Home » , , » Terima Kasih ZaloraMY!!!

Terima Kasih ZaloraMY!!!


“Trustworthy, Reliable & Fast!!!”. Ini bukan “statement” untuk membodek atau mengah-gahkan tetapi ini adalah “statement” berdasarkan pengalaman sendiri. :-).Sebab tu orang kata, kalau nak mencari laman web jual beli di atas talian, carilah yang sudah sememangnya terbukti diyakini ramai. Bukan apa, jika silap pilihan boleh jadi macam-macam kes. Banyak dah yang kita baca dan tonton di televisyen, di mana, beli barangan dari satu-satu laman web jualan atas talian selepas itu barangan tak kunjung tiba.

Farah jenisnya kalau tak betul-betul yakin, memang tidak akan membeli dari satu-satu laman web jualan atas talian. Farah boleh jadi berfikir 20-30 kali macam tu. Suka membeli-belah jika poket tebal sedikit (pssstt… kalau tebal sedikit jer…kalau tak tebal langsung, cuci mata jer…ahaksss…) akan tetapi cerewet bila membeli-belah di atas talian. Sangat-sangat cerewet. Bukanlah jenisnya yang pantang nampak terus klik sana, klik sini, klik sana, klik sini, sampaikan tiba-tiba tau-tau jer…akaun bank dah susut… Huwaaaa, nangis oooo kalau macam tu.

Cantik tak? 2 pasang jam tangan yang didapatkan dari ZaloraMY??? 15.03.2016 menghabiskan masa semalam suntuk “browse” apa yang Farah nak berbekalkan RM100.00…:-). Akhirnya mengambil keputusan untuk menambah 2 pasang jam tangan di dalam koleksi Farah. Sebabnya? Farah kan seseorang yang “fond to accessories”? Tidak kira sama ada jam tangan, gelang tangan, rantai aksesori…Memang Farah suka sangat kumpul, ooopsss termasuk beg tangan dan kasut serta baju semenjak dari sebelum kelahiran Ash sehinggalah Ash dah berusia 2 tahun 3 bulan nih. :-).

15.03.2016, mencari apa yang nak, menempah dan dengan sepantas kilat semalam 16.03.2015 pihak ZaloraMY telah melakukan penghantaran. Memang pantas! “Thumbs up!”… Macam nilah servis yang baik…Ha ha ha…Sekurang-kurangnya dapat mengubat hati yang lara menanti dokumen yang tak kunjung tiba sepertimana yang telah diceritakan di dalam entri baru-baru ini… Entri mana tu? Ha ha ha…Boleh rujuk di SINI.

Apa pun terima kasih pihak ZaloraMY di atas servis yang memuaskan hati pelanggan yang cerewet dan mementingkan kecepatan ini…:-)...Ngeee… Nak beli sesuatu di atas talian? Carilah ZaloraMY! ;-). 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Terima Kasih ZaloraMY!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, March 17, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. cik akak baru je beli jam kat lazada farah,,,zalora memang tempat cik akak berbeli barangan online..

    ReplyDelete
  2. Cantik jam tu farah..
    Mmg kena cari yg dah stabil di online baru berani beli..

    ReplyDelete
  3. banyak rm100 tu!! bestnye kalau dpt voucher.. hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY