Trik Membantu Anak-Anak Untuk Membaca Di Peringkat Awal Usia

Farah Waheda Wahid
4
Sumber dari Google
Bila dah nak memasuki fasa “preschooler” ni, sememangnya ada “diversion” sedikit di dalam fokus Farah kepada perkembangan Ash. Diibaratkan, jika dulu beras itu beratnya 1kg sekampit, kini secara perlahan-lahan sudah menjadi 1.5kg sekampit. Bermaksud, ada penambahan “weightage” dari segi pendedahan yang diberikan kepada Ash. Bukanlah sekaligus, tetapi secara berperingkat-peringkat. Benar, perkembangan anak itu berbeza-beza mengikut keupayaan diri individu anak-anak itu masing-masing, namun tidak salah jika ibu bapa menjadi “booster” di dalam membantu perkembangan mereka.

Bukanlah bermaksud Farah terlalu mengharapkan Ash untuk jadi genius, ataupun Farah terlalu untuk mengharapkan Ash untuk cemerlang gemilang dan terbilang. He he he…Semua orang nak anak berjaya oiii… Siapa yang tidak mahu lihat anak-anak mencapai kejayaan serta kebahagiaan di dalam dunia dan juga akhirat terutamanya. Siapa yang tak mahu? Bukannya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak kita supaya anak kita tergolong di dalam golongan bijak pandai supaya kita dapat menunjuk-nunjuk kepada orang lain betapa pandainya kita mengatur serta mendidik anak kita. Ingatlah…Itu bukan tujuannya yer? Jika itu yang anda fikirkan, sila duduk berfikir sedalam-dalamnya apa yang anda mahukan sebenarnya? Adakah disebabkan anda ingin dipuji? Adakah disebakan anda mahukan orang melihat betapa bagusnya diri anda sebagai ibu ataupun bapa di dalam mendidik anak? Adakah anda mengejar gelaran sebagai ibu bapa yang berjaya dari orang ramai?

Kalau anda tanya pada Farah…Ini jawapan ikhlas sepenuhnya dari hati:

“Aku mendidik anak bukannya mahu berlumba-lumba dengan ibu bapa lain di luar sana ataupun menunjukkan bahawasanya aku pandai di dalam mendidik anak… Apa yang aku lakukan, apa yang aku laburkan pada waktu dan ketika ini hanyalah untuk bekalan di masa akan datang, untuk kehidupan serta kesenangannya di masa akan datang. Aku cuba lakukan yang terbaik sementara masih berpeluang untuk melakukannya dan selebihnya bila dia sudah berakal dan boleh berfikir, diharapkan supaya dia memilih jalan kehidupan yang terbaik untuk dirinya. Semoga anakku menjadi orang yang berjaya di dunia dan juga akhirat. In Shaa Allah, Amin. Semoga Allah permudahkan segalanya bagi dia.”

Haaaa…itu dia… Bukan atas sebab musabab lain. Ha ha ha…Iyalah kadang-kadang payah sikit manusia ni… Anda kena terangkan sebab atau alasan anda baru mereka berpuas hati. Itupun kadang-kadang ada juga jenis yang tetap nak fikir lain dan tak berpuas hati dengan jawapan kita. “Well, you can’t please everyone ain’t it?”

Amboiiii, panjangnya mukadimah…Ha ha ha… J …Berbalik kepada tajuk entri ini, marilah kita tumpukan apakah pengisian penting entri ini. Ecewahhh…

Seronok tak perasaan anda jika seawal usia 4 tahun anak anda telah lancar membaca? Lagi seronok tak di dalam peringkat usia 3 tahun anak anda telah lancar membaca? Haippp! Jangan dipaksa sampai menangis-nangis dan mewujudkan tekanan kepada anak tu yer? Biarkan dia berkembang seiring dengan kemampuan. Kita mungkin berimpian ingin melihat perkara-perkara itu, namun kita tidak boleh memaksa perkara yang tidak diizinkan terjadi oleh Allah SWT jika sememangnya ianya tidak diizinkan. Bukankah Kun Fa Ya Kun?


Yang terbaik yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa sekiranya kita ingin mendorong anak kita mula membaca di peringkat awal usia adalah sepertimana trik yang disenaraikan di bawah ini. Mungkin ini adalah sebahagian, tetapi mungkin ada lagi tips tambahan dari anda ibu bapa di luar sana? 

“GET TALKING!” ~ BERCAKAPLAH
Bercakap itu sebenarnya membawa perubahan yang besar di dalam perkembangan awal fasa melatih anak membaca. Mereka belajar untuk mengenal bunyi dan juga “break down words” dari percakapan. Anda boleh menggunakan perbualan untuk bercakap mengenai permulaan huruf, contoh nama anak anda bermula dengan huruf “F” gunakan sebutan “Ferhhh” ketika menyebut… Pernah juga berkongsi tentang kaedah “phonics” di dalam entri Keberkesanan Kaedah "Phonics" Kepada Anak... | Ash Telah Mula Berinteraksi!!!

BACAKAN KEPADA MEREKA
Tabiat suka membaca bersama anak-anak dan menunjukkan perkataan-perkataan yang ada di dalam buku akan membantu perkembangan “word vocabulary” mereka dan mengajar mereka tentang “early building blocks of reading” seperti melihat muka surat dari kiri ke kanan dan menggunakan gambar sebagai klu kepada penceritaan. Biarkan anak-anak kecil anda membantu mencipta cerita dan anda pula bacalah dengan menekankan huruf “a” dan “I” semasa membaca dan ulanginya sewaktu mengajar dan memperkenalkan perkataan.
BERMAIN GAMES DENGAN PERKATAAN
“Playing makes learning effortless” kannnn? Ketika bermain di dalam kereta, sewaktu kita memandu, kita boleh menunjukkan benda-benda yang ada di sekeliling kita. – “Car, Tree…”…Perkataan yang keluar dari mulut Ash ketika ini. Antara lain permainan yang lebih mudah adalah menggunakan kad imbas, pilih satu kad imbas dan lihat sama ada mereka boleh menyebut apa yang mereka lihat. Bermula dari perkataan senang-senang dan kemudiannya setelah mereka menguasainya kita tambahkan lagi beberapa perkataan lain. “Keep on adding”… Kanak-kanak kan sukakan cabaran? J

Lagi satu…Ini ilmu yang Farah dapat dari seorang kakak yang kesemua anaknya boleh membaca dengan lancar seawal usia 4 tahun. Gunakan kad imbas yang ada suku kata merah dan hitam tu dan teruskan melatih mereka untuk membaca menggunakan kad imbas tersebut. – TIPS

BIARKAN MEREKA MENCUBA
Salah satu bahagian terpenting di dalam proses belajar membaca ialah membiarkan mereka untuk mencuba. Jangan terlalu cepat untuk mengganggu di pertengahan bila mereka sedang mencuba untuk membunyikan satu-satu perkataan dan bila mereka sedang mencuba membina ayat. Bila mereka menyebut sesuatu perkataan, anda boleh cuba mengulanginya sama ada untuk menekankan perkataan baru supaya mereka ingat ataupun membantu mereka menyebutnya dengan betul bila diperlukan. Beberapa trik yang boleh digunakan adalah dengan merangkumi bahagian-bahagian bunyi komponen pada sesuatu perkataan daripada sesebuah gambar untuk membantu mereka meneka apakah perkataan itu. Mungkin seperti “cheating” tetapi sebenarnya sangat membantu anak-anak kecil untuk belajar mengenal perkataan-perkataan tersebut dan mengaitkannya dengan penceritaan.

*Ash? Bila nampak pisang sekarang ni… “Ba na na….”…Panjang rakaat hujungnya tu…Ha ha ha…. Dan semalam entah kenapa tak tau apa yang dia geli hati sangat… Buku buku Mickey Clubhouse berkenaan dengan “Learning To Be Polite” tiba-tiba dia gelak-gelak sendiri, macam dah faham sangat membaca sendiri…Ha ha ha… J. Setakat usia 2 tahun 3 bulan dia sudah kenal huruf A,B,C, huruf hijaiyah dan juga nombor. Alhamdulillah… Apabila diberikan “puzzle” berbentuk meneka…Contohnya “Which are the letter Q?”…Dia sudah mampu menyelesaikan “puzzle” tersebut dan juga mencapai markah paling rendah 7/10. Itupun sudah menjadi satu perkembangan yang baik buat Farah.J. Alhamdulillah.

**Waktu kemaskini jadi "upside down" sekarang...Ha ha ha... Draft sudah, "publish"nya idak... Agak kesibukan dan padat hari-hari Farah sejak Isnin yang baru saja berlalu ni... ;-)... Tak apa, janji hado dan konsisten... In Shaa Allah, cuba mengkonsistenkan diri dan hadokan diri... Ngee...  

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Yang penting ada masa berintraksi dengan anak..

    ReplyDelete
  2. a great sharing, farah.
    aida da pun start membaca dgn izzat.
    tapi.... hmmm tak sampai 5 minit :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !