Tips Penjagaan Kasut

Farah Waheda Wahid
1
Sumber diubahsuai dari Google
Hujung minggu, waktu berkemas, dan kali ini kita masuk ke stor pula dan tengok kasut-kasut yang tersimpan di dalam kotak yang dah lama tak dijenguk dan tak dipakai tuh. Konon-konon simpan sebab nak pakai pada waktu-waktu tertentu sahaja dan sayang nak belasah kasut-kasut tu. Banyakkk…Koleksi dari zaman anak dara sehingga zaman jadi mak dara. Cuma selepas melahirkan Ash, memang jarang dah buat koleksi kasut untuk diri sendiri. Semuanya jenis beli satu jenis kasut, pakai sampai lebam hancur lunyai selepas itu baru beli kasut yang lain. Kasut murah-murah jer dah sekarang. Tak mampu nak beli kasut mahal-mahal macam dulu lagi dah… J Ahaksss…

Bila buka kotak-kotak kasut tu, alamakkk, macam sayangnya…Haaa…Tulah simpan punya simpan punya pasal, konon-konon sayang dan nak jaga biar tahan lama. Kan ada yang dah rosak disebabkan tak kena gaya penyimpanan dan penjagaan. Padan muka diri sendirilah kan? Dah jadi macam ni, baru ada kesedaran dan terhegeh-hegeh nak mencari informasi apa yang salah, apa yang kurang cara penjagaan kasut oleh diri sendiri. Hu hu hu… Gali punya gali informasi terjumpalah sedikit maklumat dari sumber di SINI yang mungkin bermanfaat buat anda semua juga. 
  • Jika kasut didapati basah atau sebagainya, biarkan kasut kering di kawasan bersuhu bilik. Elak menggunakan tenaga haba yang kuat atau alat pengering kerana ia menyebabkan kasut longgar, terkupas, pudar warna dan mudah merekah. 
  • Kotak kasut yang bersusun di pintu hadapan rumah mahupun di dalam bilik tidur mungkin mencacatkan kekemasan di rumah. Oleh itu, dinasihatkan untuk anda membeli “pokok kasut” yang dapat menggantung kesemua koleksi kasut anda. Ini membolehkan kasut bernafas dengan lebih baik.
  • Elak menjemur kasut di bawah cahaya matahari yang terik dan membahang dalam kadar masa terlalu lama kerana boleh menyebabkan kasut jadi reput. 
  • Anda perlu tahu jenis kasut dan kesesuaiannya ke majlis yang anda tuju. Jangan pakai kasut kulit untuk perjalanan lasak kerana memungkinkan kasut untuk cepat rosak, malah ia memberi ketidakselesaan semasa memakainya. 
  • Jangan longgokan kasut di satu tempat. Asingkan mengikut jenis kasut, dikhuatiri kasut berlaga satu sama lain terutamanya bagi jenis bertumit tinggi dan tajam.
  • Jika kasut terkena kotoran, bersihkannya dengan segera. Membiarkan kotoran pada kasut akan menyebabkan kotoran kekal dan meninggalkan warna kuning yang merosakkan kecantikan kasut. 
  • Melenturkan kaki ketika memakai kasut adalah perkara yang tidak digalakkan. Ini akan menyebabkan kesan lipatan dan garisan pada bahagian depan kasut.
  • Sumbat bahagian depan kasut dengan kertas serta penahan khas di dalam kasut agar bentuk kasut kekal dan tidak membengkok mahupun terlipat. 
  • Jangan biarkan kasut yang terkena lopak tanpa membasuhnya. Lumpur yang terlekat menjadikan kasut mereput dengan pantas. 
  • Elak memakai stokin yang sama setiap hari kerana ia memerangkap bau peluh kaki anda di dalam kasut. 
  • Letak pewangi di dalam rak kasut bagi menghilangkan bau kaki yang terperangkap sekaligus menjadikan kasut lebih segar. 
  • Kasut berjenama dengan harga mahal selalunya adalah pilihan terbaik bagi mereka yang inginkan kualiti dan tidak cepat rosak. Cuma apa yang perlu adalah tukar pelapik kasut bagi menjadikan kasut yang terus-terusan memberi keselesaan kepada si pemakai. 
  • Ketika mengilatkan kasut kulit, berus dalam arah membulat dan kasar. Jangan terlalu berlembut bagi memberi kilatan yang kemas dan cantik.
  • Bagi kasut kulit, sering kilatkan ia bagi memberi perlindungan yang lebih baik. Ini dapat mengelakkkan kasut daripada reput.
  • Tidak digalakkan memakai kasut yang sama setiap hari kerana ia mudah lusuh dan berbau juga tiada kelainan dalam penampilan anda sehari-hari ke tempat kerja. 
  • Kasut yang diperbuat daripada fabriK ataupun kanvas boleh dibasuh menggunakan mesin basuh atau cucian tangan. Letak gumpalan surat khabar lama di dalam kasut bagi mengekalkan bentuknya ketika kasut itu mengering.
  • Kasut jenis baldu kalis air tidak boleh dibersihkan dengan berus yang kasar. Guna berus lembut dan gosok perlahan-lahan. Sifatnya yang sensitive amat mudah terkoyak dan rosak.

Itu menurut tips yang disenaraikan, lagi satu, kasut yang terlalu lama tidak dipakai pun boleh jadi rosak. Dan nak-nak lagi kalau tersimpan lama. “Humidity” boleh merosakkan struktur kasut juga. Macam yang terjadi pada kasut-kasut Farah…Hua hua hua… Sedih oooo… Penat kumpul ok? 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !