Gula Boleh Hilangkan Stretch Mark???

Farah Waheda Wahid
0

Pertama kali pun tau dan pertama kali pun baca... Memang tak pernah tau pun perkara ni bahawasanya gula berfungsi untuk hilangkan stretch mark. Haaa... Ni, mesti ramai yang suka ni kan? Sesiapa yang ada stretch mark tu mesti nak tau kan? Farah??? Stretch mark tu ada tapi sangat sikit. Tak nampak sangat pun... Alhamdulillah-lah... Tak banyak... Memang tak banyak... Sikit bebenau... 2 garis halus jer... Agaknya kulit perut yang dah sedia tebal tu meregang sedikit jer sewaktu hamilkan Firash dan Farah pun memang tak pernah menggaru-garu perut sewaktu hamil. Tak nak banyak parut punya pasal oiii... Sanggup tahan diri... Ha ha ha... Haruslah... Nanti tak cantik dah... Hu hu hu.... 

Nilah ni, nak kongsi dari artikel di SINI yang baru jer terbaca petang tadi. 

Permasalahan stretch mark bukan hal pelik bagi wanita. Masalah stretch mark boleh terjadi kerana kegemukan atau setelah proses melahirkan. Stretch mark boleh timbul di perut, payudara, paha, pinggul, dan lengan. Pada umumnya stretch mark timbul pada tubuh yang memiliki timbunan lemak yang banyak.

Banyak cara untuk menghilangkan stretch mark antaranya dengan pergi ke salon kecantikan. Untuk menghilangkan stretch mark memerlukan jumlah wang yang tidak sedikit. Namun anda tidak perlu risau kerana ada cara alami yang boleh anda lakukan dengan menggunakan gula.

Berikut adalah cara membuat ramuan untuk menghilangkan stretch mark...

Bahan:
Gula
Minyak Almond
Air lemon


Cara Membuat:
1. Campur semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau hingga rata.


2. Sapu ramuan tersebut pada bahagian tubuh yang mengalami stretch mark dan bahagian tubuh yang lain.

3. Lakukan dengan cara mengurut secara perlahan-lahan.

4. Boleh amal setiap hari sebelum mandi.

5. Untuk mendapatkan hasil yang baik, lakukan rutin selama sebulan.

Macam mana, mudah sekali bukan? Selamat mencuba kaum wanita! Pssst... Nak juga cuba kannn? ;-)

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !