Disney : The Lion Guard Premiere Screening


Roarrrr!!! Garang tak bunyi harimau kakak buat? Ha ha ha...Mana nak dengar yer tak??? Mungkin sesiapa yang telah membaca entri bertarikh 11.03.2016 bertajuk Saluran Disney 615: The Lion Guard: Return of The Roar, masih ingat lagi tentang cerita ini. :-). Yang tak terbaca, tak terperasan, tak ingat tu bolehlah klik pada jaringan di tajuk entri yang telahpun ditaip tadi yer? Supaya tidak terpinga-pinga atau kehilangan punca mengenai cerita apa yang kakak nak bebel ni. :-). Aktiviti kekeluargaan kami pada hari Sabtu kali ini. Eloklah tu, ada tempat hala tuju dari Mommy menggaru-garu kepala yang tidak gatal memikirkan ke mana nak bawa dia berjalan, ada juga tempat nak bawa dia bersuka ria seketika.

Hari Jumaat malam Sabtu, seawal pukul 9.30 malam dah tutup segala bagai lampu dan televisyen demi nak memastikan Firash tidur awal dan boleh bangun awal di hari Sabtu. Iyalah acara bermula pada jam 10.00 pagi, takkan nak lewat sampai pula kan? Kenalah tepat pada waktunya...:-)...Ngeee... Semangat Mommy berkobar-kobar tu...


Sebenarnya, pukul 10.00 pagi tu bermulanya pendaftaran dan aktiviti-aktiviti "art & crafts"... Lewat sedikit pun tak mengapa sebenarnya...Cumanya, mungkin "follow by the book" lah kot kami ni...Ha ha ha..."Follow by the book" sangattt... Memang pukul 9.50 pagi macam tu kami dah terpacak di Marmalade Cafe, Bangsar Village II tu... Dan untuk permulaan... kami telah menyibukkan diri kami di sesi "arts & crafts" sementara majlis bermula kan?


Nampak tu??? Sibuk masing-masing dengan aktiviti "arts & crafts" termasuklah ibu bapa yang gigih... :-)... Ash buat juga ke?


Pegang gunting pun tak pandai lagi, nak buat apa? Mommy-lah yang lebih ber "arts & crafts session" nya... Bha ha ha... Mommy jadi tukang gunting untuk Iman Firash, dan Mommy jadi tukang siapkan topeng tu untuk Firash.


Gigih betul-lah Mommy dia siapkan topeng ni untuk dia kan? Alih-alih dah siap, tak mau pakai pulak dia...Tak apa, simpan...Belum lagi masa dia nak pakai tu... Nanti bila dah kemaruk nak pakai...Tengoklah, tanggal pun tak mau... Phewww...Ikut angin dialah kannn??? Biasalah, Ash ni memang berangin sedikit...Ha ha ha... Ikut siapalah tu? Teettt....


Memang angin dia masa permulaan tu tak berapa nak elok... Orang lain tampal pelekat nama di hadapan, dia? Mommy tampalkan pelekat nama di belakang. Kalau tampal di hadapan...Memang dia akan cabut sambil sebut "no...no...no...". Tampal belakang baju tu habis cerita... Hilang "no no no..." dia...Muahahaha... Mommy ko kan senang jer buat kesimpulan... Dia tak bising...kerja pun selesai...


Selain gunting menggunting ada aktiviti mewarna juga bagi sesiapa yang nak mewarna lah... Boleh jer nak bagi Iman Firash mewarna sebab memang salah satu kegemaran dia...Cumanya, Mommy malas nak keluarkan dia dari "buggy" sebab dah tau dah apa "intention" dia...Ha ha ha... Sekejap jer tu dia nak mewarna, kemudian tak sampai 5 minit nanti, dia akan sibuk nak berlegar berlari keliling Marmalade Cafe tu... Memang taklah nak bagi lepas sementara Abah dia sampai kan? Duduk diam-diam dalam "buggy" tu... Ha ha ha.... Itu yang jadi "moody" sikit dia tu... Bertabahlah yer Ash?


Ini dinamakan "The Lion Guard Roar Challenge"... Kakak-kakak dengan abang-abang yang dah besar lerrr yang masuk cabaran ni punnn... Ash nak masuk? Boleh jer kalau nak bagi dia mencuba, tetapi tak payahlah...Ha ha ha... Lembut sangat bunyi singa tu jadi nantinya...Biar jer... Bagi peluang kepada yang lain-lain...Lagipun ramai kanak-kanak... Dahulukan apa yang perlu didahulukan...


Hadiah-hadiah yang ditawarkan pun memang menarik-menarik dan comel-comel... Tahniah kepada semua yang dapat hadiah pada hari Sabtu semalam yer? :-). Aunty ni tumpang gembira dan seronok.


Inilah anak bujang kita... Dah besar dah... Dah 2 tahun 4 bulan dah pun... Kemain Mommy kan? Sibuk pakai "shawl" harimau bintang tu... Ha ha ha....Konon-konon ikut tema majlis lah tu kononnya... Sebenarnya tak pun... Pakai sebab tergerak nak pakai jer... #ehhh tersimpang pula cerita tentang #ootd yer tak? Ok berbalik kepada landasan cerita ini....


Mommy kemain sengih sampai ke telinga... Yang anak buat tak kisah jer sebenarnya... Ha ha ha... Sebab perhatian tertumpu kepada perkara lain tu sebenarnya. Gunting menggunting sudah, bergambar sudah, tibalah masa untuk "premiere screening" ataupun tayangan perdana Disney: The Lion Guard... Meh-meh kongsi "teaser" sedikit meh...




Dan reaksi Ash?


Fokus untuk seketika di atas pangkuan Mommy, kemudiannya dia nak lepas seperti tonton televisyen di rumah. Maknya tak bagi lepas... Tapi dapat juga dia memboloskan diri...Ah sudah...Ha ha ha...Dah risau dah kot dia buat hal menari-nari depan televisyen tu... Dan pembesar suara dia tu biasalah... Apa yang televisyen tu cakap dia mungkin akan ikut... Sekejap jer pun...Lepas tu cuba memboloskan diri nak keluar dari Marmalade Cafe dan nak berjalan-jalan di luar... Abah dia dapat tangkap dia...Memang dengarlah suara dia bising...Adoiii...Ha ha ha...Mak ko dah risau dah...Mengganggu ketenteraman orang lain... Tapi kanak-kanak kecil biasalah kann... Mohon fahamlah yang lain-lain yer... Ha ha ha... Bagi mengelakkan bising bertambah bising...Kami menyelinap keluar seketika dan berjalan-jalan di Bangsar Village II. 

Tamat tayangan perdana...waktu makan tengah hari...Makan dan makan dan makan...Dan tiba masa untuk pulang... 


"Over" sangat muka yang tengah tu kan? Dia pula nak buat bunyi "roarrr" singa tu sambil ber"wefie"... Dah habis kenalah balik... Abah nak pergi pejabat balik, ada kerja... :-).... Uncle Maliki dah tunggu Abah dah... 


Ini buah tangan untuk Ash... Ihikss... Pinggan dan "tumbler" jer lah dia punya kannn? Yang beg dan buku nota tu...Mommy yang punya! Gitteww... Terima kasih... :-) 

Untuk anda, jangan lupa KARYA HEBAT DISNEY, "THE LION KING" MENERUSKAN KESINAMBUNGANNYA DENGAN "THE LION GUARD", SEBUAH RANCANGAN FILEM TELEVISYEN YANG AKAN DITAYANGKAN PADA 17 APRIL 2016, JAM 8.30 PAGI DI SALURAN DISNEY (SALURAN 615 ASTRO) DI MALAYSIA... ;-)

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Disney : The Lion Guard Premiere Screening, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, April 3, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY