Footlink Moisturising Cream Sangat Membantu!!!

Farah Waheda Wahid
0

Tak habis lagi sebenarnya berkongsi tentang produk dari Footlink ni... Jika ada yang masih ingat perkongsian Farah mengenai Footlink... Ianya ada pada entri footlink Seamless Socks | Kenapalah Bukan Dari Dulu dan Berdiri Lama? Banyak Berjalan? Kasut Footlink Paling Sesuai!!! . Jika ada yang terlepas pandang, silalah baca jika ada kelapangan... Mungkin sesuatu yang bermanfaat menanti anda di situ. 

Selain dari stokin yang berkualiti dan juga kasut kesihatan yang sungguh ohsem! Ni nak habaq mai pula pada sesiapa yang mempunyai masalah dengan kekeringan kaki ataupun mempunyai masalah kuku kaki yang mengeras... "What do you call that?"... Kematu? Ha ha ha... Tiba-tiba sewaktu menaip entri ini tidak teringat pula Farah istilahnya... Tapi keadaannya di mana kuku kaki tu seakan menebal dan payah pula nak ketip tu... Yang ada tak ada masalah pun dan cuma nak lembapkan kaki jer pun boleh. Kalaulah, kalaulah anda tercari-cari produk penjagaan kaki yang bersesuaian...Silalah dapatkan Footlink Moisturising Cream. Serius, Farah sangat sarankan anda untuk mendapatkan Footlink Moisturising Cream. Ini bukan nak membongak ke apa ok? Bukan kerana semata-mata nak tolong lakukan barang ataupun nak dapatkan komisyen ke apa... Farah tak dapat apa pun... Sekadar berkongsi... 

Farah beri contoh keadaan kaki seseorang kepada anda sebagai rujukan dan supaya anda nampak kesannya yer? Kaki seseorang ok? Kaki seseorang... 


Pada tarikh 19.03.2016, teruk sangat nampak kesan kering kepada kaki orang ni kan? Ketara sangat nampaknya... Kita kalau boleh tak naklah kaki kita sampai jadi begini... Petua orang zaman dulu yang pernah Farah dengar... Jangan pijak nasi...Kaki boleh jadi pecah-pecah kulitnya... Kalau terkena air kencing anak pun boleh jadi juga begini sebab tajam air kencing tu. Uhuksss...maaf menggunakan perkataan air kencing "instead of" air kecil. He he he... Terang sikit kan? 

Makanya, dicadangkanlah agar orang ni memakai Footlink Moisturising Cream untuk membantu dia menyelesaikan permasalahan ini. Setelah beberapa ketika... 


Pada 29.03.2016, ini adalah hasil yang diperolehi dan kesan yang boleh nampak... Nampaknya ada perubahan yang positif pada kaki beliau... Suka pula kakak tengoknya...Alhamdulillah... Seterusnya??? 


Pada 29.04.2016 iaitu hari ini, sewaktu kakak cuba untuk melihat kesan pemakaian Footlink Moisturising Cream ni pada dia secara konsisten selama sebulan lebih... Wowwww... Cantik dah kaki dia... 


Untuk pengetahuan anda di luar sana, Footlink Moisturising Cream ini berfungsi untuk melembapkan, melegakan dan juga memperbaiki kulit kaki. Kandungannya terdiri dari bahan-bahan seperti Cocoa Butter, Aloe Vera dan juga Vitamin E. Yang lebih menarik, baunya dah tentu menarik, tidak terlalu wangi (menurut tuan yang memakai, katanya macam tidak berbau) serta tidak berminyak. 

Sedikit informasi buat pengetahuan anda:

Footlink Moisturising Cream is a plant based moisturiser. 

Colour FREE. Fragrance FREE. Lanolin FREE. Mineral Oil FREE. Paraben FREE. SD-Alcohol FREE. SLS and Harsh Detergents FREE. 

Hypoallergenic Tested. PH Balanced. 

Cocoa Butter
Provides moisturising and emollient properties which helps skin to retain moisture. 

Aloe Vera
Is legendary for its unique properties to soothe and moisturise dry skin. 

Vitamin E
Is an antioxidant,helps to protect skin and also acts as a moisturising agent to improve elasticity and smoothness of skin. 

Cara pemakaiannya pun mudah sahaja, seperti yang kita pakai losyen-losyen lain cumanya terbaik jika digunakan selepas mandi, jangan aplikasikan di antara celah-celah jari kaki? Kenapa? Tak nak tanya kenapa? Sebabnya... Jika diaplikasikan di antara celah-celah jari kaki, ianya boleh mengakibatkan masalah kulat pada kaki ataupun fungus. yang terakhir sekali seperti biasa letakkan atau simpan di suhu bilik. 

Sedikit mekanisme bagaimana Footlink Moisturising Cream ini bekerja seperti gambar di bawah:


Untuk Maklumat Lebih Lanjut & Pembelian Secara Atas Talian:

Ataupun kalau rasa-rasa nak pergi sendiri dan tengok kemudian beli, bolehlah melawat ke cawangan-cawangan Footlink yang terdekat dengan anda seperti di:
  • Footlink Resources, Segambut
  • Busana @ Menara Mara Kuala Lumpur
  • KPJ Tawakal Specialist Hospital - Jalan Pahang
  • Mediconstant Pharmacy Sdn. Bhd., Ampang Point
  • Constant Pharmacy - Lake Fields, Sungai Besi
  • Constant Pharmacy, Genting Klang
  • Constant Pharmacy TTDI
  • Farmasi Materia Medica, Putrajaya
Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan alamat... Sila rujuk di SINI. Bukan Kuala Lumpur sahaja, malah negeri-negeri lain juga turut mempunyai cawangan yer... Sila semak dahulu. Bukan bermakna anda tidak berada di Lembah Klang anda tidak boleh membeli, heeee...lagipun pembelian atas talian kan ada??? 

FOOTLINK TO WELLNESS SDN. BHD (1061139-U) 
No.2, Jalan Seruling 36, Kawasan 3,
Taman Klang Jaya, 41200, Klang 
Selangor Darul Ehsan , Malaysia. 

Telephone:
+6 03 3323 3636

Fax:
+6 03 3323 3736

E-mail:

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !