ada tunggu-tunggu punya). Sementara bayi lelaki pula jarang dikhatankan pada usia kecil walaupun ada melakukannya.

Mungkin ramai yang keliru masa yang sepatutnya dan tepat untuk mengkhatankan anak lelaki. Menurut Ustaz Abdul Jabbar Mohammed Kahar, pendakwah dan Pengarah Urusan AJAQ Consultancy & Management, berkhatan adalah sunah Rasulullah.

Sepertimana sabda Baginda yang bermaksud; "Lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu bawah lengan (cukur) dan memendekkan misai." (Hadis Riwayat Muslim).

Tidak salah untuk melakukan khatan awal bagi anak lelaki kerana ia memberikan banyak kebaikan kepada si anak. Kulitnya juga masih lembut dan ia juga memberikan banyak manfaat daripada segi kebersihan jika dilakukan pada peringkat awal usia. 

Hikmah berkhatan wujud dalam dua sudut, iaitu agama dan kesihatan. Antaranya: 

1. Mengelakkan terbentuknya smegma iaitu kotoran berbau busuk yang menyebabkan wuduk dan solat tidak sah.

2. Mengelakkan jangkitan pada alat sulit seperti phomosis, paraphimosis atau balantis.

3. Mengelakkan jangkitan kuman pada salur kencing.

4. Mengelakkan sisa air kencing si anak daripada bertakung pada kulit kemaluan terutama sekali untuk beribadah.

5. Membantu mengawal dan menstabilkan nafsu syahwat.

6. Mengurangkan risiko kanser prostat dan kanser serviks pada wanita.

7. Mencegah penyebaran kuman HIV. 

8. Keselesaan semasa berhubungan intim. 

Khatan Anak Lelaki
Bagi anak lelaki, khatan ialah proses membuang lebihan kulit yang terdapat pada bahagian hadapan alat sulit. Proses dilakukan dengan bius untuk mengelakkan sakit.

Khatan Anak Perempuan
Bagi anak perempuan, ia dilakukan dengan cara memotong kulit yang berada di bahagian atas alat sulit (klitoris). Hendaklah memotongnya (menggoreskannya) sahaja tanpa membuang keseluruhannya.

Firash nak khatan bila ni nak? Ha ha ha... Kejap Mommy fikir waktu yang paling sesuai... Tadika ataupun darjah satu? Sebelum tu, Mommy kena ambil ilmu pengetahuan dulu dari yang berpengalaman dan juga membaca sebanyak mungkin. Lepas tu In Shaa Allah, Mommy ambil timbang semua perkara tentang bila nak khatankan Ash tu... Hu hu hu... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kebaikan Khatan Anak Lelaki Lebih Awal, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, April 19, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. assalamualikum.
    singgah pagi
    ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. ehehe..bila yerp nk khatan Abg Zaryth jgk nii..masa khatan Adik fathia ari tu pun ibu yg seriau..pdhal bidan gores2 je

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY