Tips Memakai Pensil Bibir???

Farah Waheda Wahid
2
Sumber dari Google
Pensil Bibir atau di dalam Bahasa Inggeris (lebih dikenali di dalam Bahasa Inggeris di kalangan wanita), Lip Liner. Bila ingat-ingat balik, lama juga Farah tak ber-Pensil Bibir ni. Ha ha ha… Tak sempat! Kadang-kadang tu malas! Dulu kalau tak pakai Pensil Bibir ni rasa macam tak lengkap jer hidup seharian kalau ke pejabat atau keluar ke mana-mana. Sekarang ni? J . Lantak kolah kat situ. Sempat pakai, tak sempat kita cuba “cover” dengan ayat nak sedapkan hati… “Tak apalah, untuk nampak lebih “natural”…”…Konon! Taip-taip entri ni tiba-tiba rasa teringin nak pakai Pensil Bibir balik. Hurmmm, kena tengok sama ada stok masih ada di rumah atau tidak? Ke dah berkulat? #ehhh ada lahhh… Siapa kata tak ada? Pelupa betul!

Setiap alat solekan ada cara pemakaiannya, yang mana kebanyakan pada masa Farah pakai ikut suka hati Farah jer…Hua hua hua… Ikut suka kot mana nak pakai, cara mana nak pakai, asalkan nampak elok, tak nampak pelik dan tak nampak macam pelawak sarkis, itu dah cukup baik.

Serba sedikit perkongsian yang dapat dikongsikan… (bukanlah pakar, sendiri pun suka-suka ikut mana nak pakai kan? tetapi berdasarkan logika dan juga berdasarkan belajar sana-sini-sinun).

1. Pilihlah Pensil Bibir dengan warna yang sesuai dengan warna gincu. Jangan memilih warna yang terlalu terang atau gelap, kerana warna gincu tidak akan boleh menyamarkannya. Contoh, warna hitam untuk Pensil Bibir akan susah nak bercampur dengan gincu berwarna merah jambu. 

2. Kena pastikan Pensil Bibir tu diasah atau tajam sebelum dipakai. Pensil Bibir yang tumpul akan mengakibatkan garisan yang anda buat di bibir tidak berapa nak kemas.

3. Dah dapat kriteria no.1 dan no.2, sekarang anda boleh mula untuk menarik garis dari satu hujung bibir ke satu hujung bibir yang lain. Lakukan secara perlahan dan dimulakan dari bibir atas terlebih dahulu.

4. Cara memakai Pensil Bibir tidaklah sesusah mana seperti apa yang mungkin sesetengah dari kita bayangkan. Ada beberapa trik sebenarnya untuk membentuk bibir. Untuk buatkan bibir kelihatan tebal (manalah tau kot-kot ada yang berniat nak kelihatan seperti Angelina Jolie kan? Ahaksss), anda boleh mengaplikasikan Pensil Bibir ke arah luar bibir. Kalauuu, kalau anda tertarik dengan penampilan bibir yang nampak lebih nipis, anda boleh menarik garis ke dalam bibir dengan ditambahkan olesan bedak di sepanjang garis secara merata.

5. Bila garis bibir dah terbentuk, sila aplikasi gincu dengan menggunakan berus gincu (lip brush). Kalau nak nampakkan bibir tu lebih basah dan berkilau, bolehlah tambah pakai “lip gloss” ok?

Pensil Bibir berfungsi untuk:

1. Membuatkan bibir anda lebih terisi.
2. Membuatkan gincu yang anda pakai bertahan lebih lama.
3.  Pemakaian gincu lebih kemas.

Bagus kalau jadikan rutin, cuma entahlah… Ha ha ha…Sejak jadi mak-mak ni, terkadang tu timbul masa “MALAS”… Kadang rasa sayang nak pakai kalau sekadar nak ke pejabat. Muahahaha….Dulu sebelum beranak pinak tak pula terfikir yer tak? La ni pula terfikir…Adakah mungkin kerana faktor umur? Uhuksss…Janganlah jadi pemalas nak bersolek sudahlah… Walaupun MALAS itu tiba sesekali…. Setakat ni masih lagi rajinlah, cuma macam dikatakan tadi, kadang-kadang tu jadi MALAS. :-P. Nak jimat penggunaan alat solekan pun yer…Ha ha ha… Mana boleh jimat kita jimat yer tak? Zaman orang berlumba-lumba nak jimat sana sini….

Di bawah ni sedikit video tutorial yang dipetik dari YouTube untuk tatapan anda, alaaa... boleh jer cari di YouTube, melambak-lambak video tutorial pemakaian Pensil Bibir yang ada di gudang YouTube tu...Ini contoh asas... 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Yang PC tak pernah guna..tapi suka tengok cousin pakai...hihi...syok juga...kalau kena gaya kombinasinya...memang cantik...nilah kun bibir...bukan baju je ada kun..kihkihkih..

    ReplyDelete
  2. frankly speaking farah, aida memang x pandai pakai pensel bibir gitu.
    sekadar colek kan lip balm aje.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !