Home » , , , , , » Duda Terlajak Laris

Duda Terlajak Laris

Sumber dari Google
Salah satu cerita yang Mommy Ash tengah beriya "follow" sekarang ni... Beriya ke? Boleh katakan beriya jugalah... Ha ha ha... Pehah ohhh Pehah.... Errr...Dan disebabkan cerita ini juga sekarang ni dah terpengaruh dengan Gel Mandian Aura 7 Bunga dan Losyen Aura 7 Bunga keluaran D'Herbs... Fuhhh... Mudah betul terpengaruh dengan iklan...Ha ha ha... Bukan apa rasa nak mencuba jer... Sesekali nak juga cuba kelainan yer tak? :-P. 

Sekali lagi, ini adalah adaptasi novel juga... Memang banyak jer cerita-cerita adaptasi novel sejak 2-3 tahun lepas kan? Selepas satu persatu keluar dan sambutannya memang orang kata agak memberangsangkan. Jujurnya, Farah tak baca pun novel Duda Terlajak Laris ni... Sebab tu nak tengok. Nak tau juga kan cerita dia macam mana walaupun "standard" novel akan ada "happy ending" kan? 


Hero pun boleh tahan... Idris Khan... Oklah, "to me, he is not bad!"... Boleh "up" lagi ni kalau betul-betul ni... Iyalah setiap hero Malaya ada set peminatnya yang tersendiri kan? Macam kakak ni neutral... Ramai jer hero Malaya yang kakak suka... Ngeee...  Sedikit perkongsian sinopsis walaupun ramai yang dah tahu kannn??? Dari sumber di SINI...

Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka Tok Ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob. ~owhhh, rupanya kena perangkap Si Zack ni, barulah kakak "confirm"...ha ha ha... tengok dah pertengahan jalan macam ni lah... 

"Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!" - Pehah.

"Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing-pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang "bad luck"lah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii..." - Zack.

Adakah dia "bad luck?" Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala-ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jinjang pelamin? 

"Nope. I am okay with that. Saya tak kisah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!" - Idayu. 

Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya? 

Kata orang tua-tua, cakap tu biar berpijak di bumi yang nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa dia telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah! 

Ha macam tu...Ok..ha ha ha...yang dah baca novel tu "confirm-confirm" dok senyum baca ke-"confuse" san kakak ni... Habis tu yang Pehah, Inas tu? Taulah Pehah dan Inas orang yang sama... Errrr..sibuk nak tau apa jadi jer sebenarnya... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Duda Terlajak Laris, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, April 19, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY