"Potty Training Journal": Rekod 26.03.2016

Farah Waheda Wahid
2


Masih belum lengkap dan belum habis lagi siri "potty training" Firash. Tak adalah nak paksa-paksa supaya Ash dengan sesegera mungkin bercerai lampin pakai buang tu. Dan tak adalah nak letakkan sasaran umur sekian-sekian MESTI dah bercerai lampin tetapi lebih suka melatih Ash dengan pendekatan berperingkat sebegini. Dia pun tidaklah pula hendak diletakkan di dalam situasi terbeban dengan "expectation" dari Mommy dan bukannya Mommy nak berbangga dengan seluruh alam yang Ash dah berjaya di "potty training" pada sekian-sekian umur. Sekadar melatih secara berperingkat. Jika awal kejayaannya, syukur Alhamdulillah. Jika mengambil tempoh masa yang panjang, tidak mengapa. 

Mungkin cara Farah ni tidak berapa nak kena di mata sesetengah umum. Mungkin pada pendapat mereka ianya adalah cara yang salah. Tidak mengapa. Farah sekadar mencuba sahaja. :-). Manalah tahu kan? Kalau-kalau kot-kot menjadi pula? Duit perbelanjaan lampin pakai buang tu dah boleh disimpan tepi untuk kegunaan yang lain pula. Masa berjalan, umur nak pun semakin meningkat. Sekarang dah 2 tahun 4 bulan. November 2016 dah 3 tahun. Sedang-sedang afdal mula melatih-latih dan mengenalkan. Dah mula seawal usia dia 2 tahun dan kini adalah bulan keempat yang mana nak kata konsisten sangat tu tidaklah. Bila waktu hujung minggu yang berkelapangan sahaja. 

Sejak 2 minggu lepas, Ash telah dilatih di peringkat atau fasa yang baru. Dibiasakan tidak memakai lampin pakai buang pada waktu siang oleh Nek Ma dia dan diajar cara untuk mengekspresikan keinginan untuk ke tandas. Hujung minggu? Giliran Mommy pula melatih. Tapi... Seperti yang dikongsikan di dalam entri yang lepas-lepas mengenai perjalanan "potty training" Ash... Tingkat kesabaran perlu tinggi. :-). Ia tidaklah sesusah mana pun sebenarnya, yang penting nilai kesabaran tu. 

Kain buruk, mop sepertimana yang pernah dikongsikan... Harus disiapsediakan kerana anda boleh menjangkakan insiden tak sempat ke tandas dan terlepas buang. Ihiksss... Dan lagi satu? Seluar memang anda kena tahu, akan banyak pakai. Jika terbuang di dalam seluar... Anda harus membasuh dengan bersih, bukan main lap-lap jer dan menggantikan dengan seluar yang baru. Boleh jadi anda cuma perlukan sehelai? dua helai? Ataupun lebih dari itu. 

Untuk 26.03.2016, mula dibukakan lampin pakai buang pada jam 11.30 pagi dan seluar berganti sekali sahaja apabila ada tiba satu masa tak sempat nak bercakap dah terburai! Ha ha ha... Biasalah tu kan? Dan Ash dibebaskan dari lampin pakai buang sehingga jam 6.45 petang. :-). Perkembangan yang positif nih! Semangat lagi Mommy nak melatih. Untuk pembuangan air besar pula, mata memang kena cekap dan tajam untuk memperhatikan tanda-tanda. Bila dah mula duduk diam serta termenung, cepat-cepat ajak dia ke tandas. Alhamdulillah, menjadi! 

In Shaa Allah, akan dikekalkan konsisten buat masa sekarang ni untuk latih tidak memakai lampin pakai buang pada waktu siang hari dan bertahan sebegitu supaya dia dapat membiasakan diri. Kenalah latih... Kesian tengok dia yang sudah mula menunjukkan tanda kurang selesa untuk memakai lampin pakai buang untuk satu tempoh yang agak lama. Cuaca dahlah panas melahar sekarang ni, berkuwap kan? Walaupun konsisten memakaikan dia losyen anti ruam setiap kali memakai lampin pakai buang... Nak juga bagi "air" kan? He he he... Bagi sedikit keselesaan kepada dia. 

Kalau tanya sasaran peribadi tu, memang ada. Tipulah kalau kata tidak ada kan? Cumanya macam yang Farah terangkan di atas tadi, tiada paksaan secara agresif yang Ash MESTI bebas dari lampin pakai buang setelah berusia 3 tahun. Memang kalau lagi awal bercerai lampin pakai buang lagi bagus pada pandangan mata Mommy dia ni. Tetapi tidaklah sampai tahap nak paksa-paksa MESTI JUGA!!! Tu kena faham tu, konsep melatih secara berperingkat-peringkat dengan sederap. 

Bukan apa... Sebagai persediaan untuk "playschool". Tak semua "playschool" nak kanak-kanak yang masih berlampin. Dan kalau tiada syarat pun, mungkin jadi satu kelebihan untuk guru-guru yang menjaga supaya ringan sedikit tugas mereka tak perlu menyalin lampin. Ngeee... Ibarat macam kita perlu melatih anak supaya biasa pegang pensil dan pen sedari awal supaya tak kekok bila mula bersekolah. Macam tulah lebih kurang konsepnya pada Farah. ;-). 

*Kalau dalam masa terdekat berjaya... Alhamdulillah and awal-awal Mommy nak ucapkan "Thumbs up and well done Ash!" ... Jika tidak, tidak mengapa... ;-)... Masih ada masa lagi! 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. perkembangan yang baik dari hari ke sehari. inshaAllah, semoga usaha murni farah dipermudahkan :)

    Jemput join :)
    http://mrsyatie.blogspot.sg/2016/03/giveaway-cash-rm600-mac2016-by-emas.html?m=1

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !