Terbang Dengan Penuh Kasih Dan Sayang Dari Leeds, W.Yorkshire, United Kingdom

Farah Waheda Wahid
3
Secara tiba-tiba, bungkusan dari Leeds, W.Yorkshire, United Kingdom muncul menjelma di rumah minggu lepas. Sewaktu Nek Ma Ash, telefon untuk memberitahu … “Dik, ada barang ko sampai kat rumah”…Puas dok berfikir, “Am I expecting any parcel for advertorial or review?” Ecehhh, ayat poyo sangat tau ko Mommy Ash…Ko hingat 24/7 orang nak hantar bungkusan untuk ko review? Bajet sangattt ok? J. Tapi yang benarnya memang sedang menunggu satu bungkusan untuk tugas advertorial. Cumanya, yang ditunggu tu beralamat pejabat “instead of” alamat rumah. Mudah gittew, kadang-kadang yang menjadi tukang penghantarnya buat hal kalau berikan alamat rumah.

Fikir punya fikir tak dapat juga jawapan. Ha ha ha… Sampai perkara yang sekecil itu pun nak fikir sampai kepala pun sakit. Lama-lama dah malas nak fikir, biarlah kat situ, belajar sabar-sabar sikit, balik nanti tengoklah. Bukannya lari pun benda tu yer tak? Muahahaha… Tak menyabar sungguh!

Sesampainya di rumah, akhirnya bila tengok identifikasi seperti gambar di bawah ini:


Kini kutahu, apakah ia dan siapakah gerangan penghantarnya. Yang menghantarnya adalah:


Seorang kakak yang jauh berada di perantauan di Leeds, W.Yorkshire, United Kingdom yang bernama Adenin Ridhuwan. Siapa kakak ni pada Farah? Kakak ni adalah “senior” Farah sewaktu bersekolah di SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur dulu. Tak silap Farah, Kak Adenin adalah di “batch” setahun atas pada Farah. Masa sekolah-sekolah dulu memang kenal sangat dengan muka Kak Adenin, tapi jarang-jarang tegur sebab malu! Sebab takut! Ha ha ha… Kakak Adenin masa sekolah muka garang oooo…. Takut kakak nak tegur ok?


Selepas Kak Adenin, tamat persekolahan Tingkatan 5 di SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur, lamaaa…Kami tidak berhubung sehinggalah diri ini mewujudkan akaun Facebook dan kemudiannya bertemu kembali di Facebook. Terima kasih Facebook kerana telah menghubungkan yang telah terpisah! Ecehhh… 

Berbalik kepada bungkusan yang diterima dari Kak Adenin ni, ianya sebenarnya adalah “muffler” kait yang Kak Adenin kait sendiri. Kreatif dan pandai Kak Adenin buat tau…Ha ha ha…Farah memang tak pandai dan tak pro lah nak mengait begini. Setakat yang asas tu bolehlah oiii…Pernah dulu buat kopiah untuk Ash… He he he… Sehingga kini kopiah itu menjadi teman setia Ash bila setiap kali waktu Maghrib dan Isya’ tiba. Terharu Mommy tau…Boleh rujuk pada entri "With Love From Mommy"...Kopiah Kait Untuk Ash untuk entri tentang kopiah tersebut. J


Cantik kan? Kombinasi warna yang Kak Adenin buatkan untuk Farah... Memang seronok sangatlah bila mana dapat “muffler” kait dari Kak Adenin ni…Suka-suka-suka, tiba-tiba teringin nak pergi ke tempat sejuk atau negara sejuk. Muahahahaha…Negara sejuk tu macam dalam mimpi jer boleh kot? Kalau nak pergi betul-betul entah ke tahun bila lah impian tu dapat tercapai. Ada yang nak menaja ke? Ihiksss… Angan tak sudahlah ko Farah…. Bha ha ha….Tapi kalau pergi percutian di kawasan tanah tinggi boleh kot... He he he...

Cumanya, ada kejutan berganda! Ingatkan sekadar “muffler” kait yang berwarna merah jambu dan ungu itu sahaja, rupa-rupanya ada buah tangan untuk Ash. Allahu, sangat-sangat terharu dan memang tak menjangka, dua set baju kanak-kanak lelaki berusia 2-3 tahun yang sangat comel dan menarik. Masa tu memang tak tau nak kata apa. Terus capai telefon dan mesej Kak Adenin di Facebook. Ni pun nak ucap terima kasih lagi sekali! Terima kasih banyak-banyak Kak Adenin, semoga Allah murahkan lagi rezeki Kak Adenin sekeluarga. Mak-mak biasalah… Bila melibatkan anak memang mudah sangat nak terusik hati. Ha ha ha…. Dan menurut Kak Adenin, disebabkan bila dia lihat baju-baju tu dia teringatkan pada Ash, sebab tulah dia belikan dan hantar untuk Ash. Allahuakbar… Lagi sekali perkataannya terharu sungguh! Ada juga yang sudi ada ingatan untuk Ash… J.


Sewaktu Farah buka bungkusan dari Kak Adenin tu, Ash dah pun tidur. Awal dia tidur malam tu, makanya, Farah rancang buat kejutan untuk Ash. Letakkan baju-baju tersebut di sofa seperti gambar di bawah:


Dengan harapan bila dia buka mata keesokkan paginya, perkataan ini yang akan terkeluar dari mulut dia… “Oh wow!!!”… Ha ha ha…memang yer pun itu perkataan yang terkeluar. Terus dia capai dan minta pakaikan baju tu, walaupun belum lagi mandi. Memang taklah Mommy nak bagi pakai dulu. Simpan dulu, nanti nak pergi jalan kita pakai yer? ;-)…


*Hubungan lama diperbaharui dan diperbaiki, semoga persahabatan dan juga “relationship” kakak, adik ini berkekalan selamanya…In Shaa Allah, Amin… "Lots of love for you Kakak! xoxo! Thank you so much for this precious gift from you! Appreciate it much!"


Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wahhh bestnya Farah...mesti ada bau sepoi2 angin UK :)

    ReplyDelete
  2. Wahhh dapat mufler bestnyaa ! Hihihi. Kadang2 masa sekolah tak rapat, lepas sekolah baru rapat kan.

    ReplyDelete
  3. Weehu... ! seronok le dapat hadiah dari oversea.. :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !