Tong Sampah Kapas Solekan Pun Jadi Main...

Farah Waheda Wahid
5


Apabila minda meneroka, otak giat bereksplorasi dan sedang berkembang di dalam proses tumbesaran, akal akan menjadi semakin panjang. Begitulah anak-anak kecil yang sedang membesar. Apa sahaja yang terlihat di hadapan mata akan cuba diolah menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Jangan disekat sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan, malah sekiranya itu adalah sesuatu yang membantu mungkin kita boleh turut sama menyertai mereka? :-). 

Apa sahaja... Apa sahaja yang mereka cuba lakukan kita sebagai ibu, sebagai bapa haruslah menyokong dan memberikan galakan sekiranya ianya adalah positif. Marah itu bertempat, teguran itu bertempat tetapi janganlah sehingga sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan kita boleh pejamkan mata dan membiarkan. Pantauan dan kawalan itu tetap perlu tetapi janganlah sehingga terlalu ketat ataupun menjadi tidak terkawal. ("note to self"). 

Pelbagai halangan dan perlindungan yang keterlaluan hanya akan menyekat keinginan semula jadi anak untuk meneroka dan belajar. Tanpa disedari, kita sendiri yang menghalang proses perkembangan anak bahkan mengganggunya membesar sebagai anak yang kreatif dan inovatif kelak.

 

Terlalu Melindungi

Sikap tidak mahu anak terdedah kepada bahaya memang sikap pelindung ibu dan bapa. Namun jika kita keterlaluan tidak mahu anak berada dalam keadaan berisiko, anda sebenarnya telah menanamkan perasaan rendah diri, penakut dan sombong dalam diri anak anda sejak dia kecil lagi.

 

Cepat Beri Bantuan

Jika anak anda sedang dalam proses belajar kemahiran motor seperti duduk, berdiri atau berjalan. Biarkan sesekali dia melakukan kesilapan dan merasakan kesakitan. Jangan terlalu cepat memberikan bantuan. Ia hanya akan membuatkan anak anda mudah lemah semangat dan cepat berputus asa kerana tahu ibu ayah akan datang membantu.

 

Cair Dengan Anak

Kadang kala sikap kita sebagai ibu bapa terlalu mudah ‘cair’ dengan anak-anak. Biarpun mereka melakukan kesilapan, dengan membuat mimik muka comel, ia sudah cukup membuatkan kita mudah memaafkan kesilapan mereka. Seharusnya kita tegas dengan pendirian kita sebagai ibu bapa. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.


Cakap Tidak Serupa Bikin

Walaupun anak anda masih usia bayi tetapi mereka memerhatikan tingkah laku anda. Oleh itu pastikan anda memberikan mereka contoh yang baik dalam urusan mendidik mereka. Jangan terkejut jika satu hari nanti anak anda meniru perbuatan buruk anda. Misalnya bercakap kasar atau suka menjerit. Tidak mustahil si kecil juga akan pandai menjerit dan bercakap kasar bila tiba saatnya nanti.


Rujukan: Majalah Pa & Ma


Apa pun, harus kena gaya dan harus kena caranya... :-). Tong sampah kapas solekan pun jadi buat main... Nasiblah tidak kotor dan telah dibersihkan setiap hari. Apa sahaja di depan mata, semua dia balun dan olah menjadi sesuatu yang dia boleh main. Selagi tidak berbahaya, selagi tidak mendatangkan mudarat... Mainlah dengan gembiranya wahai anak... 


Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. anak buah PC tudung saji pun jadi sampan..pendayungnya sudip goreng ikan..apa-apalah peluh ketiak bila nak masak..cari merata..nenek tengok senyum je..sambil geleng kepala..hahahahhahahaha..

    ReplyDelete
  2. Ok la main bekas cotton face je..Kalo main lipstic semua..Buntang mata mummy Ash..Haha

    ReplyDelete
  3. janji ash happy.. :)
    setuju dengan tips2 kat atas tu. ramai yg terpedaya dengan muke comel tak bersalah.. belum lagi yang tantrum... lagi kena tegas.. if beri time tantrum means next time tantrum lagi untuk dapatkan apa yang diinginkan..

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan tips akk.. satu panduan bagi ena... YEla kena penuhkan dada ilmu2 rumahtangga sebelum ke alam tu.. hehehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !