Berdiri Lama? Banyak Berjalan? Kasut Footlink Paling Sesuai!!!

Farah Waheda Wahid
1

Kalau dulu, pakai kasut tumit tinggi berjam-jam atau selama mana pun, "steady" jer... Tak ada pula nak sakit belakang ke? Sakit kaki ke? Sakit urat saraf ke? Ha ha ha... Sekarang ni, tak boleh pakai melebihi beberapa jam... Mulalah nanti segala bagai jenis sakit datang bertamu pada diri ini. Usia dah meningkatlah katakan...Ha ha ha...Usia jer... Rupa paras masih belum sangat lagi!!! Uhuksss... Usia tu tak siapa dapat nafikan pun kan? Akan tetap bertambah-tambah setiap tahun...Mana ada orang yang usianya semakin hari semakin kurang? 

Dah nak hampir sebulan dah punnn... Farah menjadi seorang yang setia memakai kasut kesihatan berjenama Footlink... :-)... Jika sesiapa pernah ingat, Farah pernah berkongsi mengenai  footlink Seamless Socks ¦ Kenapalah Bukan Dari Dulu...  Di dalam entri tersebut, Farah berkongsi cerita dengan anda mengenai stokin yang banyak perbezaannya dari stokin-stokin biasa yang terdapat di pasaran. Bukan stokin ajaib yer? Kalau yang dah pernah terbaca dan nak mengingatkan kembali, bolehlah klik pada tajuk entri yang Farah dah sediakan jaringannya, ataupun pada yang mungkin terlepas pandang, bolehlah klik juga supaya anda tahu mengenai stokin yang bagus bagi Farah itu. Ngeee... Kalau tau cerita secara terperinci baru syok kannn??? ;-)... Terpulanglah... Farah tak paksa punnn.... Tapi kalau rasa ingin tahu, apa salahnya luangkan masa sedikit untuk membaca kannn??? Tak rugi apa-apa punnn...Bukannya kena bayar pun kannn??? Baca secara PERCUMA!!!

Bila diri sendiri dah pakai, diri sendiri dah rasa, barulah Farah ambil keputusan untuk berkongsi dengan anda semua mengenai kasut kesihatan keluaran Footlink. Baru syok maaa...bercerita melalui pengalaman sebenar, takkan nak tipu pula kan? Semata-mata nak promosi produk? Ini bukan promosi ok? Jangan tersilap sangka, ini berkongsi pengalaman sebenar dan juga informasi supaya dari tak kenal jadi kenal, dari tak tau jadi tau... "Who knows" kannn??? Farah cuma berkongsi untuk pengetahuan semua orang bukannya Farah kongsi nak paksa semua orang beli. Farah tak dapat apa-apa pun oiiii... Farah kan tak kedekut informasi? Benda yang baik haruslah dikongsi bersama yer tak?.


Keputusan Farah untuk menjejakkan kaki ke Footlink Villa lebih kurang hampir sebulan yang lalu, memang betul-betul membuka mata Farah tentang perihal kasut yang kita pakai yang sebenar dan juga telah memberikan Farah penyelesaian ke atas masalah-masalah Farah sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang mana Farah memang mengalami sedikit ketidakselesaan bila memakai kasut atau "sandal"... Sama ada mengakibat kaki "blister" ~ habis menggelembung-gelembung berair tau tak? Jari paling hujung tu.... "Joint paint" ~ ha ha ha...nampak sangat usia dah meningkat oiii...Kadang-kadang pelipat lutut tu bila nak luruskan memang ambil masa... Huhhh...bunyi macam dah tua sangat lah pula... Dan sesekali akan timbul sakit belakang... Terutama bila terlalu lama berdiri... Tak cukup dengan tu, paling menyampah kalau pakai kasut rasa mencengkam yang memedihkan.... Alaaa...secara logiknya, kalau dah ada tanda-tanda macam tu bermakna kasut tak bersesuaianlah tu!!!

Terdengar tentang Footlink, terlihat tentang Footlink di Facebook dan terlintas hati nak mencuba. Tidak salah mencuba kannn??? Sekiranya ianya adalah untuk kebaikan. Apa salahnya? Masuk-masuk jer ke Footlink Villa...


Nahhh!!! Tu dia... Macam-macam pilihan yang ada!!! Ikut suka hanglah nak pilih rekabentuk yang mana. Siapa kata kasut kesihatan coraknya membosankan... "old fashioned" dan tidak "up to date"? Silaplah oiiii.... Sebab tu orang kata , selagi tak melihat sendiri, selagi tak tengok dengan mata kepala sendiri jangan nak jadi tak percaya. Lihat, dengar dan baca betul-betul dulu sehingga ke hujungnya baru kita betul-betul jelas atau faham atau boleh hadam! Nilah dia, nilahhh... Uishhh, sabaq naaa...Panjang lagi nak cerita ni oiiii... Bertabahlah membaca kalau nak tau dengan lebih terperinci lagi... Ok jujur Farah boleh nyatakan, rugi sebenarnya kalau anda baca separuh jalan...Sila khatamkan dan habiskan kalau boleh...


Bukan seperti kedai kasut di pusat membeli-belah biasa yang kita pergi...Masuk kedai kasut, pilih yang mana berkenan, minta cuba kasut mengikut saiz kita, rasa selesa, rasa ok...Minta pembantu jualan bungkuskan dan bayar...Kemudian kita berlalu pergi, esok dah melaram dengan kasut baru... He he he he... Itu kebiasaaan yang kita lakukan kannn? Di Footlink Villa, sebelum anda membeli kasut yang anda rasa berkenan di hati, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dan juga menjalani ujian sensitivi kaki... Terutamanya pesakit diabetes... Bukan semberono jer.... Anda akan diberikan nasihat serta pandangan melalui pakar yang terlatih mengenai bentuk kaki anda, apakah kasut yang bersesuaian dengan anda atau kasut yang bagaimana yang sepatutnya dipakai oleh anda. Dari berjam-jam pusing keliling pusat membeli-belah, dari satu pusat membeli-belah ke satu pusat membeli-belah yang lain... Elok sangatlah habiskan masa  berjam-jam di Footlink Villa. Puas hati pun puas!


Kebetulan sewaktu Farah datang tu, ada seorang "uncle" iaitu seorang pesakit diabetes sedang mencuba kasut. Haaa... ni nak cerita bagi yang tak pernah nak tau... Pesakit diabetes sebenarnya ada kasut khas untuk membantu serta memberikan keselesaan kepada mereka ok? Meh meh meh... Farah nak tunjuk contoh kasut untuk pesakit diabetes kepada anda...


Ada nombor tu untuk memudahkan penceritaan... Nampak tak? Nampak tak? Gigih kakak nak cerita satu persatu dan berkongsi dengan anda...

1. Apa yang anda lihat di dalam gambar nombor 1 tersebut adalah merupakan kasut khas untuk pesakit diabetes. Begitu rupa bentuk dan coraknya... Sebenarnya terdapat banyak lagi rekabentuk pilihan... Terpulang pada selera masing-masing... Nak yang bertutup sebegini? Nak yang "open toe" iaitu lebih kepada berbentuk "sandal".

2. Gambar kedua menunjukkan lapisan dalaman kasut keluaran Footlink yang sangat berkualiti. Ianya datang dengan ciri-ciri "shock absorption"... Yang ini menarik... Sebab memang terbukti... Farah sempat mencuba eksperimen bagi membuktikan fungsi "shock absoprtion" tersebut dengan menggunakan telur. Telur tu tak pecah ok? Walau anda hentak berapa kali pun... Sekuat mana pun... Tak percaya? Lihat video percubaan Farah sendiri yang sempat Farah rakamkan di bawah...



Haaaa... nampak tak? nampak tak? Kalau berhajat nak buat eksperimen tu, kenalah pergi Footlink Villa juga! :-).

3. Gambar ketiga pula, Farah cuba tunjukkan kepada anda bahawasanya, kasut untuk pesakit diabetes memang "adjustable"... Iyalah manalah tau kalau-kalau kaki bengkak ke apa ke kan? Memang dibuat untuk keselesaan penuh kepada pesakit diabetes. Kasut-kasut yang dijual di pasaran biasa mana ada yang fleksibel sebegini sangat. Yang penting kasut keluaran Footlink memang tidak mencengkam sepertimana yang Farah dah rasa.


4. Gambar keempat menunjukkan tapak kasut keluaran Footlink... Memang tak akan ada insiden di mana ko tergelincir ke apa ke? Sebab tapak kasutnya adalah dari Natural Rubber Sole. Bila berdiri boleh rasa tegap dan kukuh. Tak payah nak takut-takut tergelincir ke apa...Memang "grip" di lantai walau apa pun permukaannya yer? Sebab getah berkualiti telah dijadikan tapak kasutnya.

Orang kata, kasut kesihatan ni selalu kalah dengan kasut fesyen. Jangan salah sangka yer? Kasut kesihatan juga telah dikeluarkan dengan pelbagai rekabentuk yang praktikal dan bersesuaian untuk anda pergi ke pejabat, kasual dan sebagainya. Tak percaya? Sila lihat contoh-contoh yang Farah kongsikan di bawah. 






Cukuplah sikit-sikit, takkan habis semua Farah nak tunjuk dalam entri ni semua oiii... Ha ha ha... Berjela-jela ke bawah lagi panjangnya nanti... Yang penting, ni nak bagi tau ni... Semuanya adalah buatan tangan yer? Kagum kejap Farah... 


Menurut sesi konsultansi Farah... Inilah tingginya...Inilah maksimum ketinggian yang sebenarnya yang sepatutnya kita pakai yer kawan-kawan wanitaku... Tidak boleh lebih tinggi dari ini...kerana ianya tidak sihat. Tiada sesiapa melarang pakai kasut tumit tinggi... Boleh jer kalau nak pakai...Akan tetapi, sebenarnya had masa adalah tidak lebih 2 jam. Nak bergaya boleh tetapi kena pada caranya dan gayanya...agar tidak memudaratkan kesihatan kita. Bukan sekadar kasut wanita...kasut lelaki pun banyak pilihan. Yang menjadi pilihan Farah... 


Farah kan penggemar setia kasut "boot"...Dari zaman sekolah, mula-mula kerja, sehinggalah sekarang... Hu hu hu... Dan apa yang Farah nak nyatakan juga di kesempatan mengomel panjang-panjang tentang kasut ni... 
  • Sakit belakang dah hilang!!!
  • Sakit pelipat lutut dan sendi dah hilang!!!
  • "Blister" tak pernah wujud lagi!!!
  • Berdiri lama, dukung Firash sambil berjalan jauh...lebih stabil dan tak ada masalah langsung!!! Nak berlari ke? Nak apa ke? Kejar Firash yang macam lipas kudung tu, memang tak ada masalah... 
  • Pergerakkan menjadi lebih yakin, cepat dan pantas!!! Tak risau nak tergelicik ke apa ke... 

Untuk Maklumat Lebih Lanjut & Pembelian Secara Atas Talian:



Ataupun kalau rasa-rasa nak pergi sendiri dan tengok kemudian beli, bolehlah melawat ke cawangan-cawangan footlink yang terdekat dengan anda seperti di:
  • Footlink Resources, Segambut
  • Busana @ Menara Mara Kuala Lumpur
  • KPJ Tawakal Specialist Hospital - Jalan Pahang
  • Mediconstant Pharmacy Sdn. Bhd., Ampang Point
  • Constant Pharmacy - Lake Fields, Sungai Besi
  • Constant Pharmacy, Genting Klang
  • Constant Pharmacy TTDI
  • Farmasi Materia Medica, Putrajaya
Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan alamat... Sila rujuk di SINI. Bukan Kuala Lumpur sahaja, malah negeri-negeri lain juga turut mempunyai cawangan yer... Sila semak dahulu. Bukan bermakna anda tidak berada di Lembah Klang anda tidak boleh membeli, heeee...lagipun pembelian atas talian kan ada??? 


FOOTLINK TO WELLNESS SDN. BHD (1061139-U) 
No.2, Jalan Seruling 36, Kawasan 3,
Taman Klang Jaya, 41200, Klang 
Selangor Darul Ehsan , Malaysia. 

Telephone:
+6 03 3323 3636

Fax:
+6 03 3323 3736

E-mail:

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. baguslah info ni.. eh kat putrajaya pun ada branch.. good ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !