Ibu bapa Penyayang Digesa Membantu Rumah Anak Yatim Seterusnya
Lebih 60 orang terdiri daripada ahli Drypers Baby Club,
penyokong Moms of Malaysia (MOM),
Elaine Daly, pihak penaja dan kakitangan SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd meluangkan masa selama dua hari untuk melakukan
transformasi ke atas Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat
yang menempatkan 120 kanak-kanak menjadi sebuah kediaman yang lebih selesa.
“Perkara penting Drypers MOM 2016 kali ini adalah melibatkan ibu bapa dalam program Share A Little Comfort, iaitu inisiatif
yang membolehkan ahli Drypers Baby Club
menderma mata ganjaran Drypers dan mengerah tenaga dalam usaha mengubahsuai
kediaman kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu.”
“Mata ganjaran Drypers
Baby Club yang disumbangkan akan digunakan untuk membuat kediaman dan persekitaran
rumah yang lebih selesa untuk anak-anak yatim.”
“Saya sangat gembira melihat begitu ramai sukarelawan meluangkan
masa dan usaha untuk menyediakan kanak-kanak tersebut dengan persekitaran lebih
kondusif, selain merasai pengalaman keselesaan dan kasih sayang yang selayaknya
diterima,” kata Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd,
Evelyn Chan.
“Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong
Darat (RYAS) merupakan rumah pertama program ini. Kami menggesa semua rakyat
Malaysia yang penyayang untuk turut serta bersama dengan kami dalam tiga lagi
rumah anak yatim sepanjang 2016.”
“Ada dua cara anda boleh membantu – menderma mata
ganjaran Drypers Baby Club dengan
matlamat mencapai 1 juta mata ganjaran Drypers atau menjadi sukarelawan untuk
membantu melakukan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaharuan,” tambahnya lagi.
Penyokong Drypers MOM
2016, Elaine Daly yang juga seorang ibu baru, turut menyertai ahli lain
membantu kerja pengubahsuaian seperti baik pulih, mengecat, dan menambah
perpustakaan baharu. Rumah anak yatim tersebut yang beroperasi dengan sumber dana
daripada pemilik budiman sangat memerlukan pengubahsuaian. Drypers turut membawa
Akemi, Favorita dan Khind sebagai rakan kongsi dalam inisiatif tangungjawab
sosial korporat (CSR) kali ini.
Sasaran Program Share
A Little Comfort kendalian Drypers – jenama di bawah SCA Hygiene Malaysia
Sdn Bhd, adalah untuk menyediakan rumah
yang lebih selesa kepada kanak-kanak kurang bernasib baik. Justeru Drypers menggesa ahli-ahli Drypers Baby Club untuk menderma mata ganjaran Drypers dan menjayakan usaha yang
bermakna ini. Mata Ganjaran Drypers (dikumpul menerusi pembelian produk
Drypers) boleh didermakan dalam jumlah 100, 300 atau 500 poin menerusi akaun
online Drypers Baby Club dan setiap mata
ganjaran akan dipadankan oleh Drypers. Matlamat utama ialah mencapai 1 juta mata
ganjaran yang bersamaan RM100,000, iaitu jumlah besar yang akan digunakan dalam
program pembaharuan untuk menjadikan kediaman selesa buat kanak-kanak kurang
bernasib baik.
“Menerusi program CSR ini, Drypers mahu mengetengahkan
fakta bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat sedikit keselesaan. Dalam erti
kata lain, keselesaan yang diberikan ialah tanda diri mereka disayangi. Itulah sebenarnya
apa yang mereka mahukan, iaitu untuk dicintai dan disayangi. Jadi, bersamalah
kita menjadikan ruang hidup mereka benar-benar seperti rumah. Saya sangat
berbesar hati melihat sokongan sepenuh
hati daripada ahli-ahli Drypers Baby Club. Saya harap lebih ramai
ibu bapa akan menderma mata ganjaran Drypers dan menyertai kami meneruskan
kerja-kerja penuh bermakna ini,” kata penyokong MOM 2016, Elaine Daly.
Kempen Drypers MOM 2016 kembali lagi bagi tahun kedua dan terus menekankan kepentingan setiap detik ikatan antara
ibu dan si kecil. Ibu-ibu seluruh negara dijemput berkongsi foto-foto detik-detik
yang berharga bersama bayi
mereka di Facebook atau Instagram dengan hashtag #momsofmalaysia dan tag Drypers Malaysia. Foto akan
dipaparkan di skrin LED pada pelancaran rasmi acara itu di IOI City Mall,
Center Court (Lower Ground), Putrajaya bermula 5-8 Mei.
“Asasnya, matlamat kami ialah menyerlahkan ikatan
istimewa antara ibu dan anak – menggalakkan mereka menghargai detik-detik indah
setiap hari menerusi kempen Drypers MOM 2016.
Jadi, ini adalah satu gerakan untuk mengiktiraf dan berkongsi detik-detik
harian yang indah bersama insan tersayang dengan ibu-ibu lain,” tambahnya.
Pada pelancaran acara itu pada Mei nanti, ibu bapa boleh
bersama anak-anak mereka menyertai pelbagai permainan dan aktiviti – bermain
buih di kawasan khas unik dan menikmati sesi nyanyian dan bercerita. Ahli-ahli Drypers Baby Club dan anak-anak mereka diberikan
layanan khas,di mana si manja boleh melakukan aktiviti mewarna, melukis corak
di muka mereka sambil menikmati snek percuma.
Ibu bapa boleh juga menikmati tawaran promosi produk
Drypers dengan mendapatkan baju kanak-kanak dengan cetakan nama si manja tersendiri secara
percuma. Ibu bapa yang hadir pada acara itu boleh menyatakan sokongan terhadap
inisiatif Share A Little Comfort, di
mana Drypers berbesar hati menyumbangkan 10 mata ganjaran bagi setiap sokongan
daripada ibu bapa.Terdapat juga ruang istimewa
untuk ibu-ibu hamil di mana mereka boleh mendapatkan sampel lampin pakai buang Drypers Wee Wee Dry New Born di dalam
beg mummy eksklusif dan mengambil foto percuma.
Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia dan menjadi
sukarelawan, sila layari laman Facebook Drypers Malaysia di https://www.facebook.com/DrypersMY. Untuk menderma mata ganjaran, ibu-ibu boleh layari http://bit.ly/1TCGkOE.
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.