I Know He's Ready...

Farah Waheda Wahid
3

Sambungan siri perkongsian penceritaan perjalanan "potty training" Iman Firash. :-). Kisah di mana seorang ibu mencuba secara berperingkat-peringkat dan sudah mula menunjukkan hasil yang positif dari sehari ke sehari. Sementara ada waktu terluang ni, memang boleh dikatakan fokus juga kepada "potty training" Ash yang berperingkat-peringkat itu. Mungkin cara Farah berbeza dari ibu-ibu lain di luar sana, mungkin disebabkan tidak mahu mengejut dan tidak mahu memaksa-maksa yang Farah fikirkan mendorong Farah untuk melakukannya secara berperingkat-peringkat dari awal. Lain padang lain belalang, lain orang lain caranya. Yer tak? Manakan sama... Masing-masing ada pendapat masing-masing dan masing-masing ada cara masing-masing yang tersendiri. 

Misi Farah, sebolehnya umur Ash 3 tahun atau 3 tahun 5 bulan dia sudah bebas lampin pakai buang sepenuhnya. Kalau bolehlah, kalau boleh. Tak nak berbunyi seperti bercakap besar atau meletakkan impian yang takut-takut nanti tidak terjangkau yer tak? Impian, misi biar realistik dengan kemampuan dan tidaklah sehingga semata-mata nak capai impian dan misi untuk kepuasan atau kegembiraan diri sendiri mengakibatkan impak tekanan pada si anak. Bermula dari awal tidak salah walaupun mungkin terlihat seperti leceh, remeh dan menyusahkan diri sendiri. Bermula dari awal mungkin bagus untuk melatih tubi kesabaran Farah. Pendapat dan pandangan peribadi Farah. Bukannya sesiapa. Alhamdulillah, Abah dia memang "support" sepenuhnya dan selalu juga bertanya perkembangan "potty training" Ash. 

Bukan nak meletakkan anak supaya sentiasa "advance" melangkaui kemampuan batasan umur. Farah tak letak pun syarat MESTI, HARUS pada dia. "I am just trying my luck", walaupun banyak pengalaman dari rakan-rakan mengatakan anak harus "ready" sebelum kita memulakan "potty training". Bagi Farah "ready" tak "ready" tak salah jika kita berusaha secara perlahan-lahan dan mencuba. Tidak mencuba kita tidak tahu. Tetapi harus diingat, di dalam mencuba, kita perlu sentiasa ingatkan diri kita agar tidak memberikan tekanan kepada anak. 

Di usia 2 tahun 5 bulan, setelah beberapa siri "potty training" secara perlahan, nampaknya dia sudah menunjukkan ciri-ciri atau maklum balas yang dia "ready". "Ready" bagaimana yang Farah nampak??? 

Pertama; dia agak kurang selesa bila dia dipakaikan lampin pakai buang dan ada masa-masanya dia sendiri akan meminta untuk dibukakan lampin pakai buang. Fahammm... Bila dah dibiasakan memakai seluar dalam, dia rasa lebih selesa dari memakai lampin pakai buang yang berkuwap dengan pengaliran haba itu. Boleh bayangkan ketidakselesaan dia. 

Kedua; dia sudah boleh mula "control bladder". Bertahan untuk jam yang panjang untuk tidak membuang air kecil. Dari 1 jam telah meningkat kepada 2 jam, dari dua jam telah meningkat kepada 3 jam dan jam-jam yang seterusnya. Bila terrr... Terrrlepas air kecil, dia akan menyebut "shinggg...". Bagi Farah biarpun belum "perfect" tetapi itu sudah cukup buat dia di tahap ini, di usia ini. Dia sudah tahu dan kenal air kecil dan juga najis yang kotor. 

Ketiga; jika dipakaikan lampin pakai buang, walaupun dia buang air kecil, lampin pakai buang masih boleh digunakan lagi... Belum meloyot atau berat atau perlu disalin, dia akan minta untuk disalinkan. Sudah wujud rasa tidak selesa pada dia, walaupun lampin pakai buang itu masih lagi boleh dipakai. Begitu juga halnya jika dia membuang air besar, dia akan datang dengan sendirinya pada Farah untuk memaklumkan yang dia telahpun membuang air besar dan minta dibersihkan. :-). Cukup baik pada Farah untuk usia dia. 

Walaupun hanya selepas dia meminta lampin pakai buang ditukarkan, walaupun selepas dia baru berkata-kata yang dia terlepas membuang air... Tetapi untuk peringkat ini sudah cukup baik bagi Farah dengan perkembangan positif itu. Adakalanya, di waktu malam, dia sememangnya tidak dipakaikan dengan lampin pakai buang dan tilam kami dialaskan dengan cadar kalis air sebagai persediaan kalau-kalau dia terlepas membuang air. 

Peringkat yang seterusnya adalah, untuk melatih dia untuk belajar memaklumkan sebelum... Ketika ada rasa... Dan rasa nak... Jika ini dapat dipenuhi... Tandanya, lengkaplah sudah "potty training" Ash... Iya bukan sekarang, tetapi dah tak jauh dah... Sikit jer lagi, sikit... :-)... In Shaa Allah... Semua yang diusahakan akhirnya tetap akan membuahkan hasil... "Time frame" tidaklah semestinya betul-betul tepat seperti mana misi yang ditetapkan ataupun impian... Tetapi In Shaa Allah... Dengan izin Allah... Mungkin juga boleh jadi cepat, mungkin juga boleh jadi lambat. 

Farah bukanlah ibu yang telah mempunyai beberapa kali pengalaman, tetapi Farah cuba mengikut acuan Farah yang tersendiri, yang mana inilah pengalaman pertama Farah mem"potty training"kan anak sendiri dengan cara Farah yang tersendiri. Mungkin ada salah silapnya di sana sini, tetapi inilah yang Farah lakukan di dalam melatih Ash. Secara berperingkat-peringkat dan perlahan-lahan. Jika berjaya dan bebas lampin pakai buang di usia yang lebih awal dari yang sepatutnya... Alhamdulillah... Jika tidak, tidak mengapa, masih ada ruang masa atau waktu untuk terus mencuba. :-). Tiada apa yang salahnya jika kita sekadar berusaha dan mencuba kannn? ;-). 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !