Kalau Kaki Bau Busuk... Bolehlah Baca Ini!!!

Farah Waheda Wahid
7

Ehemmm... Sesetengah orang ada masalah kaki yang berbau busuk. Ermmm, bukan ingin merendah-rendahkan, akan tetapi cuma ingin berkongsi. Mungkin artikel yang dikongsikan dari sumber di SINI boleh membantu anda yang mengalami masalah ini serba sedikit ataupun manalah tau dapat selesaikan terus kan??? 

Kaki berbau amat merengsakan, bukan sahaja diri sendiri tetapi orang di sekeliling. Bayangkan ketika sedang berdiri di dalam kereta api, beratur di dalam kawasan yang sesak dan ramai atau mungkin sedang menunggu giliran di bank, pejabat pos mahu pun di hospital tiba-tiba ‘haruman’ kaki mula tersebar di sekeliling. Cukup tidak selesa dan tak mustahil anda boleh menyebabkan orang lain muntah-muntah.

Jangan risau, sebenarnya anda boleh atasi masalah kaki berbau dengan menjaga pemakanan yang diambil setiap hari.


Makanan Yang Perlu Dielakkan
1. Elakkan makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi, lebih-lebih lagi apabila jangkitan kaki agak serius. Gula menggalakkan lagi pembiakan kulat pada badan.

2. Elakkan makanan yang mengandungi yis seperti keju, yis roti, cendawan, cuka dan kicap.

3. Buah seperti anggur dan beri biru mempunyai kandungan gula yang tinggi.

4. Makanan kekacang juga perlu dielakkan.

Makanan Yang Boleh Diambil
1. Cendawan Shitake satu-satunya cendawan yang boleh dimakan memandangkan ia kaya dengan kandungan beta glucan yang membantu mengurangkan jangkitan kulat.

2. Makan lebih banyak bawang dan bawang putih. Makanan ini adalah antara makanan anti-bakteria dan anti-kulat.

3. Makan sekurang-kurangnya 250 gram sehari yogurt rendah lemak yang mengandungi asidofilus dan bifidus.

Cubalah... Mana tahu jika kalau-kalau berkesan kan? 

*Alhamdulillah tak ada masalah sebegini, namun bukanlah tiket untuk memandang rendah mereka yang menghadapi masalah sebegini. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan yer tak? 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hoooo bagus tips ni.. Boleh amalkan nanti.. Ena tak suka kalau kaki ena ni berbau tapi kekadang tu berbau juga..

    ReplyDelete
  2. Huhu..Pernah melaluinya suatu masa dulu..Tapi saya just gosok kaki dgn limau nipis je..Lps tu alhamdulillah...Hilang dah smp skrg..hoho

    ReplyDelete
  3. Kadang - kadang i rasa kasut pun punca kaki berbau kan. Nak - nak kalau jenis tutup bersarung tu lagi senang berbau. Selalu stress hahaha

    ReplyDelete
  4. hahahah kaki titew wangi ok haha

    ReplyDelete
  5. oh ok...
    bwg & bwg putih tu no problem kot.
    aida kalu masak pe pun, mesti lebih bwg besar tau.
    anak2 pun suka makan bwg.
    aida so far xde gak problem ni.

    ReplyDelete
  6. salam..
    yaya xde lg mslh ni buat ms ni..huhu
    tp tq share info =D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !